Monday, 12 November 2012

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT BULAN DALAM ISLAM

Assalamualaikum...salam sejahtera ...dan salam sayang untuk semua...

untuk entry yang entah ke berapa dah Ku buat hari ni (akibat kebosanan yang melampau sebab tak blik kg cuti deepavali ni), Ku ada la try search info berkaitan rahsia tarikh lahir kat pak cik google nie....so, Ku jumpa Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Dalam Islam.....jom la kita tengok sama-sama ek...tp Ku pon tak tahu sumber mana yang diorang ambik....kita tengok je la ek......


SELAMAT MEMBACA  (^__^)





Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.

AURA PERSONALITI WARNA


VIOLET

Image

AURA PERSONALITI WARNA VIOLET DARI ASPEK WANG & KERJAYA

Kewangan dan Kerjaya
Personaliti violet tahu bahawa wang melambangkan kuasa. Wang juga mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi seseorang. Wang juga mampu untuk membantu mereka mencapai impian dan khayalan mereka. Namun begitu, uniknya; personaliti ini menggunakan wang dengan sekadarnya dan berhati-hati. Mereka tidak memerlukan terlalu banyak wang untuk keperluan sendiri namun mereka suka dan menghayati kemewahan yang dimiliki.
Bagi personaliti ini, wang adalah untuk masyarakat. Mereka menggunakan wang yang ada untuk memberi inspirasi kepada masyarakat. Mereka juga menggunakan wang untuk merealisasikan visi mereka. Mereka juga tahu hakikat bahawa wang mampu mengubah pandangan orang terhadap mereka. Matlamat mereka lebih penting daripada wang yang diterima.Personaliti violet merupakan seorang yang berwawasan. Mereka sentiasa mampu berfikir dan mencari penyelesaian untuk sesuatu masalah. Mereka melihat sesuatu masalah secara mendalam dan melalui pandangan yang jauh. Hal ini meyebabkan mereka dianggap sebagai seorang ketua yang ideal. Mereka mampu meramal apa yang bakal terjadi untuk keputusan yang diambil. Oleh kerana itu, mereka mampu untuk memikirkan langkah apa yang boleh diambil untuk keputusan akan datang. Bagi mereka fakta dan statistik bukanlah penentu kerana fikiran mereka sentiasa berada di hadapan dari segi masa. Mereka tidak perlu tahu secara jelas bagaimana atau bila sesuatu perkara itu bakal dicapai, mereka ‘tahu’ mereka mampu untuk mencapainya.
Personaliti violet merupakan seorang yang dinamik. Mereka mampu untuk menjadi ketua dalam sesuatu organisasi. Cara mereka memimpin ialah dengan emosi dalaman mereka, bakat pemimpin yang ada secara semulajadi, daya bervisi yang jauh serta daya semangat mereka. Mereka mempunyai karisma. Dengan karisma inilah, pengikut mereka berasa senang bekerja dengan mereka. Tarikan dan kelebihan yang ada ini menjadikan pekerja mereka tidak kisah dengan cara kepimpinan personaliti ini yang mungkin kadangkala agak autokratik dan diktator.
Personaliti violet biasanya sukakan pekerjaan yang menglibatkan komunikasi dan hiburan. Hal ini kerana dalam bidang ini, mereka mampu menggunakann kelebihan yang ada pada diri mereka iaitu kuasa tarikan dan karisma. Dengan kuasa karisma yang ada, mereka senang berkomunikasi dan menyebabkan ramai orang senang dengan mereka. Selain itu, kuasa karisma dapat membuat mereka kekal lama dalam bidang ini. Namun begitu, personaliti violet perlu ingat, mereka tidak boleh bergantung sahaja pada kuasa ini, mereka perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga mempunyai kemahiran atau kelebihan yang lain. Gabungan karisma yang dimiliki dan kemahiran yang sentiasa diasah akan menyebabkan mereka lebih bersinar dalam bidang yang dipilih oleh mereka.
Pekerjaan yang bersesuai dengan personaliti ini adalah ahli muzik, pelakon, pensyarah, pemimpin organisasi, ahli politik, pencipta, pengkarya, ahli perniagaan dan pengurus projek.

