Saturday 30 March 2013

BERCINTA MENGIKUT CARA ISLAM

Fitrah kita sebagai manusia, ingin mencintai dan dicintai....Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk bercinta...
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia  berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Memilih Pasangan Hidup 
Memang sudah fitrah manusia tidak boleh hidup bersendirian. Walau sesibuknya atau bahagianya seseorang itu pasti ia akan sunyi tanpa ada pasangan. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. 

Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan dan yang lebih menyakitkan keluarga sudah mempunyai pilihan mereka tersendiri.

Konsep Meminang Pasangan

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. 

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.

“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”

Namun begitu, bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. 

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba 

 Ada pula yang berkata, Cara ini untuk lelaki bolehlah!! Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, “macam perigi mencari timba“, “wanita tidak bermaruah” dan macam-macam lagi.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sejarah perkahwinan nabi kita.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. 

Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Bercinta sebelum berkahwin atau ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah  HARAM.

Wednesday 27 March 2013

BORANG PERMOHONAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA8i)

Assalamualaikum.....salam sejahtera...dan salam sayang untuk semua....

Hari nie tak padat sangat jadual so blh la saya update blog yg dh bersawang nie....

Hari nie....ehhh bkn hari nie jer....beberapa minggu nie, tugas baru saya adalah tolong adik-adik isi borang...macam-macam borang yang nak kena isi.....adik-adik dah mintak tolong, so Along setuju la nak tolong korang....

Dalam dok isi borang kat adik-adik tu, saya pun nk share jugak la ngan kawan-kawan saya....mana tau ada peluang isi je la untuk diri sendiri ke,,,,anak-anak ke....adik beradik....pakwe makwe....and etc la....isi je...mana tau ada rezeki...hehehe....

OK...jom isi sesama...(^___^)



       
logo
PENGUMUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) Persekutuan dan empat buah negeri boleh dicapai melalui pautan berikut:
Borang SPA8i
NOTA: Kini Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) menggunakan Single Sign-On (SSO).

Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang masalah permohonan sila maklumkan melalui sistem ePertanyaan.
Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

ok....dah dapat yg cm kt atas tu klik dekat "Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)...nti dia akn kluar mcm yg kt bwh nie....pastu isi je la...

p/s: kepada mereka-mereka yang baru mula-mula nak daftar nie klik "Daftar Akaun Baru" dahulu...





Daftar Masuk Borang SPA8i | Soalan Lazim (FAQ)

MyID:
Kata Laluan:

Bagi pemohon yang tiada MyID dan Kata Laluan, Sila ikuti
Panduan Pengguna Borang SPA8i dan klik Daftar Akaun Baru,
Jika lupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
* Untuk paparan dan fungsi terbaik sila gunakan
Google Chrome Version 24.0.1312,
Mozilla Firefox 17.0.1 atau Internet Explorer (I.E) 9.0 ke atas
dengan resolusi skrin 1024 x 768 .

SELAMAT MEMOHON!!!!

Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013


Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dipanggil temuduga akan menduduki ujian M-Test sebelum ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.
Makluman terkini (Updated): Pihak KPM membuka peluang kepada lepasan SPM untuk menyertai program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP sesi 2013.
BERITA TERKINI: PERMOHONAN PERGURUAN LEPASAN SPM DIBUKA SEMULA MULAI 22 MAC 2013
Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP 2013 lepasan SPM – Ambilan Jun
Pemberitahuan Kementerian Pelajaran Malaysia  menerusi portal rasmi  http://www.moe.gov.my mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Sebagai makluman permohonan ini dibuka dan boleh dibuat secara online (atas talian) mulai tarikh 22 Mac 2013.
Keterangan program
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Struktur Program
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
Syarat Kelayakan Program
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran: Dan,
  • sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
Bahasa MelayuSejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Program Pengajian Yang Ditawarkan
1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  •  Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara Permohonan Online Perguruan 2013
1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui http://www.moe.gov.my atau klik pada Applikasi Permohonan Perguruan 2013 bermula pada 22 Mac 2013.
2. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
3. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
4. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tarikh Tutup Permohonan
31 Mac 2013 (11.59 malam)
Contoh Permohonan Perguruan 2013 Lepasan SPM
Sila simpan nombor rujukan setelah selesai buat permohonan.
kplspm 2013
Nota PentingTalian Permohonan sudah dibuka. Setelah membuat permohonan, sila semak semula permohonan anda dan pastikan telah membuat pengesahan sebelum 31 Mac 2013 (11.59 malam). Selamat Maju Jaya


Sumber: Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013 | melvister.com