Saturday 20 October 2012

Assalamualaikummm...salam sejahtera & salam sayang tuk semua.......

Sekarang 2.47 pm, 21 Oktober 2012.....

  • kini hanya ada beberapa jam sahaja lagi untuk kami membuat persediaan terakhir sebelum bertolak ke   SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...harap2 segalanya berjalan dengan lancar dan kami selamat pergi dan balik.....ini tugasan kami sebelum bercuti tuk Hari Raya Aidiladha...walaupun masing2 sebenarnya excited untuk balik kampung berjumpa orang2 tersayang namun tugasan ini takkan kami abaikan...matlamat kami ke SMK TAMAN BUNGA RAYA 1 bukan sekadar untuk memenuhi tugasan namun kami ingin memberi sedikit sebanyak ilmu yang kami tuk adik2 disana gunakan dalam kehidupan mereka.....ini amanah yang kami junjung dan insyaallah kami takkan persiakan ......
DOAKAN KAMI SAHABAT2 SEMUA.....<3

KONSULTASI


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SAYANG TUK SEMUA <3

Ok,,,entry kali ni Ku nak sambung ckit lagi crita kami budak2 kaunseling menyiapkan tugasan bgi subjek Pengurusan & Konsultasi Kaunseling Sekolah iaitu bagi tugasan Program Sekolah 3 Hari 2 Malam.....

Setakat hari nie, 20 Oktober 2012, sudah 2 kumpulan yang telah menyempurnakan tugasan nie...bermakna masih ada 3 kumpulan lagi yang sedang dan akan mengikuti jejak2 kumpulan yang dh selesai itu...

Bagi kumpulan Ku...Cik Pooh, Aini, Fina, Sue dan Ku sndri, kmi msh lg bertungkus lumus menyiapkan persiapan terakhir kami sebelum kami melangkah menjejakkan kaki kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung....

Ku berharap, kawan2 doakan kami smoga apa yang kami rancang berjalan dengan lancar dan mudah mudahan adik2 SMKTBR1 beroleh sesuatu dari program ini...

Ini adalah detik di mana kami berkonsultasi dengan pihak sekolah iaitu Puan Sabariah selaku Kaunselor SMKTBR1 bagi Program Jati Diri (ProJaD) ini.....













TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH TERUTAMANYA PUAN KAUNSELOR, CIKGU SABARIAH YANG MEMBERIKAN KAMI PELUANG UNTUK MENGADAKAN PROGRAM DI SANA...


Insyaallah...Kami akan lakukan yang terbaikkk...

TAJAMKAN PENGLIHATAN


[Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] InsyaAllah..



Di sini Ku ingin berkongsi satu ilmu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun dan tepaksa menambah
 power 'spec mata'.. Jadi, jomk kita amalkan..


Semasa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:



فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)



Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)


InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..


InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita. :)
Foto: [Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] InsyaAllah..

Di sini admin ingin berkongsi satu ilmu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, jomk kita amalkan..

Semasa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita. :)‎

Friday 19 October 2012

SALING NASIHAT MENASIHATI

Assalamualaikum.....salam sejahtera dan salam sayang tuk semua......


Sekadar perkongsian dengan semua...


Jangan takut untuk menegur dan menasihati mereka yang membuat salah...mungkin yang buat salah itu tidak sedar dan tidak tahu akan kesalahan atau kesilapan yang dia telah lakukan.....jadi, kita yang sedar dan tahu ia adalah sesuatu yang salah itu, tegurlah...untuk KEBAIKAN semua....

-SELAMAT BERAMAL-

DI SAAT KESULITAN...

Saat kita mengalami kesulitan, maka hendaknya kita berdo'a kepada Allah, agar diberi kemudahan. 




اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa


“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.” 

(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya no. 2427, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 351, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashfahan: 2/305, “Isnadnya shahih sesuai syarat Muslim.”)

Thursday 18 October 2012

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR


PENGENALAN

Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang di perlukan untuk menjadi seorang kaunselor yang baik dengan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut semasa melakukan sesi kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Antara kemahiran asas yang penting dalam membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling adalah kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar ini amatlah penting dan amat berguna semasa menjalankan sesi kaunseling. Sekiranya seseorang kaunselor itu tidak mampu untuk menguasai kemahiran mendengar ini, ia akan mengalami masalah ketika berhadapan dengan klien untuk menjalanka sesi kaunseling. Ini kerana, tanpa kemahiran mendengar ini, kaunselor akan mudah hilang focus semasa melakukan sesi kaunseling itu nanti.

Oleh itu, untuk menjadi seorang kaunselor yang professional dan efektik, kemahiran mendengar ini amat perlu untuk dikuasai oleh setiap kaunselor agar setiap sesi yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kaunselor yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran mendengar ini haruslah bersiap sedia untuk meningkatkannya dri semasa ke semasa.


CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kaunseling. Dalam hal ini kaunselor perlu meluangkan lebih banyak masa mendengar apa sahaja yang akan diceritakan oleh klien kepada kaunselor. Untuk benar-benar memahami apa yang diceritakan oleh klien itu, kaunselor perlu mendengagr dengan teliti apa yang diperkatakan oleh klien agar memudahkan klien untuk membantu memahami klien terbabit.

Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah lakuklien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikanmakna sesuatu pengucapannya itu.

Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapatmenggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaanhatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan samaada klienberada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.

Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalamproses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehidengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling,terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandunganyang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah lakutanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.

Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deriayang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengarapa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak lakusemasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidubau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagaibersalaman dan sebagainya.

Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpaberbelah bahagi, ini bererti kita menyediakandiri untuk mendengar.Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiranseperti dinyatakan di bawah;
  • Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ
  • Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlumemberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepadanada dan cara yang diperkatakan.
  • Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal.
  • Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising ataugangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.


Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengardan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupuntingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulahkaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebihsempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkankesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor bolehmenunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara sepertiberikut ;

1. Menyatakan semula
     Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh
    kliennya dengan tepat
2. Menggambarkan semula
   Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaanklien. Akan tetapi, kaunselor                           
   perlulah menggunakan perkataannyasendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar 
   faham dan mendengar percakapan klien tadi.
3. Memberikan respons

Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti di bawah;
Kemahiran 1: Memilikisifat menghormati dan menerima
             Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien
             Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik
             Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik
             Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.
             Kemahiran 6: Parafrasa
             Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan
             Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan
             Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal
             Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan








PERMAINAN KONSENTRASI WARNA


Assalamualaikum.... untuk entry kali nie, Ku nak kongsi satu permainan...kawan Ku yang mula2 tunjuk permainan nie kat Ku....and Ku rasa permainan nie memang bes......

okkk....SYARAT PERMAINAN INI ADALAH : 

 BACA SOALAN DAN JAWAB TERUS TANPA MEMIKIRKAN JAWAPANNYA



Patuhilah syarat yang ditetapkan tu ekk tuk dapatkan hasil yang sebetul2nya.....SELAMAT MENCUBA....(^___^)



  1. Kertas A4 apa warna dia?
  2. Asap warna dia?
  3. Tisu warna dia apa?
  4. Lembu minum apa?

Yang jawab susu, konsentrasi dia terganggu sebab lembu minum air (^___^)

  1. Rambut anda warna apa?
  2. Tulisan ini warna apa?
  3. Jalan raya warnanya apa?
  4. Kelawar tidurnya bila?

Yang jawab malam konsentrasi dia terganggu sebab kelawar tidur siang (^___^)

  1. Warna cendol apa?
  2. Daun kelapa warnanya apa?
  3. Warna bagi kebanyakkan rumput?
  4. Harimau makan apa?

Yang jawab rumput tu salah sebab harimau makan daging (^___^)


SO?????......hehehehehe

Wednesday 17 October 2012

KERJA BUDAK-BUDAK KAUNSELING

Assalamualaikum w.b.t....salam sejahtera.....dan salam sayang tuk semua.... <3

Ini hanya sekadar perkongsian jer....bagi yang tak tahu pasal kehidupan kami sebagai seorang pelajar kaunseling......mungkin ada yang akan cakap "ala...budak2 kaunseling tak banyak keje yang kena buat, tak payah buat RPH, tak payah buat microteaching n bla....bla...bla..."

Tapi nie jer nak cakap.....kami ni nampak cam main2 jer kan....asgmnt org len xnampak sbb kami pnya asgmnt pun maybe org nampak cam main2.....


Tapiiiiiii.........kami jer yang tau betapa berpusingnya kepala kami nak siapkan satu2 tugasan......


Nahhhhh!!!!....kena buat senamrobik you....adoiiii...xpenah2 nie nk lead senamrobik....nak tak nak, kena jugak buat, perasaan malu mmg kena buang la dari dlm diri sbg fasilitator & kaunselor......nie2 semua muka2 xpnah nk buat senamrobik pun sblm nie....hehehehe




nie adalah salah satu tugasan yg bg kmi pling mncabar stakat nie.....program sekolah 3 hri 2 malam....
bnyak benda nk kna buat & nak kna fikir.....yg penting BAJET....fuhhhhh, hbs duit PTPTN.....hehehe
tapi kami sronok nk laksanakan tugasan nie.....(^____^)



bincang modul......masing2 dh mengerahkan seluruh tenaga dan mencurahkan segala ilmu pengetahuan yang ada dalam diri dan kepala masing2......tp kami semangat lakukannya kerana kami SUKA dengan apa yang kami buat...INI PILIHAN KAMI.....(^____^)





ok settt.......modul dh ada...sekarang just kena cari masa yang sememangnya tak pernah cukup untuk kita...
sabar kawan2....setiap halangan mesti ada jalan pnyelesaian....takde masa siang hari kita buat malam, tak blh malam???....tengah malam.....tak boleh jugak????....jom katakan tidak pada tido......hahahah
sukeeee sgt....yeeaayyyy!!! takyah tido.........zzzzzzzzzzzz



 OK.....penyediaan barang2 keperluan....kita buat sikit2 dlu....




boleh la nie.....sekurang2nya ada la jugak benda yang dah selesaiiii.....
hari jumaat nie sahabat2 ku sekalian.......JUMAAT, SABTU & AHAD.....jangan pernah anda impikan keselesaan tido di katil yang empuk.....mungkin di atas lantai jer tempat kita merehatkan diri..........
AYUH SAHABAT-SAHABATKU.......kita pulun buat kerja.....sepakat membawa berkat....
"BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN"


SMK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG......
nantikan kehadiran kami....semoga apa yang akan kita jalankan dan laksanakan nanti diberkati dan dirahmati oleh-Nya.....
aminnnn....