BERMINAT WARNA VIOLET

Sekiranya anda menyukai violet, ia menggambarkan anda seorang yang memiliki kejernihan dan keaktifan minda yang tinggi. Daya penilaian anda juga tinggi dan berpandangan jauh, ini menjadikan anda dapat melihat perkara yang orang lain belum lihat. Anda sukakan dan mahukan sokongan serta keceriaan dalam hidup, namun anda terlalu mengharapkannya dari orang di sekeliling anda. Ada kalanya sikap orang lain akan mengecewakan anda kerana anda bercita rasa tinggi. Anda juga kreatif dan seni, kehalusan jiwa dan minda anda menjadikan anda suka kepada keindahan kejadian alam dan muzik. Anda juga berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.

INDIGO

Image

AURA PERSONALITI WARNA INDIGO DARI ASPEK WANG & KERJAYA

Kewangan dan Kerjaya
Personaliti indigo amat prihatin dan memahami konsep kewangan. Mereka bijak dalam menguruskan kerjaya dan wang. Mereka adalah di kalangan orang yang jujur, ini menjadikan mereka jujur dalam keperluan mereka sendiri. Namun begitu bagi mereka, wang tidaklah terlalu penting. Mereka lebih sukakan kepada sesuatu yang bersifat mulia dan yang menunjuk ke arah kebenaran. Wang tidak dapat membeli nilai kebenaran.
Personaliti indigo juga mampu menjadi pemimpin yang baik. Mereka memimpin dengan semangat mereka yang datang daripada naluri dalaman. Mereka memahami dan sedar tentang hal masyarakat dan betapa pentingnya interaksi dengan alam. Mereka juga seorang yang berdikari dan kreatif. Indigo juga merupakan seorang yang mempunyai sifat integriti yang tinggi. Mereka seorang yang jujur dan ikhlas ketika melakukan kerja.
Personaliti indigo juga merupakan sekerja yang baik. Mereka sentiasa cuba bercakap jujur dan tidak suka perbuatan yang tidak bermoral atau tidak beramanah. Bagi mereka itu akan menyebabkan perasaan dalaman mereka tidak tenang. Mereka juga seorang yang sentiasa memberi semangat. Komunikasi melalui hati adalah teras kepada sesuatu perhubungan bagi mereka. Rakan sekerja amat senang bersama mereka kerana mereka boleh dipercayai dan setia.
Personaliti ini mempunyai cara yang unik menyelesaikan masalah mereka. Mereka mengikut kata hati dalam membuat keputusan. Cara penyelesaian ini mampu membuat mereka mencari jawapan dengan lebih baik lagi. Naluri bagi mereka adalah perkara yang penting.
Oleh kerana mereka mempunyai personaliti yang sensitif, mereka memerlukan ruang untuk diri mereka. Mereka mengharapkan suasana pekerjaan yang harmoni. Keharmonian dapat memberi ketenangan kepada personaliti ini.
Personaliti warna ini sukakan kerjaya yang dapat membantu orang lain. Mereka percaya bahawa khidmat utama mereka adalah membantu masyarakat dari segi kerohanian. Mereka suka dan gembira ketika melakukan pekerjaan ini. Mereka juga percaya bahawa semakin seimbangnya hidup mereka, semakin beratlah tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Oleh sebab inilah personaliti ini biasanya dilihat terlibat dalam bidang kebajikan atau dalam bidang perkhidmatan.
Pekerjaan yang sesuai dengan indigo adalah perubatan kerohanian, guru, ahli muzik, penulis, pereka, ahli muzik dan jururawat.

BERMINAT WARNA INDIGO

Sekiranya anda menyukai indigo, ia menggambarkan anda seorang yang memilih untuk berfikir dari terlalu banyak berkata-kata. Anda memiliki ciri kepimpinan yang berpandangan jauh, menggunakan kepekaan dan pemikiran yang seimbang dalam menilai sesuatu. Anda mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan. Keunikan anda menjadi daya penarik dan anda kreatif bagi menggayakannya melalui cara anda yang tersendiri. Semangat anda tinggi, namun anda tidak suka menonjolkan diri secara berlebihan. Institusi kerohanian dan seni merupakan sesuatu yang anda minat dan cenderung bagi menghayatinya.

