Friday 23 November 2012

KELEMAHAN BUKAN SATU KEGAGALAN




kadangkala dalam hidup ini...
ketika kamu jatuh, dan rasanya kamu tidak sanggup lagi untuk bangun...
sebab kamu fikir, apakah kamu masih punyai harapan???
tapi saya ingin katakan kepada kamu semua...
aku jatuh..dan aku tidak punya tangan dan kaki...
aku pasti mustahil untuk bangun semula...
tapi T.I.D.A.K
aku berusaha 100x untuk bangun kembali...
dan jika aku masih gagal seratus kali...
jika aku gagal dan lalu aku menyerah...
pada pandangan kamu, apakah aku akan boleh bangkit???
T.I.D.A.K
tapi jika aku jatuh dan berusaha bangkit lagi...lagi dan lagi...
aku hanya ingin beritahu...bahawa itu bukanlah satu pengakhiran...
yang penting adalah bagaimana kamu mengakhirinya...
apakah kamu akan tamatkan dengan penuh kekuatan???
dan kamu akan beroleh kekuatan untuk bangkit semula...

(NICK VUJIVIC)

***Nilaikanlah kembali dengan diri kita...kalau Nick boleh berjaya...kenapa kita yang diberikan cukup segala-galanya..tidak cacat,,, cukup kaki tangan...namun sebab dengan hanya sedikit sahaja kelemahan, kita sudah rasa ingin mengalah...kenapa kita tidak berusaha???kita hanya perlukan sedikit sahaja usaha untuk dapat apa yang kita inginkan...sebab setiap orang dilahirkan dengan bahagian masing-masing...

..JIKA ANDA FIKIRKAN ANDA BOLEH...ANDA PASTI BOLEH MELAKUKAN...
TAPI JIKA ANDA FIKIRKAN KEKALAHAN...ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEGAGALAN..



Wednesday 21 November 2012

PREVENT




INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA HASIL KERJA STUDENT KAUNSELING BATCH REALITY....

VIDEO INI MERUPAKAN ANTARA VIDEO KESEDARAN YANG KAMI BUAT BERSEMPENA DENGAN PREVENTION INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION (PREVENT) BERSEMPENA DENGAN NATIONAL SEMINAR ON PREVENTION OF DRUGS ABUSE 2012 PADA 2 & 3 MEI 2012 BERTEMPAT DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA...

KAMI MEMENANGI TEMPAT KEDUA BAGI PERTANDINGAN TERSEBUT NAMUN APAPUN IANYA CUKUP MENGGEMBIRAKAN KAMI KERANA INI MERUPAKAN PERCUBAAN PERTAMA KAMI MEMBINA SENDIRI MODUL UNTUK DIPERKEMBANGKAN....

YANG PENTING KAMI TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK...

APAPUN, TEMPAT PERTAMA JUGA MILIK KAMI...KUMPULAN DARIPADA BATCH KAMI JUGA YANG MEWAKILI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS...

KAMI GEMBIRA KERANA KAMI BERJAYA MEMBUATKAN PENSYARAH KAMI TERSENYUM BANGGA APABILA PELAJAR-PELAJARNYA BERADA DIPENTAS WALAUPUN PADA AWALNYA KEHADIRAN KAMI SEOLAH-OLAH TIDAK DIENDAHKAN.....

DAN KAMI BERJAYA BUKTIKAN.....KAMI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS......ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN...KAMI MAMPU JADI YANG TERBAIK DALAM KALANGAN YANG TERBAIK WALAUPUN DI MANAPUN KAMI BERADA....

WALAU APAPUN ANGGAPAN ORANG SEKELILING, KAMI TIDAK GENTAR...MALAH KAMI LANGSUNG TIDAK PEDULI TENTANG ITU...APA YANG PENTING... SEMANGAT ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN TIDAK PERNAH LUNTUR....