Thursday 11 October 2012

PERINGKAT PROSES KAUNSELING



             Peringkat permulaan adalah “Membina Hubungan”, dalam fasa ini kaunselor akan bertemu klien kali pertama dan memulakan sesi. Ia lebih kepada sesi perkenalan dan mengenali klien dengan lebih dekat. Memberikan klien kepercayaan, membuatkan klien selesa dan tidak malu untuk menceritakan masalah beliau. Pada fasa ini, kaunselor perlu memainkan peranan untuk merangsang klien berkongsi dan melanjutkan sesi temubual itu dengan soalan-soalan yang khusus. Apabila klien sudah mula bersedia, kaunselor perlu melakukan penstrukturan supaya klien perlu jelas dan faham dengan matlamat sesi tersebut. Antaranya menyatakan peranan dan tanggungjawab kaunselor dan klien, etika kerahsiaan, tempoh masa, peraturan sesi kaunseling dan bayaran, jika berkaitan. Dalam fasa ini kaunselor perlu membina hubungan baik dengan klien, tunjukkan minat, empati dan kefahaman melalui parafrasa.

               Peringkat kedua pula adalah “Menerokai dan Analisis Masalah”, lebih mendorong kepada soalan terbuka bertujuan membimbing arah perbincangan dan kaunselor perlu mendengar secara aktif. Kaunselor perlu menerokai masalah sebenar klien dan membuat penganalisaan terhadap setiap respon klien apabila menjawab soalan. Di sini teknik memparafrasa, refleksi perasaan dan beri galakan kepada klien supaya bercakap dan meluahkan isi hati. Sekiranya kaunselor tidak pasti atau ingin semak kefahaman maka, kaunselor perlu meminta penjelasan semula agar tidak berlaku kesilapan dalam catatan kaunselor.
Peringkat ketiga adalah “Mengenalpasti Masalah”, iaitu setelah mendengar segala masalah klien, kaunselor perlu mengenalpasti masalah yang menjadi punca utama klien tersebut. Kaunselor perlu mentafsir masalah dan cuba berbincang dengan klien. Sebagai kaunselor tidak boleh meletakkan nilai pada klien, jangan ada bias dan meletakkan kesalahan seratus peratus kepada klien. Kaunselor perlu membantu klien dalam menangani masalah mereka.

                Seterusnya peringkat keempat adalah “Membincangkan Strategi Penyelesaian, Alternatif, Kesan”. Pada fasa ini kaunselor bersama-sama klien berbincang dan mengatur strategi agar membolehkan klien menangani atau mengatasi masalah beliau. Kaunselor berperanan membantu klien menyemak kebarangkalian potensi kejayaan dan halangan dihadapi bakal dalam melaksanakan rancangannya. Kaunselor juga boleh memberikan panduan tentang langkah yang dianggap baik untuk mengatasi masalah yang dibawa oleh klien. Kaunselor boleh sertakan contoh dan bincangkan dengan menyentuh kemungkinan cadangan kaunselor dapat dilaksanakan beserta kekuatan dan kelemahan cadangan itu mengikut panduan klien dan kaunselor.

                  Peringkat kelima adalah “Tindakan”, kaunselor dan klien membuat pilihan alternatif mana yang terbaik bagi menangani atau menyelesaikan masalah tersebut. Kaunselor tidak boleh memberikan keputusan kepada klien, mereka perlu membuat keputusan sendiri. Kaunselor hanya membantu dan menanyakan kemungkinan apakah strategi terbaik bagi klien untuk menangani masalahnya. Kata putus oleh klien atau keputusan yang dibuat oleh klien Salah satu peranan penting yang dilaksanakan oleh kaunselor dalam mengambil tindakan ialah merujukkan klien kepada pakar, tempat, atau bahan maklumat yang diperlukan bagi membantu mereka menangani masalah.

                   Peringkat keenam adalah “Penamatan Sesi”, pada fasa ini sebelum menamatkan sesi kaunselor perlu membuat rumusan daripada keseluruhan sesi tersebut. Di dalam kaunseling, penamatan dibuat pada dua cara iaitu penamatan bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan pada akhir sesi dan seterusnya terdapat beberapa sesi lagi klien perlu bertemu dengan kaunselor. Cara kedua adalah penamatan terus serta memberhentikan khidmat dan hubungan kaunseling antara klien dan kaunselor mengikut persetujuan bersama serta jika klien sudah benar-benar pulih.