BIRU

Image

AURA PERSONALITI WARNA BIRU DARI ASPEK WANG & KERJAYA

Kewangan dan Kerjaya
Personaliti biru tidak begitu menunjukkan kecenderungan minat terhadap wang yang banyak. Wang adalah perkara yang jarang difikirkan biru kerana bagi mereka perhubungan, interaksi dan kasih sayang adalah perkara yang jauh lebih penting. Mereka lebih suka mengambil pendekatan yang selamat dan takut untuk mengambil risiko. Perkara atau kerjaya yang terlalu berisiko adalah perkara yang perlu dielakkan bagi personaliti biru.
Personaliti biru mengambil masa untuk membuat keputusan. Mereka berfikir dengan semasak-masaknya tentang sesuatu masalah. Fikiran mereka pula haruslah sentiasa dalam keadaan yang tenang. Walaupun mereka lambat mengambil keputusan, tetapi keputusan yang diambil mereka akan bermanfaat kepada semua orang. Personaliti ini sukar hendak berfikir secara analitis. Hal ini kerana cara personaliti ini berfikir ialah dengan banyak melibatkan perasaan atau emosi berbanding dengan fikiran mereka. Biru mahu sesuatu keputusan yang diambilnya itu akan mengembirakan semua orang. Ini menjadikan mereka menjadi rujukan dalam isu yang melibatkan ramai pihak. Cara mereka berfikir dan menyelami sesuatu isu menjadikan mereka pandai memilih keputusan yang tepat untuk keharmonian semua pihak.Personaliti ini juga merupakan pendengar yang baik. Mereka mudah untuk memahami masalah orang lain dan masuk ke dalam alam tersebut. Mereka mampu memberi sokongan kepada orang lain. Mereka merupakan tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah. Oleh itu personaliti ini sesuai dengan kerjaya yang memberi galakan dan menolong orang lain. Mereka boleh menjadi ahli psikologi untuk ramai orang dan sifat ini ada secara semulajadi. Mereka amat sesuai untuk menjadi ahli terapi kerohanian dan kejiwaan.Selain itu, mereka juga tahu apa yang hendak dibuat. Dalam mencari sesuatu penyelesaian, mereka perlulah mendengar dan peka terhadap naluri dalaman mereka. Mereka juga perlu bertanya soalan yang betul pada diri mereka. Dengan ini mereka dapat membuat keputusan yang betul. Walaubagaimanapun, mereka mengalami kesukaran dalam bertindak apa yang difikirkan oleh mereka. Mereka takut untuk membuat perubahan kerana mereka sememangnya tidak suka mengambil risiko. Mereka selesa dengan keadaan yang sedia ada dan mereka boleh setia dengan keadaan ini untuk jangka masa yang lama.
Personaliti biru perlu berupaya untuk mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka berharap dapat mewujudkan satu persekitaran yang harmoni dan pasukan yang bekerja sebagai pasukan. Kerjasama dalam pasukan bagi personaliti ini amat penting dalam menghasilkan keputusan yang baik. Mereka seorang yang setia pada pasukan mereka. Cara mereka memimpin ahli pasukan adalah dengan teladan. Mereka selalu menekan pada orang bawahan mereka bahawa kerja secara berkumpulan dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Mereka sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan mereka dalam memperolehi keputusan yang diingini.
Kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti biru adalah guru, juruterapi, bidang perubatan, jururawat, ahli psikologi, penulis, penasihat, penyelia, pengurusan administrator, setiausaha, sukarelawan dan pegawai kebajikan.

BERMINAT WARNA BIRU

Sekiranya anda menyukai biru, ia menggambarkan anda mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu ikatan atau perhubungan. Anda memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri anda. Anda juga peka pada perasaan orang lain dan mampu menghayatinya. Anda senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun anda terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah anda dengan lebih yakin. Anda bijak menilai serta pandai mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan penilaian anda itu. Kedamaian dan keharmonian hidup merupakan impian yang harus anda terus cari dan nikmati.