WE LOVE UPSI

Destiny - Hati Kata Rindu




Di hati ini ingin melafaz kata
Kata kasih pada Mu yang ku rindu
mengharap sentuhan maghfirah Mu

Hati kata rindu
Hanya pada Mu ooh Tuhanku
Tapi sering aku
Biar berlalu ke hujung waktu

Wahai Tuhanku
Layakkah aku gapai syurga Mu
Janganlah diriku
Engkau sisihkan dari rahmat Mu

ku bersujud kepada Mu
Kasih Mu ku damba
Terima taubatku
Ampuniku

Wahai Tuhanku
Engkaulah yang satu
tempatku mengadu
Rabbul Izzati
Hidup dan matiku
hanyalah untuk Mu

Hati kata rindu
Hanya pada Mu ooh Tuhanku
Tapi sering aku
Biar berlalu ke hujung waktu

Wahai Tuhanku
Layakkah aku gapai syurga Mu
Janganlah diriku
Engkau sisihkan dari rahmat Mu

ku bersujud kepada Mu
Kasih Mu ku damba
Terima taubatku
Ampuniku

Wahai Tuhanku
Engkaulah yang satu
tempatku mengadu
Rabbul Izzati
Hidup dan matiku
hanyalah untuk Mu

Friday 16 November 2012

JANGAN BERSEDIH


KADANGKALA ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI, DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT. KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA, KEMANA MENGHILANGNYA SINAR. RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI…


TIPS BELAJAR YANG BETUL & BERKESAN


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

21 TEKNIK PEMBELAJARAN YANG BETUL DAN BERKESAN (UPSR, PMR, SPM)

1.       Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2.     Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3.     Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4.    Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5.     Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6.     Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7.     Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8.     Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9.     Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
10.   Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing

11.   Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

12.  Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

13.  Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

14.  Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

15.  Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

16.  Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

17.   Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

18.  Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

19.  Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

20.Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

21.  Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.


SELAMAT MAJU JAYA UNTUK ADIK-ADIK YANG BAKAL MENGHADAPI 


PEPERIKSAAN !!!

(^__^)








DOA CINTA SEJATI


Assalamualaikum....salam sejahtera dan salam sayang untuk semua...

Okey...kita keluar topik kejap ek...(^__^)

Doa Cinta Sejati



ISU-ISU WANITA DALAM KAUNSELING KERJAYA


Tanggapan Terhadap Jantina Yang Berbeza.

Tanggapan terhadap jantina lain adalah salah satu karakter dan trait bagi wanita dan lelaki. Ia adalah sistem kepercayaan yang harus ada dalam konteks interaksi sosio budaya. Perkara yang paling penting yang harus dipercayai tentang tanggapan jantina ialah sikap terbuka iaitu memberi dan menerima dalam semua perkara.  Tanggapan terhadap sesuatu jantina sesungguhnya boleh menjadi satu tanggapan bias dalam keserasian tugasan kerja antara wanita dan lelaki. Satu perkara yan tidak dapat dijangka seperti suasana persekitaran kerja yang bebas daripada diskriminasi dan gangguan seksual. Kita perlu untuk membongkarkan pemikiran yang negative terhadap jantina yang berlainan ditempat kerja.
Di dalam dunia koperat, wanita biasanya susah untk menjadi memegang tanggungjawab ketua. Halangan termasuk sikap tidak ketara dan prejudis menghalang wanita dan minoriti untuk bekerjasama. Hakikatnya ramai wanita yang bekerja di luar sana untuk membantu keluarga dan orang lain bekerja kerana mereka memilihnya. Organisasi dan institusi harus mencari jalan untuk mempromosi cara untuk mengaktikan kerja berpasukan antara wanita dan lelaki.

Ketakutan Terhadap Kewanitaan.

Kajian menunjukkan lelaki takut ntuk menerima wanita dalam organisasi. Itu yang menimbulkan kesulitan bagi wanita untuk bertapak di dalam bidang profesional.
Sifat kewanitaan seperti di bawah:
a.) Lemah, tidak bermaya, patuh, tidak tegas, menjadi mangsa pada orang yang lebih berkuasa dan bersedia untuk dieksploitasi, mempunyai sumber yang terhad untuk mengekalkan usaha kea rah matlamat yang berharga.
b.) Beremosi, berkemungkinan melakukan keputusan berdasarkan perasaan berbanding menganalisis dengan berhati-hati.
c.)   Menjaga keperluan suami dan anak-anak.
d.)  Hubungan sejenis.