                    Peringkat terakhir adalah “Susulan”, fasa terakhir ini kaunselor perlu membuat susulan terhadap klien itu. Menghubungi klien untuk temujanji sesi berikutnya ataupun memantau tindakan klien. Khidmat susulan dilakukan bagi memonitor kemajuan klien dalam konteks keupayaannya menguruskan permasalahan yang dihadapinya. Antaranya adalah mendengar kemajuan yang telah dibuat oleh klien dan memberikan galakan atau bimbingan baru untuk meningkatkan progres diri klien. Mengatur atau mengubah strategi baru dalam bentuk intervensi bagi membantu klien. Seterusnya menilai strategi yang telah dilaksanakan oleh klien dan akhir sekali, memberikan khidmat lanjutan seperti khidmat rujukan sekiranya dirasakan perlu.



Rujukan:
1. http://kaunselingindividu. blogspot.com/ , Universiti Pertanian Malaysia, UPM Serdang (1995)
2. Maznah Baba dan Zainal Madon.(2005), Kaunseling Individu. PTS Professional.




Wednesday 10 October 2012

CIRI-CIRI KAUNSELOR PROFESIONAL


PENGENALAN

            Kaunseling melambangkan satu perhubungan professional diantara kaunselor yang terlatih dengan seorang atau sekumpulan klien. Dengan kata lain, kaunseling adalah bidang perkhidmatan yang member perkhidmatan menolong kepada klien iaitu orang yang dibantu melalui suatu perhubungan yang rapat dengan kaunselor bagi menghadapi, memahami dan menerima dirinya dan orang lain.

            Kaunselor merupakan orang yang terlatih dan penting dalam perkhidmatan kaunseling ini. Kaunselor dibekalkan dengan ilmu yang dipelajari dan diberi latihan yang diselia sebagai persediaan bagi menjadi kaunselor yang berkualiti dan berkesan.

            Seseorang kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri peribadi tertentu bagi membolehkan beliau menjadi seorang kaunselor yang berkesan. Untuk menjadi kaunselor yang berkesan, kaunselor juga wajib mematuhi etika yang ditetapkan.

            Oleh itu, perhubungan antara kaunselor dank lien dalam sesi kaunseling adalah saling berhubung kait dan kaunselor perlu sentiasa menunjukkan sikap ingin menoong kepada klien supaya klien berasa selamat dan yakin dengan kemampuan kaunselor.


CIRI-CIRI KAUNSELOR PROFESIONAL

            Proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor di samping kemahiran-kemahiran kaunseling yang dimiliki. Dalam mewujudkan sesi kaunseling yang selesa, kaunselor terlatih dan berpengalaman diperlukan.

Tahap dan gaya kefungsian kaunselor.
  • Kaunselor perlu berempati keatas klien. Kemahiran berempati adalah kebolehan kaunselor memasuki ruang dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien. Disinilah peluang kaunselor menggunakan kemahiran yang ada bagi mencungkil dengan lebih lanjut permasalahan klien berlandaskan proses berempati.

Gaya hidup dan perhubungan menolong klien.
  • Gaya hidup yang natural seorang kaunselor diluar perhubungan menolong dan sentiasa bersedia untuk mempertingkatkan dirinya. Kaunselor perlu terus meningkatkan kesedaran untuk terus maju, bersedia menghadapi sebarang perubahan dan menjadi model bagi tingkah laku yang baik dan aktiviti berisiko.

Kesesuaian diantara kaunselor dan klien
  • Personality yang sama iaitu personality yang dapat digunakan walaupun berbeza etnik dan budaya. Kaunselor haruslah menunjukkan rasa memahami, menghormati dan menghargai diri klien.

Kaunselor sebagai fasilitator yang memberikan pertumbuhan
  • Menurut Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk perkembangan diri klien iaitu  di antaranya kongruen (bermaksud konsisten dan ketulenan) dalam perhubungan, penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami.

              (a)    Kaunselor perlu empati
              (b)   Keterbukaan
·         Kaunselor seharusnya bersikap hormat diatas kejujuran klien  yang meminta pertolongan, menerima hakikat bahawa setiap klien yang datang dan pergi adalah berbeza sifatnya, meyakinkan klien bahawa segala maklumat yang dirahsiakan dan dapat meminta pertolongan dari kaunselor lain yang lebih banyak pengalaman dan kemahirana dalam mengatasi masala-masalah yang sukar baginya.
              (c)    Kemesraan dan sikap ambil berat  k
·         Kaunselor harus memberitahu klien secara jujur tanpa mengenakan sebarang syarat, mennerima klien dengan penuh kerelaan serta mesra untuk memberikan rasa selesa, yakin dan bebas. Bagi menambah kemesraan, semasa klien masuk, kaunselor boleh memegang tangan klien untuk dibawa masuk supaya klien rasa selamat dan selesa. Namun, ia harus dilakukan pada jantina yang sama sahaja.
·         Kemesraan : keadaan penuh persahabatan dan penuh timbangrasa di manifestasi                 melalui senyuman, kontak mata dan nonverbal attending behaviour

·         Sikap ambil berat : lebih kepada emosi, menunjukkan belas kasihan dan ketulenan terhadap kebajikan klien
           (d)   Menghormati dan penerimaan tanpa syarat
·         Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Secara umumnya, penerimaan dengan melakukan penghayatan yang teliti keatas diri klien sambil mengambil pelbagai aspek positif klien akan membantu melancarkan sesi kaunseling.
·         Menerima klien seadanya tanpa penghakiman dan nilai
·         Klien bebas dan akan dihormati
           (e)    Membekalkan maklumat
·         Kaunselor yang professional juga seharusnya mampu bertindak sebagai seorang guru dalam hal-hal membekalkan maklumat kepada kliennya. Fenomena ini memudahkan sesi kaunseling dijalankan.