HIJAU

Image

AURA PERSONALITI WARNA HIJAU DARI ASPEK WANG & KERJAYA

Kewangan dan Kerjaya
Personaliti hijau mempunyai keinginan untuk memiliki wang yang banyak dan hidup dalam kesenangan namun mereka bukanlah dari kalangan yang suka berkerja kuat untuknya. Mereka agak kurang komited terhadap tugas mencari wang dan sering mengharapkan orang lain untuk menjalankan ia untuk mereka. Mereka jarang mahu berfikir lebih tekun dan kreatif bagaimana cara untuk mendapatkan lebih wang. Mereka cepat selesa dengan cara konvensional asalkan pendapatan mereka berterusan. Adakalanya mereka lebih gemar untuk berharap dan bergantung kepada orang lain untuk menampung mereka serta memikirkan kaedahnya. Namun begitu mereka tidak pula sukakan kesusahan kerana hidup susah akan menyebabkan mereka tidak harmoni dan tenang. Ini menjadikan mereka bijak berbelanja dan berjimat untuknya. Asalkan fikiran tenang dan hidup penuh kedamaian, mereka selesa untuk bersederhana.
Personaliti hijau amat mementingkan keharmonian, maka untuk hidup aman mereka tidak suka untuk terlibat dengan masalah dan salah satunya adalah masalah kewangan. Oleh sebab sikap ini adakalanya menjadikan mereka tidak mempunyai semangat melawan yang baik. Mereka tidak kompetetif dan tidak suka bersaing kerana ia hanya akan membuatkan mereka resah. Pada mereka, hukum alam akan memenuhi permintaan mereka dengan caranya yang tersendiri. Maka tak perlulah terlalu mendesak atau memaksa diri untuk mencapai apa yang dihajati. Mereka hanya perlu bijak untuk berkomunikasi tentang apa yang diigini oleh mereka agar mereka mudah menerima dan mendapat pertolongan daripada orang lain. Mereka percaya bahawa alam ini saling berinteraksi dan saling tolong menolong antara satu sama. Oleh itu mereka percaya bahawa alam ini akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Namun begitu, kepercayaan ini kadangkala membawa keburukan. Sikap ini akan menyebabkan mereka tidak aktif untuk mengambil tindakan dan sekadar berharap. Kesan negatif yang lebih teruk lagi apabila mereka hanya akan mengingati bentuk sudu sahaja jika mereka selalu disuapkan.Walaupun begitu, personaliti hijau mempunyai kekuatan untuk menyelesaikan masalah. Mereka mampu untuk berfikir secara sistematik dan menyusun strategi. Mereka tahu bila dan di mana mahu menggunakan idea mereka. Dengan kelebihan mempunyai ramai kenalan mereka juga tahu bahawa mereka akan perolehi bantuan sekiranya diperlukan. Personaliti ini tahu teman mana yang sesuai untuk membantu mereka menyelesaikan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka tidak sukar menghadapi masalah dengan kekuatan yang ada pada diri mereka. Kadangkala mereka juga menunggu orang lain untuk menjalankan idea yang mereka fikirkan bagi menyelesaikan isu mereka.Antara kelebihan hijau yang lain adalah mereka mempunyai idea dan gerak hati yang semulajadi yang dapat membantu mereka. Daya ini membolehkan mereka sentiasa mempunyai pilihan untuk membuat keputusan. Namun begitu mereka jarang mahu melaksanakan idea atau naluri ini sendiri, mereka lebih mengharapkan agar orang lain dapat menerima idea tersebut seterusnya berusaha untuk merealisasikannya. Mereka hanya akan berusaha untuk merealisasikannya jika keadaan mendesak. Sikap ini boleh menyebabkan mereka agak sukar untuk menghabiskan kerja mereka kerana kurang berminat untuk mengambil tindakan secara fizikal. Mereka kurang berstamina untuknya dan sekadar berminat menyelesaikannya dalam bentuk pemikiran.
Personaliti warna ini sukakan sesuatu pekerjaan yang memerlukan interaksi. Oleh itu mereka sukakan pekerjaan yang menglibatkan perhubungan sesama manusia atau dengan alam sekitar. Mereka suka untuk bekerja di tempat yang seimbang dan harmoni serta suasana yang tidak memerlukan aktiviti lasak.
Pekerjaan yang sesuai dengan personaliti ini adalah peladang, pekebun, juruterapi, kaunselor, pensyarah, pendidik, guru, peguam, doktor, penternak atau perniaga hasil agro.

BERMINAT WARNA HIJAU

Sekiranya anda menyukai hijau, ia menggambarkan anda seorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Anda mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. Anda mahukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami anda serta menolak anda maju ke hadapan. Institusi keluarga dan masyarakat adalah sesuatu yang anda suka untuk fikir dan bicarakan.