Gangguan Seksual

Standart wanita yang wajar diaplikasikan ialah mengaplikasikan undang-undang yang sesuai untuk mengelakkan gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja. Wanita harus mempertimbangkan sesuatu gangguan seksual sekiranya lelaki tersebut tidak berniat untuk melakukan sedemikan kerana jika dilaporkan kepada pihak mahkamah, ianya akan dianggap sebagai gangguan seksual telah berlaku.
Faktor lain yang digunakan untuk mengenalpasti apabila tingkah laku yang dianggap serangan:
  1.  jika tingkah laku yang telah diadili melampau.
  2. jika mangsa adalah bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.
  3. jika penjenayah itu adalah seorang penyelia kepada mangsa.
  4. jika ada kekerapan yang penting kejadian.

Bahawa kira-kira dua pertiga wanita melaporkan beberapa bentuk gangguan seksual di tempat kerja. Beberapa perihal gangguan ucapan seksual, rupa tidak senonoh, sentuhan yang sengaja, tekanan dengan perjumpaan, surat dan panggilan, tekanan untuk nikmat seksual dan rogol yang sebenar atau percubaan.  Bermula lebih daripada dua dekad yang lalu, banyak organisasi-organisasi besar membangunkan dasar, prosedur, dan program-program untuk mentakrifkan gangguan seksual, untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan tentang hal itu, dan untuk mengenalpasti bagaimana untuk mencegah. Juga mencadangkan bahawa latihan kepekaan untuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja perlu menjadi sasaran utama majikan. Cadangan ini adalah berdasarkan data yang mendedahkan bahawa Gangguan seual menjejaskan semua peringkat tenaga kerja.
Pada dasarnya, gangguan seksual terdiri daripada overtures seksual yang tidak diingini atau permintaan untuk nikmat seksual.istilah undang-undang yang digunakan dalam gangguan seksual adalah sugi pro quo, yang menunjukkan beberapa jenis ganjaran ditawarkan untuk nikmat seksual. Jenis tingkah laku yang mewujudkan persekitaran kerja yang kesat dan bermusuhan dan paling memburukkan imej kepada wanita.dalam banyak organisasi hari ini, kesedaran dan pencegahan gangguan seksual adalah sebahagian daripada latihan akan datang bagi kakitangan baru. Selain itu, berterusan program latihan kepekaan termasuk topik-topik seperti bagaimana manusia bertindak balas terhadap terharu apabila terlibat dalam perbualan, apa yang dianggap sebagai sentuhan fizikal yang serangan, perbezaan budaya dalam hubungan fizikal, dan tidak sesuai penyata lisan dan komen tentang penampilan fizikal.

Undang-Undang Keperluan Kerajaan Persekutuan

Undang-undang yang melarang diskriminasi atas dasar jantina dalam pekerjaan, bayaran yang diterima untuk bekerja, dan peluang-peluang pendidikan, dan mereka membantu wanita dalam mencapai peluang yang sama dalam ketiga-tiga bidang penting. Diskriminasi adalah dilarang terhadap pekerja berasaskan bangsa, warna kulit, agama, jantina, atau negara asal.  Dasar diskriminasi terpakai untuk menyewa, peningkatan, kenaikan pangkat, gaji, faedah sampingan, latihan, dan semua terma dan syarat lain pekerjaan. Undang - undang ini melarang diskriminasi terhadap pelajar dan pekerja atas dasar jantina, termasuk kemasukan dan pengambilan pelajar, penafian atau perbezaan peruntukan bantuan mana-mana, manfaat, atau perkhidmatan dalam akademik, penyelidikan kurikulum,, pekerjaan, atau lain-lain program pendidikan atau aktiviti, serta dalam mana-mana terma, syarat, atau hak istimewa pekerjaan.

Maklumat kerjaya

Melalui tindakan afirmatif dan program-program lain, wanita lebih kerap dipertimbangkan untuk jawatan kepimpinan yang sebelum ini dikhaskan untuk lelaki. Walau bagaimanapun, bilangan wanita dalam program latihan kedoktoran dan dalam bidang sains tertentu secara relatif kekal daripada bahagian. Jelas, wanita dalam maklumat kerjaya keperluan yang menggalakkan mereka untuk mempertimbangkan pelbagai kerjaya terutama kerjaya yang sebelum ini dikejar hanya oleh lelaki.  Wanita yang mempunyai kepentingan dan keupayaan untuk mengejar tegas, kerjaya pengurusan perlu hala tuju dan galakan, sebagai wanita yang berminat dalam pekerjaan buruh mahir dan teknikal.