Menurut Brammer (2003), dalam satu sesi kaunseling, kaunselor dan klien mempunyai ciri-ciri peribadi yang tersendiri. Ciri-ciri kaunselor profesional ialah :

              (a)    Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai
·         Memerlukan satu kesedaran yang luas mengenai kedudukan nilai mereka sendiri. Boleh menjawab persoalan “siapakah aku?” dan “apakah yang penting bagi aku?”. Kesedaran membentuk kaunselor menjadi jujur dengan klien.
              (b)   Kesedaran tentang pengalaman-pengalaman dan budaya
·         Mengetahui tentang perbezaan dan persamaan di antara kaunselor dan klien
·         Dapat bertindak dengan berkesan dan selesa melalui perbezaan budaya . 
              (c)    Kebolehan untuk menganalisa perasaannya sendiri

·         Kaunselor mempunyai perasaan seperti kecewa kerana klien tidak dapat berkembang dengan baik dan tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan oleh klien
·         Kaunselor perlu menangani keraguan dan konflik nilai serta berkarisma
             (d)   Berkebolehan sebagai Model dan Mempengaruhi
·         Kaunselor menggunakan hubungan menolong untuk memenuhi keperluannya yang tidak dipenuhi
·         Menjadi model kesopanan, kematangan dan keberkesanan di dalam kehidupan peribadinya.
·         Bertindak sebaga pakar (berpengatahuan tentang klien, latar belakang, sebab utama klien berjumpa kaunselor dan dapat bergerak ke masalah utama klien
             (e)    Altruism and Compassion
·         Minat kepada hubungan sesama manusia dengan memberi perhatian yang berat
·         Mengidentifikasikan diri sebagai penolong dengan kemanusiaan dan tidak melihat diri mereka sebagai terpisah dengan masyarakat
·         Belas kasihan dilihat sebagai tindak balas melihat penderitaan orang lain. Ram Daas (1992) belas kasihan sebagai “acting from our deepest understanding of what life is, listening intently, and not compromising the truth”.
·         belas kasihan sebagai asas dalam spiritual dan agama
            (f)    Mempunyai Tanggungjawab
·         Klien bertanggungjawab terhadap keputusannya.
·         Kaunselor bertanggungjawab melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien
·         Kaunselor yang bertingkah laku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan yang klien dan harapan sosial.

KESIMPULAN
Ciri-ciri tersebut sama ada semula jadi atau dipupuk serta dipelajari adalah penting untuk kaunselor membantu klien. Individu yang memenuhi syarat kaunselor berkesan akan lebih mudah mengendalikan sesi kerana ia dapat memahami klien dengan baik. Oleh itu, keberkesanan kaunselor terletak kepada kemahiran-kemahiran oleh kaunselor. 

SEJARAH KAUNSELING


PENGENALAN

            Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion kaunseling.

Antara 1800:

            Pada tahun 1800, beberapa pergerakan pembaharuan berlaku serentak dan akhirnya mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling. Pekerja sosial yang bekerja dengan orang miskin; doktor penyakit jiwa yang cuba mengesankan perubahan dalam rawatan sakit jiwa; pendidik ingin menggunakan cara mengajar yang lebih berperikemanusiaan (Dewey, 1956; Dykhuizen, 1973; Neukrug, 1994). Pelbagai pergerakan pembaharuan ini telah membentuk satu semangat di Amerika Syarikat dimana masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain dan menggunakan kaedah berperikemaunusiaan yang baru untuk individu yang memerlukan pertolongan. 

       Pada akhir abad ke-18, bermulanya pergerakan vokasional bimbingan dan akhirnya menubuhkan profesion kaunseling. Pada masa ini bermulanya Revolusi Industri, pergerakan pembaharuan kebajikan sosial, dan peningkatan imigresen di sekitar Bandar timur laut (Aubrey, 1984). Pada umumnya, kebanyakan pelopor dan pembaharu sosial telah melibatkan diri dalam vokasional bimbingan atau kebajikan kanak-kanak dengan mengajar pengetahuan moral dan menyelesaikan hubungan dalaman dan luaran individu kepada mereka (Nugent, 2000). 

         Pembentukan makmal sains di Eropah dan Amerika Syarikat T dalam menguji telah bertambah minat pada diri sendiri. Ujian kecerdikan Alfred Binet terbentuk pada tahun 1896 untuk membantu individu dan institusi dalam membuat keputusan. Sejumlah alatan penilaian kecerdikan telah digunakan dalam vokasional kaunseling dan ia adalah sebagai satu tanda permulaan profesion kaunseling (Williamson, 1964).