KUNING

Image

AURA PERSONALITI WARNA KUNING DARI ASPEK WANG & KERJAYA

Kewangan dan Kerjaya
Personaliti kuning tidak mempunyai banyak masalah dengan isu kewangan. Mereka mampu menjana pendapatan dengan mudah dengan idea mereka yang kreatif. Mereka juga tidak takut untuk bekerja kuat untuk memperolehinya. Namun begitu, mereka agak boros dalam kewangan. Wang mengalir masuk dan keluar dengan senang.
Personaliti kuning merupakan orang yang sesuai untuk melakukan sesuatu tugasan atau projek yang baru kerana daya kretif, aktif dan ceria mereka. Namun begitu sikap mereka seperti peribahasa “Hangat-hangat tahi ayam”, mereka mempunyai kecenderungan untuk tidak menghabiskan kerja yang dimulakan oleh mereka. Mereka begitu gembira ketika projek diberikan. Oleh sebab mereka suka bermain-main, ini menyebabkan mereka tidak begitu serius ketika bekerja dan adakalanya tak sedar akan sikap mereka itu. Seterusnya sikap inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk menghabiskan tugasan yang diberi atau suka menangguhkannya hingga perasaan mereka kembali bersemangat atau ceria untuknya.Personaliti kuning yang kreatif akan mencari penyelesaian dengan mudah dan unik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka sukakan penyelesaain yang lain daripada lain iaitu sesuatu yang baru dan menarik. Mereka amat sesuai menjadi rakan sekerja. Personaliti kuning mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka memimpin dengan memberi kata-kata semangat kepada teman atau orang bawahan mereka. Selain itu mereka juga mengamal kepimpinan melalui teladan. Mereka tidak suka sekadar bercakap sahaja tetapi tidak melakukan tindakan. Mereka suka untuk menunjuk kepada orang bawahannya cara untuk melakukan sesuatu perkara.Personaliti kuning merupakan seorang yang sensitif. Sikap ini seterusnya menyebabkan mereka amat peka dengan sentuhan. Oleh sebab itulah personaliti kuning mudah ditemui pada pekerjaan yang memerlukan kemahiran rawatan. Mereka suka melakukan kerja yang melibatkan orang lain. Interaksi merupakan sifat semulajadi mereka.
Pekerjaan yang bersesuai dengan personaliti kuning adalah sebagai atlit, penghibur, chef, mekanik, ahli psikologi, pengamal perubatan, pramugara/pramugari dan pemandu pelancong.

BERMINAT DENGAN WARNA KUNING

Sekiranya anda menyukai kuning, ia menggambarkan anda berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya imaginasi yang baik dan bertanggungjawab terhadap keperluan diri dan orang lain. Anda juga sensitif dan penyayang, ini menjadikan anda sedia membantu orang lain sekiranya perlu. Anda juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.

JINGGA

Image

AURA PERSONALITI WARNA JINGGA DARI ASPEK WANG & KERJAYA

Kewangan dan Kerjaya
Personaliti jingga merupakan seorang yang berdikari. Mereka berupaya melakukan kerja secara individu untuk jangkamasa pendek atau panjang juga pekerjaan yang selesa bagi mereka. Hal ini dapat menjadikan mereka lebih komited terhadap pekerjaan mereka untuk satu tempoh yang panjang.