Dwi peranan

Menguruskan kedua-dua peranan telah menyebabkan konflik bagi ramai wanita, khususnya dalam memenuhi keperluan masing-masing. Walaupun peranan dua wanita yang bekerja telah mendapat sambutan yang lebih, percanggahan peribadi yang memerlukan penjelasan berterusan dalam kehidupan wanita yang bekerja. Wanita hari ini perlu lebih terperinci menghargai gaya hidup bebas dan menjelaskan konsep diri mereka.  Perancangan hidup integratif (ILP) model oleh Hansen (1996) menggabungkan pembangunan kerjaya, peralihan kehidupan, peranan jantina, sosialisasi, dan perubahan sosial.  Ini model yang direka bentuk untuk mengembangkan pilihan kerjaya bagi kedua-dua lelaki dan wanita kerana pendekatan berpecah kepada pembangunan dan peranan had hidup tempat keputusan pelanggan akan membuat dalam hidup mereka. Sebagai wanita membuat komitmen yang lebih tinggi untuk pendidikan dan latihan, kesanggupan mereka untuk menerima tanggungjawab sepenuhnya untuk kerja-kerja rumah, termasuk penjaaan anak, semakin berkurangan. Tekanan yang semakin meningkat bagi bahagian yang saksama tanggungjawab isi rumah memberi tumpuan kepada apa yang lelaki lakukan di rumah.

Penjagaan kanak-kanak

Penjagaan kanak-kanak termasuk penjaga di rumah, pusat jagaan harian, ahli dewasa isi rumah, adik-beradik yang lain dan tiada pembekal khidmat pada semua. Beberapa kanak-kanak dibiarkan untuk menjaga diri mereka sendiri. Banyak kerja, kelarga, dan masalah personal wanita melibatkan masalah penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh, masalah berkaitan kerja seperti tiba lewat ke tempat kerja, pulang awal dari tempat kerja, masalah penjadualan, kehilangan kerja, dan menghadapi kesulitan untuk fokus dengan tugasan kerja. Masalah konflik kelarga biasanya melibatkan pengurusan penjagaan kanak- kanak. Masalah peribadi biasanya melibatkan stres dan konflik untuk menentukan keputusan antara pekerjaan dan keperluan tugas sebagai ibu bapa. Sesetengah wanita mengambil keputusan untuk tidak bekerja kerana takut mengganggu tugas penjagaan anak-anak. Ada yang tidak kembali bekerja selepas melahirkan anak kerana masalah penjagaan anak-anak tidak dapat diselesaikan.

Persekitaran kerja

Persekitaran kerja adalah agak tidak diketahui oleh wanita yang telah mempertimbangkan diri mereka terutamanya suri rumahKerana sejumlah besar wanita yang akan bekerja di luar rumah, program-program yang memaklumkan wanita tentang apa yang biasanya boleh dijangkakan dalam persekitaran kerja yang diperlukan lebih daripada biasa. Jangkaan pekerja, komunikasi yang berkesan dengan rakan dan penyelia, polisi-polisi promosi dan hubungan pihak berkuasa adalah contoh item yang memerlukan penjelasan.
Kumpulan ini biasanya dikenal pasti sebagai terdiri daripada wanita yang berusia lebih 35 tahun yang sudah berjaya dibawa keluar tenaga buruh bagi tempoh masa yang panjang. mereka tidak layak untuk insurans pengangguran dan juga tidak layak untuk pelbagai program bantuan kerajaan, seperti bantuan kepada keluarga dengan kanak-kanak bergantung (AFDC). Kerana gaya hidup mereka sebelum ini, ramai suri rumah pelarian kekurangan kemahiran pencarian pekerjaan dan benar-benar bersedia untuk masuk ke dalam pekerjaan.