       Psikoanalisis dan pembentukan psikoterapi adalah penting kepada penubuhan profesion kaunseling. Pada masa 1800, berlaku perubahan besar dalam perubatan. Individu mencabar fahaman bahawa mental jiwa adalah disebabkan oleh hantu atau organik dalam alam semulajadi. Kegunaan terapeutik hipnosis dijumpai dan, dengan itu, ramai individu meletakkan masalah emosi sebagai faktor psikologikal ketidaksedaran (Ehrenwald, 1976). Freud adalah orang pertama membentuk teori yang komplek itu untuk menerangkan masalah emosi. Beliau dan pelajarnya telah membuat id, ego, superego, bawah sedar dan perkembangan psikoseksual umum. Cara ‘psikologikal’ baru yang melihat dunia ini telah mempengaruhi kewujudan bidang psikologi.

Antara 1900:

              Tahun ini telah membawa vokasional bimbingan yang sistematik, satu pendekatan yang menyeluruh kepada vokasional bimbingan. Jesse B. Davis (1871-1955) adalah orang pertama membentuk program bimbingan yang sistematik di sekolah awam (Aubrey, 1977; Brewer, 1942). Pada tahun 1907, di Grand Rapids, Michigan, Sekolah Sistem, beliau mencadangkan guru karangan bahasa Inggeris perlu mengajar kurikulum bimbingan supaya mencapai matlamat membina sikap baik dan elak membuat masalah. Dengan pengaruh daripada pendidik lain, Davis percaya bahawa bimbingan yang sempurna dapat merawati penyakit sosial Amerika Syarikat pada masa itu (Davis, 1914). 

           Frank Parson (1859-1908) yang dikenali sebagai ‘Bapa Bimbingan’ mempunyai pengaruh yang besar atas kaunseling kini (Ginter, 2002, p. 221) dan vokasional bimbingan di Amerika Syarikat (McDaniels & Watts, 1994). Beliau adalah orang yang luar biasa dan cerdik dalam vokasional bimbingan sistematik peringkat sekolah dan kebangsaan; beliau dapat nampak kepentingan kaunseling individu; dan berpendapat bahawa kerjasama dalam masyarakat adalah lebih penting daripada persaingan dan kasih sayang dapat menggantikan ketamakan (Jones, 1994). Beliau terkenal dengan menjumpai vokasional biro Boston pada 1908, satu langkah besar menginstitusikan vokasional bimbingan. 

          Clifford Beers (1876-1943) telah memasuki hospital sebab penyakit skizofrenia (Kiselica & Robinson, 2001). Beliau mendapati keadaan dalam institusi mental amat teruk dan dengan itu mendedahkannya dalam buku A Mind That Found Itself pada tahun 1909 dan menggunakannya sebagai platform untuk membina kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat pembaharuan dalam rawatan penyakit mental. Tindakan beliau telah memberi dorongan atas pergerakan mental jiwa di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia I, sesetengah psikologis menawarkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai masalah psikologikal akibat daripada perang dunia. Akhirnya, rawatan telah membawa perubahan kepada individu dan perluasan klinik kesihatan mental. 

Antara 1910:


         Dengan permulaan satu orientasi teoritikal dan pertubuhan perbadanan bangsa, Perbadanan Vokasional Bimbingan Kebangsaan (NVGA) telah ditubuhkan pada tahun 1913. Semasa Perang Dunia I, ‘kaunseling terkenal semasa tentera mula menggunakan ujian dan latihan penempatan sejumlah besar ahli tentera’ (Hollis, 2000, p. 45). Penilaian keupayaan telah digunakan atas asas large-scale kerana ujian ini telah digunakan atas tentera Alfa dan Beta untuk menentukan kecerdikan mereka. Ujian ini merevolusikan vokasional kaunseling dan dapat digunakan untuk menunjukkan emosi mereka yang mengganggu individu. Kejayaan large-scale ini telah berkembang dan bersesuaian dalam sekolah, perniagaan dan industri (Drummond, 1996). Dalam pertengahan abad ke-20, ujian untuk menimbang kognitif keupayaan, keminatan, kecerdikan, dan personaliti adalah umum kerana banyak daripada ujian ini dapat mencari cara dalam semua jenis latihan kaunseling. Ia menjadi pergerakan yang popular dan merupakan penubuhan awal pada asas kaunseling.

Antara 1920:

             Teori pendidikan yang progresif dan kerajaan menggunakan perkhidmatan bimbingan dengan veteran telah mempenaruhi profesion kaunseling. Pembentukan pusat kaunseling perkahwinan dan keluarga yang pertama pada tahun 1929 dengan kesan peristiwa Abraham dan Hannah Stone. 