Personaliti jingga juga tidak mempunyai masalah dengan kewangan. Bagi mereka wang bukanlah suatu keutamaan yang mutlak semata kerana kebebasan hidup lebih utama. Maka, gaya hidup mereka juga ringkas dan sederhana walaupun memiliki wang yang banyak. Ini menjadikan tekanan untuk memiliki terlalu banyak wang bukan isu atau beban demi menampung gaya hidup mereka yang ringkas tersebut. Mereka mampu menjana kewangan daripada berbagai sumber yang lain kerana mereka mempunyai keupayaan berfikir dengan kreatif untuk tujuan itu. Malah, mereka sering dan mampu menjana pendapatan mereka daripada aktiviti yang disukai mereka iaitu daripada aktiviti yang mencabar dan berbentuk fizikal.Personaliti jingga tidak mempunyai permintaan yang tinggi. Mereka tidak mengejar kemewahan. Mereka sanggup menghabiskan wang mereka semata-mata ingin memenuhi hobi mereka. Mereka juga sanggup membelanjakan wang mereka supaya idea yang difikirkan mereka boleh menjadi realiti.Personaliti jingga juga mampu menjadi seorang pemimpin yang kreatif. Namun begitu, mereka tidaklah terlalu kisah mengejar untuk menjadi pemimpin. Mereka memimpin melalui fizikal dan semangat mereka. Mereka mampu menunjukkan potensi yang optimum ketika melakukan sesuatu kerja jika diberi sedikit kelonggaran dan kebebasan. Cara kepimpinan mereka yang kreatif menyebabkan mereka mempunyai pengikut dan peminat yang banyak.Personaliti jingga juga dianggap sebagai seorang penyelesaian masalah yang kreatif. Apabila cuba menyelesaikan masalah, mereka akan melihat daripada segala aspek. Mereka akan mengira risiko sesuatu masalah tersebut. Mereka juga akan mengira sumber-sumber yang lain sama ada mencukupi atau tidak dalam menyelesaikan masalah.

Selepas melakukan banyak pertimbangan dan penilaian, barulah mereka mengambil tindakan.Personaliti jingga merupakan seorang yang kuat bekerja. Mereka amat sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan kekuatan, semangat yang tinggi, tidak takut dan mempunyai kemahuan yang membara. ‘Cabaran’ dan jingga adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Personaliti jingga akan lebih berasa gembira dan seronok jika berjaya dalam sesuatu projek yang besar dan mencabar. Hal ini menunjukkan mereka telah berjaya mengatasi halangan.Pekerjaan personaliti jingga yang sesuai adalah ahli perniagaan, pereka , arkitek, penyiasat persendirian dan pemaju.

TEROKAI WARNA AURA ANDA.. KETAHUI POTENSI DIRI SEBENAR.. BONGKAR RAHSIA MUDAH UNTUK BERJAYA MELALUI ILMU AURA PERSONALITI WARNA!!

MINAT TERHADAP WARNA JINGGA

Sekiranya saudara meminati jingga, ia mengambarkan saudara seorang yang bagus dalam hal kerja, sukakan idea baru, suka bersama-masa teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif. walau bagaimanapun, saudara juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila mengalami tekanan.

PERSONALITI MELALUI WARNA



Ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui bahawa melalui warna yang digemari juga sikap seseorang itu dapat diterjemahkan(hanya untuk perempuan sahaja). dan anda boleh cuba sendiri....!





BIRU MUDA


- suka merendah diri.
-suka mengalah dan tidak sanggup menghadapi cabaran.
-sanggup berkorban demi kepentingan orang lain.
-cerdas dan bijak.
-sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tidak menonjol.
-agak pendian tetapi seorang pendengar yang baik.


PERSONALITI MELALUI TULISAN


 Kenali Personaliti Melalui Tulisan - Dr. Fadzilah kamsah




Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup..


Saturday, 10 November 2012

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG





KAEDAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:



 BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

1.Tenang / damai

2.Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi

3.Elakkan daripada gangguan bunyi bising


Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.



 SENTIASA BERSEDIA

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.




·         MENETUKAN MATLAMAT
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.




·         SENTIASA MELAKUKAN AMALAN KEROHANIAN
Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.





·         MEMBUAT NOTA RINGKAS
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat. Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna.






·         MENGULANGKAJI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH OUTPUT LEARNING
Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.

*****
Diatas merupakan kaedah untuk membantu kita dalam mengulangkaji dengan mudah.Kaedah-kaedah diatas boleh membantu kita dalam belajar dengan mudah. Pencapaian tidak tiba dengan mudah selagi kita tidak mencuba dan mengunakan tenaga yang ada untuk menjadi pelajar dan mengamalkan cara belajar yang berkesan.


KONFLIK OTAK KANAN DAN OTAK KIRI



Assalamualaikum.....salam sejahtera dan salam sayang untuk semua....


Untuk entry kali nie, apa kata kita sama-sama cuba permainan nie...jom...

SELAMAT MENCUBA

(^_____^)




ARAHANNYA MUDAH SAHAJA.....
  • sebut warna yang tertera, bukannya perkataan yang ditulis