Keperluan Untuk Wanita Yang Bercerai

Wanita yang diceraikan sering bersedia untuk sara diri dan selalunya mempunyai kanak-kanak yang bergantung kepada mereka.bukan sahaja ramai terpaksa mencari pekerjaan.tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka. Gaya hidup baru ini memerlukan mengimbangi tanggungjawab kerja. Sebagai tambahan kepada cadangan-cadangan untuk suri rumah yang disesarkan, kaunseling mungkin komponen lain cara perlindungan pusat jagaan hari, maklumat pengangkutan, dan cepat, kaedah cekap persediaan makanan. Wanita-wanita ini perlu belajar untuk menetapkan keutamaan untuk memenuhi kedua-dua rumah dan tanggungjawab pekerjaan.

Sekatan dalaman

        Penting adalah pengalaman wanita sekatan dalaman apabila mempertimbangkan kerjaya sepenuh masa atau peranan bukan tradisional. Menonjolkan diri ke dalam persekitaran pekerjaan yang didominasi oleh lelaki sememangnya boleh menjadi tugas yang sukar bagi ramai wanita yang membesar di bawah pengaruh stereotaip gender tradisional pekerjaan.  Wanita yang telah mempertimbangkan hanya pekerjaan tradisional seperti guru, jururawat, atau pekerja perkeranian mencari renungan banyak kerjaya lain yang asing kepada mereka. di satu sudut, sosialisasi awal telah dipupuk pengenalan dengan peranan jantina tertentu masyarakat dipersetujui; pada wanita tangan yang lain diberitahu untuk berpisah daripada peranan gender tradisional. secara umum, sesetengah wanita kurang yakin dan harga diri, yang cenderung untuk menghadkan pilihan kerjaya mereka. Terdapat juga bukti bahawa orientasi jantina-peranan menjejaskan motivasi pencapaian.

Keperluan untuk peranan kepimpinan

Lain-lain halangan menghalang menghalang wanita daripada mencapai potensi penuh mereka dalam dunia kerja. Epstein (1980) mencadangkan bahawa warisan budaya kita tidak menggalakkan wanita untuk cemerlang dalam pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan. Dalam budaya kita, model untuk pengurus perniagaan biasanya maskulin. melalui pelaziman sosial, lelaki dianggap sebagai pemimpin dan lebih berupaya untuk menjalankan kerja yang memerlukan kemahiran. Wanita yang telah mengambil peranan kepimpinan sering dianggap hanya sebagai token, dan kebolehan dan kemahiran mereka dipersoalkan, walaupun oleh rakan-rakan mereka. Wanita sering dibuat untuk merasa seperti orang luar dalam organisasi dan dipulaukan oleh struktur yang sedia ada yang formal dan tidak formal.

 Siling Kaca

Siling kaca yang kononnya adalah satu halangan ghaib yang terdiri sikap halus dan prejudis yang telah menyekat wanita dan minoriti dari naik peningkatan dalam organisasi korporat.  Satu lagi kaedah yang digunakan untuk mengecualikan wanita adalah untuk melatih mereka untuk sama ada jawatan peringkat rendah atau bagi mereka kedudukan tidak di landasan yang betul untuk jawatan kanan peringkat.  Menurut sumber yang sama ini, wanita harus menjauhi siling kaca dan akan mempunyai lebih kejayaan  dalam industri di mana asas pelanggan dalam kalangan wanita.

Percubaan Dan Kesusahan Wanita Yang Ingin Berjaya Di Peringkat Teratas

          Wentling (1992) mencadangkan bahawa tindakan-tindakan berikut adalah perlu bagi wanita untukmencapaijawatanpengurusankanan-peringkat:
  1.   kelayakan pelajaran: mendapat sekurang-kurangnya MBA atau yang setaraf.
  2.  kerja keras: bersedia dan sanggup untuk bekerja sekurang-kurangnya 54 jam seminggu di pejabat dan membawa pulang kerja.
  3.  mentor: mencari dan rangkaian dengan mentor yang paling layak.
  4. interpersonal / kemahiran kakitangan: eksekutif wanita mempunyai beberapa ciri yang biasa, termasuk keupayaan untuk menguruskan orang.
  5. menunjukkan kecekapan di tempat kerja: menjangka untuk menjadi lebih dinilai dengan teliti dan ditayangkan berbanding lelaki.
  6. kesanggupan untuk mengambil risiko: menjadi inovatif dan projek ..