Antara 1930:

             Great Depression mempengaruhi pengkaji dan pengamal dalam universiti dan vokasional seting untuk menekankan strategi pertolongan dan kaedah kaunseling yang berkaitan dengan pekerjaan (Ohlsen, 1983). Teori kaunseling yang pertama dibentuk oleh E. G. Willimson (1900-1979) di Universiti Minnesota. Beliau mengubahsuaikan idea Parson dan menekankan pendekatan counselor-centered dalam Minnesota point of view dan trait-factor counseling. Pendekatan pragmatik beliau menekankan kemahiran pengajaran, penguasaan, pengaruh kaunselor (Williamson, 1939). Beliau berfikir bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan kekurangan pengetahuan atau kemahiran yang ada pada klien dan kemudiannya menetapkan satu prosedur untuk membetulkan masalah tersebut. Pada tahun 1932, John Brewer mengumumkan setiap guru perlu meletakkan bimbingan sebagai satu subjek dalam kurikulum. Pada masa ini, kerajaan Amerika Syarikat juga lebih melibatkan diri dalam bimbingan dan kaunseling.

Antara 1940: 

          Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi. 

          Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara 1950:


            Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).

            Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik. 

         Pada masa 1957, Soviet Union berjaya melancarkan satelit Sputnik I. Pelancaran daripada satelit Rusian telah mendorong kongres National Defense Education Act (NDEA) dalam tahun 1958. Tujuan tindakan ini adalah untuk mengidentitikan kebakatan pelajar dengan cara saintifik dan secara keilmuan untuk membaiki pembangunan mereka. Ia membekalkan model Title V-A untuk menaikkan pangkat program kaunseling agar dapat membentuk institusi kaunseling dan bimbingan untuk melatih kaunselor. 

      Pada tahun 1950, teori baru telah wujud dan difokuskan. Teori tingkah laku seperti Desensitasi Bersistem daripada Joseph Wolpe, teori kognitif seperti terapi rational-emotif daripada Albert Ellis dan analisis transactional daripada Eric Berne. Teori pembelajaran, konsep kendiri daripada Donald Super dalam pembangunan pekerjaan telah memberi kesan yang baik atas pembangunan psikologi (Aubrey, 1977). Pada akhir dekad, jumlah dan kompleksiti teori berkaitan dengan kaunseling telah bertumbuh baik.

      Tambahan sekolah menengah kaunseling, kolej pusat kaunseling selalu bermula sebagai pusat pentadbiran asas vokasional kaunseling selepas Perang Dunia II (Nugent, 1994). Terdapat satu aliran masuk kaunselor dan psikologis ke dalam agensi komuniti pada masa 1950. Kaunselor bertambah kakitangan dalam pusat vokasional pemulihan, bekerja dengan kedua-dua fizikal dan psikologikal yang diperlukan oleh individu terutamanya mereka yang dicederakan dengan serius pada masa Perang Dunia I dan II. 

Antara 1960:

        Perang di Vietnam, pergerakan hak civil, dan pergerakan wanita telah memberi kesan atas pembangunan psikologi. Ramai veteran dan keluarga mereka dari trauma perang Vietnam bertambahnya populasi keperluan kaunseling kesihatan mental. Pada tahun ini juga bertambahnya penyalahgunaan bahan dan kesedaran awam dengan masalah pada semua tahap umur. Masalah ini telah menyebabkan terbentuknya Pusat Tindakan Komuniti Kesihatan Mental pada tahun 1963. Ia memberi peluang kepada kaunselor pekerjaan yang pendidikan seting luar. Selain itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga juga wujud dalam pusat ini sebab kadar penceraian semakin meningkat (Hollis, 2000). Kewujudan teori kaunseling daripada Dugald Arbuckle, Abraham Maslow dan Sidney Jourard adalah penting (Gladding, 2003) kerana ia menekankan perubahan kaunseling dari bersemuka satu-pada-satu kepada interaksi dalam kumpulan kecil. 

Antara 1970:

                Perkembangan kaunseling luar institusi vokasional bermula dengan cepat dalam tahun 1970 apabila pusat kesihatan dan agensi komuniti bermula ambil kaunselor sebagai pekerja. Sebelum masa ini, kebanyakan kaunselor bekerja di seting vokasional, biasanya sekolah awam. Kepelbagaian dalam pebangunan kaunseling telah membentuk konsep kaunseling yang baru. Banyak program komuniti kaunseling telah ditubuhkan dan kaunseling menjadi lebih umum dalam klinik kesihatan mental, hospital, program bantuan pekerja, hospital penyakit jiwa, dan pusat penyalahgunaan bahan. Pada tahun 1976, Perbadanan Kaunseling Kesihatan Mental Amerika Syarikat (AMHCA) ditubuhkan dimana ia menyatukan kaunselor kesihatan mental dalam satu persatuan profesional. Perkembangan program kemahiran pertolongan yang dimulakan oleh Truax dan Carkhuff (1967) serta Ivey (1971) adalah untuk mengajar kemahiran asas kaunseling kepada profesional dan bukan profesional. Kaunselor dapat mengajar kemahiran mereka kepada guru dan paraprofesional. Dalam pertengahan tahun ini, pendidikan program kaunseling memerlukan mengambil peperiksaan lesen psikologi (Ohlsen, 1983). Dalam tahun 1973, Perbadanan Pendidik Kaunselor dan Penyelia (ACES) telah merumuskan taraf untuk ijazah sarjana dalam kaunseling.