Wanita Dan Keusahawanan

Walaupun keuntungan yang besar dalam pemilikan perniagaan dan kenaikan yang diunjurkan untuk masa depan, usahawan wanita menghadapi halangan yang tidak biasanya dihadapi oleh lelaki.
Seperti yang dicadangkan oleh Gould dan Parzen (1990).
  1.  wanita kurang sosialisasi keusahawanan di rumah dan masyarakat;
  2. wanita telah dikecualikan daripada rangkaian perniagaan;
  3. wanita kekurangan modal dan maklumat mengenai bagaimana untuk mendapatkan;
  4.  wanita mengalami sikap diskriminasi peminjam;
  5. wanita sering dipulaukan dalam komuniti perniagaan kerana stereotaip gender, yang seterusnya mempengaruhi jangkaan wanita sebagai usahawan.

Jelas, wanita perlu lebih banyak bantuan dalam pembelajaran tentang laluan dan halangan untuk memiliki perniagaan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, fakta yang amat menggalakkan bahawa wanita yang begitu banyak telah berjaya menceburi dunia keusahawanan.

POLA KERJAYA WANITA & FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA

POLA KERJAYA WANITA


Donal Super merupakan orang yang telah membincangkan perkembangan wanita secara serius dan beliau juga adalah orang yang mula-mula membincangkan isu ini. Terdapat beberapa kategori bagi kerjaya wanita iaitu:

        i.            Suri rumah stabil : tidak ada kerja selepas tamat persekolahan / tidak ada pengalaman
          kerjaya kerana tumpuan kepada suami ,anak dan rumah tangga .
 ii.   Konvensional : bekerja setelah tamat persekolahan dan ikut kursus jangka pendek        perkeranian dan kesetiausahaan dan sebagainya . Menjadi suri rumah sepenuh setelah berkahwin .
    iii.            Berkerja stabil : memilih kerja setelah tamat pengajian, pekerjaan yang dilakukan adalah sebahagian daripada kehiduapan / menjiwai , biasanya golongan ini tidak berumahtangga kerana tumpuan kepada pekerjaan .
    iv.            Dwi- laluan : bekerja setelah tamat pengajian dan berkahwin namun terus bekerja di samping berumahtangga .
      v.            Terganggu : wanita setelah tamat pengajian berkahwin dan berhenti, namun terus berkerja semulasetelah anak sudah besar . Ini berlaku kerana kes tertentu seperti kematian  suami atau perceraian.
    vi.            Tidak stabil : terdiri daripada wanita bekerja, berhenti kerja dan bekerja semula apabila memerlukan kerja. Ini berlaku kerana keadaan ekonomi / kegawatan.
  vii.            Percubaan pelbagai : sama dengan pola kerja lelaki seperti mencuba pelbagai kerja sebelum tetap dalam satu kerjaya.

FAKTOR  YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN  KERJAYA

Perkembangan kerjaya bagi seseorang individu tidak berhenti setelah tamat sekolah menengah
atau telah berkahwin. Ia merupakan suatu proses yang berterusan dalam kehidupan kita. Teori  kaunseling wanita diperkenalkan untuk member perhatian terhadap perkemabngan kerjaya wanita. Galliano dalam kajinnya memberi penekanan bahawa lelaki dan wanita adalah sama dalam kerjaya dan tidak member perhatian terhadap perbezaan. Tetapi pada umumnya, masyarakat melihat lelaki dan wanita memiliki cirri-ciri yang berbeza  sejak mereka kecil lagi.
          Kanak-kanak lelaki mempunyai cirri –ciri seperti tidak suka dikaitkan dengan cirri-ciri kewanitaan, mahu membina kebolehan fizikal yang dikaitan dengan maskulin, lebih agresif, mahu bebas daripada penyeliaan orang dewasa dan akan menampilkan dirinya sebagai orang dewasa. Manakala kanak-kanak perempuan pula mempunyai cirri-ciri seperti mahu membina sifat keibuan, menampilkan diri dalam peranan social dalam rumahtangga, tahu dan sedar dengan perubahan fizikal diri sebagai wanita, sedar bahawa status social yang lebih rendah sebagai seorang wanita dan akan mengaitkan peranan fleksibiliti jantina dalam tingkah laku dan tindakan.
          Kajian tentang perkembangan jantina kanak-kanak dan orang dewasa member focus kepada pengaruh ibu bapa, adik beradi, sekolah, gur-guru, rakan sebaya dan media. Pengaruh awal kanak-kanak akan mempengaruhi pandangan mereka apabila dewasa ialah cirri-ciri, personality, proses pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian perkembangan kerjaya di pengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Jadi, kaunselor hendaklah mengenalpasti bahawa setiap klien itu adalah unik dan berbeza antara satu sama lain.