Antara 1980: 

              Standardidasi latihan dan pengizahan bermula pada awal dekad ini dan bertumbuh dengan kuat dalam tahun ini. Pada tahun 1987, Council for Accreditation and Related Education Programs (CACREP) mendapat keanggotaan dalam Council on Postsecondary Accreditation (COPE). CACREP mengstandardikasikan program pendidikan kaunselor kepada program master dan ijazah kedoktoran dalam bidang sekolah, komuniti, kesihatan mental, perkahwinan, dan kaunseling keluarga atau perkhidmatan personal untuk pelajar kolej. National Board for Certified Counselors (NBCC) dibentuk pada tahun 1983, bermula mengesahkan kaunselor pada taraf kebangsaan. Pada tahun 1984, NBCC juga membentuk taraf untuk mengesahkan kaunselor pekerjaan, sebagai kesannya, ramai individu menjadi kaunselor pekerjaan kebangsaan (NCCCs) (Herr, 1985). Akhirnya, dalam penyatuan dengan CACREP, National Academy of Certified Clinical Mental Health Counselors (NACCMHC) terus menentukan taraf praktis dan mengesahkan kaunselor dalam kaunseling kesihatan mental (Seiler, Brooks, & Beck, 1987; Wilmarth, 1985). Salah satu perubahan dalam bidang kaunseling semasa 1980 adalah pertambahan fokus pada multi-budaya kaunseling (Claiborn, 1991). Multi-budaya kaunseling dimasukkan dalam kurikulum agar dapat berkerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunselor.

                  Evolusi dalam kaunseling dalam tahun ini adalah satu profesion bantuan yang jelas atas kesan isu, pergerakan dan peristiwa. Pada tahun 1983, APGA telah mengubah nama kepada Perbadanan Kaunseling dan Pembangunan Amerika Syarikat (AACD). Kaunseling menekankan pertumbuhan dan pembangunan manusia. Terdapat pembentukan 5 tahap kehidupan Erik Erikson (Hamachek, 1988), dan satu pembangunan orang dewasa dan orang tua akibat daripada pembentukan Perbadanan Dewasa dan Pembangunan (AAAD). Peningkatan perhatian terhadap isu jantina dan kecenderungan seksual. Kajian Carol Gilligan pada pembangunan nilai moral atas wanita yang dapat mengenalkan teori feminis ke dalam arena kaunseling. Penekanan pada pembangunan moral manusia daripada teori Lawrence Kohlberg (1969) adalah berkait rapat dengan keupayaan kognitif dan empati (Bowman & Reeves, 1987). Berkerja dengan golongan etnik dan kebudayaan yang berbeza adalah difokuskan dalam isu multi-budaya yang ditekankan oleh Perbadanan Multibudaya Kaunseling dan Pembangunan (AMCD).

Antara 1990:

               Pada awal tahun 1990 telah berlakunya krisis kewangan dalam ACA dengan hampir tertutup dan dalam tahun 1992, kaunseling termasuk dalam statistik sumber manusia penjagaan kesihatan yang bersatu dengan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan (Manderscheid & Sonnenschein, 1992). Jenis ini meletakkan kaunseling pada kesihatan mental khusus seperti psikologi, kerja sosial, penyakit jiwa. Kemahiran multibudaya kaunseling yang ditulis oleh Sue, Arredondo, dan McDavis (1992) adalah digunakan untuk mengkaunseling dengan golongan minoriti dan ketidakupayaan. Tambahan lagi, kaunselor menjadi lebih sedar terhadap kepentingan faktor sosial kepada pembangunan dan keutamaan kecelaruan mental dan kesihatan. 

Antara 2000:

             Dalam abad ini, profesion kaunseling dikesan oleh globalisasi dan teknologi. Akan tetapi, masyarakat masih menghadapi masalah sosial. Kaunselor memasuki kerja mereka dalam banyak populasi yang berbeza dan menekankan bahawa pencegahan adalah baik sebelum intervensi dan membuat rawatan.

KESIMPULAN

Sejarah awal profesion kaunseling dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang peristiwa dan faktor mengakibatkan kebangkitan kaunseling. Kita mendapati walaupun profesion dalam bidang lain seperti penyakit jiwa adalah berbeza dengan kaunseling akan tetapi matlamat membantu orang lain masih sama matlamat yang dipegang pada setiap kaunselor. 

RUJUKAN:

Brown, D. & Srebalus, D. J. (1996). Introduction to the Counseling Profession (2nd ed.). United States:       Allyn & Bacon.

Hollis, J. W. (2000). Counselor Preparation, 1999-2001 (10th ed.). Philadelphia: Taylor &Francis.

Gibson, R. L. & Mitchell, M. R. (2003). Introduction to Counseling and Guidance. United States: Merrill Prentice Hall.

Gladding, S. T. (2004). Counseling: A Comprehensie Profession (5th ed.). United States: Pearson Prentice Hall.

Neukrug, ED. (1999). The World of the Counselor: An Introduction to the Counseling Profession. United States: International Thomson Publishing Inc.