KAUNSELING KERJAYA - PANDANGAN PELBAGAI BUDAYA DIDALAM PEKERJAAN WANITA

PANDANGAN PELBAGAI BUDAYA DIDALAM PEKERJAAN WANITA


Masyarakat Afrika-Amerika
          Orang Afrika-Amerika atau masyarakat berkulit hitam ini terpaksa menghadapi tindasan dan di ketepikan oleh masyarakat berkulit putih. Akibatnya, golongan wanita Afrika-Amerika sering kali diberi pekerjaan sebagai tukang masak, pembantu rumah, pengasuh anak-anak dan pelbagai pekerjaan pada skala bayaran yang rendah. Walaubagaimanapun, pada masa sekarang mereka telah berjaya dan mulai menceburi pekerjaan professional seperti pegawai undang-undang dan ramai juga yang terlibat dengan perniagaan sendiri.
          Menurut Parham (1996), golongan lelaki Afrika Amerika tidak menerima layanan yang setimpal daripada masyarakat dominan berkulit putih. Winbush (2000) pula mencadangkan bahawa kebanyakkan golongan wanita Afrika Amerika memerlukan latihan pekerjaan dan penjagaan kanak-kanak. Seterusnya Parham (1996) menegaskan bahawa kaunselor perlu aktif member sokongan untuk mengubah amalan diskriminasi oleh masyarakat dan membantu golongan lelaki Afrika-Amerika mengembangkan kesedaran diri serta berkebolehan untuk meluahkan pandangan secara terbuka dan bebas.

Masyarakat Asia Tenggara
          Populasi orang Asia Tenggara di Amerika Syarikat terdiri daripada orang Vietnam, Laos dan Kemboja. Warganegara Vietnam dikatakan lebih berpendidikan dan boleh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Ini menyebabkan mereka mudah mendapat pekerjaan professional dan dalam bahagian teknikal.
          Golongan wanita Asia Tenggara lebih mementingkan anak-anak dan keluarga mereka. Oleh itu, konflik akan wujud sekiranya terdapat percanggahan tentang pekerjaan dan peranannya di dalam kehidupan. Begitu juga dengan golongan lelakinya yang mengambil berat soal keluarga dan lebih mementingkan keluarga berbanding matlamat mereka sendiri. Ini menyebabkan segala keputusan yang di buat adalah berdasarkan kebaikan untuk keluarga. Contoh pekerjaan yang baisanya diceburi oleh masyarakat Asia Tenggara di Amerika Syarikat adalah seperti mengusahakan restoran sendiri, bekerja di sector perkilangan dan lain-lain.
          Kaunselor akan mendapati bahawa beberapa klien daripada golongan ini menghadapi konflik serius dalam kerjaya masa depan dan peranan keluarga. Dari segi hubungan dengan kaumselor mereka mengharapkan hubungan hierarki di anatara kaunselor dank alien. Oleh itu, kaunselor perlu mempelajari system organisasi dan birokrasi, memperbaiki kemahiran komunikasi serta memahami konsep member dan menerima.

Masyarakat Hispanik
          Masyarakat Hispanik di Amerika Syarikat terdiri daripada masyarakat Sepanyol atau Mexico dari Negar Amerika Latin. Golongan ini lebih menekankan soal kerjaya kepada golongan lelaki sahaja kerana golongan wanita dianggap mempunyai cirri-ciri keibua dan mempunyai tanggungjawab sebagai ibu dan isteri di mana wanita perlu member perhatian kepada keluarga. Oleh itu, mereka tidak begitu mementingkan kerjaya dan kebiasaannya jika mereka bekerja sekalipun, kerja yang mereka lakukan adalah seperti pembantu rumah, pekerja kilang atau mana-mana pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran. Menurut Ortiz (1996), matlamat wanita bekerja adalah untuk menampung perbelnjaan keluarga dengan menghantar wang kepada keluarga di Negara asal mereka bagi membantu keluarga. Manakala golongan lelaki masyarakat ini lebih memntingkan cirri-ciri nasionalis dan ‘machismo’ yang bermaksud keangkuhan di mana mereka mempunyai kuasa di dalam sesebuah system kekeluargaan.
          Di dalam hal ini, kaunselor peru meluangkan masa untuk mempelajari mengenai budaya tertentu masyarakat ini. Di antara strategi mencari pekerjaan yang boleh dimainkan leh kaunselor adalah seperti menggunakan komunikasi efektif, persekitaran kerja dan organisasi, informasi kerjaya serta hubungan interpersonal. Kaunselor perlu mengambil berat mengenai pembentukan matlamat, kebolehan menyelesaikan masalah dan memperbaiki system pengurusan kewangan klien.

Masyarakat Asli Amerika (Red Indian)
          Neal (2000) menyatakan terdapat jurang perbezaan yang luas di kalangan budaya masyarakat Asli Amerika. Sosio-ekonomi masyarakat inimerupakan yang paling miskin di Amerika Syarikat. Golongan wanitamereka merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mencari nafkahdan menjaga kebajikan keluarga. Ada di antara sesetengan puak AsliAmerika mempunyai ahli majlis yang terdiri daripada golongan wanitayang lebih tua di mana mereka mengawal kehidupan puak tersebut.Golongan lelaki mereka pula lebih banyak menganggur atau mempunyaisedikit pekerjaan dan ada yang menjadi pemabuk.
          Di dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil kira ciri-ciri warisan budaya mereka seperti menggunakan model atau idola individu berjayadaripada etnik Asli Amerika dan memilih fasilitator sesi kaunseling dikalangan ibubapa dan saudara-mara mereka. Selain itu kaunselor perlumenekankan keupayaan individu di dalam konteks untuk mencapaimatlamat di masa hadapan,
          Sehubungan dengan itu, kaunselor yang terlibat dengan klien daripada pelbagai budaya ini hendaklah bersedia menerima keperluan klien yang telahdipengaruhi oleh budaya warisannya. Kaunselor juga perlulah sentiasamempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai isu di dalam kaunseling kerjaya.



RAHSIA PELAJAR CEMERLANG




3 KATEGORI MANUSIA




DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU & KAUNSELING KELOMPOK


DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah :

a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.

b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.

- Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) -

c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

- Muhd Mansur Abdullah (1993) -

JENIS-JENIS KAWAN (^__^)

1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! 

Wednesday 14 November 2012

KENALI PERSONALITI ANAK MELALUI TURUTAN KELAHIRAN


Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam sayang untuk semua...

Sekarang pukul 3:11 a.m...Ku masih lagi tak boleh nak tidur...penyakit ni datang lagi...memang setiap sem penyakit ni akan datang menyerang. PENYAKIT TAK BOLEH TIDUR...

Jadi untuk menghilangkan kebosanan yang melampau-lampau ni, Ku pun apa lagi, macam biasa lah, mengajak pak cik google menemani waktu-waktu sepi nie...dan seperti selalu, pak cik google amat setia menjadi peneman di kala kesunyian ni...(^__^)

Ni pak cik google bagi...Ku nak share ngan kengkawan...jom kita lihat sesame...

SELAMAT MEMBACA!!!


MENGENALI PERSONALITI ANAK MELALUI TURUTAN KELAHIRAN

Anak pertama
Pintar
Bertanggungjawab
Berasa curiga dan tidak percaya
Rasa tidak selamat
Cemburu
Mudah teruja
Sensitif
Autotarianisme
Hasrat pencapaian diri

Anak kedua
Berdikari
Agresif
Sukakan keseronokan
Suka berkawan
Boleh dipercayai dan diharapkan

Anak ketiga
Mudah mengalih perhatian
Mahukan ibu bapa menunjukkan kasih sayang
Cemburu
Berasa rendah diri
Berasa kekurangan

Anak bongsu
Rasa selamat
Yakin diri sendiri
Pemurah
Terlalu dimanjakan
Tidak matang
Persaingan adik-beradik
Tidak bertanggungjawab

So.. bolehlah check2 kot ada persamaan ngan diri masing2 ke atau ngan karakter anak masing2...