Wednesday, 10 October 2012

SEJARAH KAUNSELING DI MALAYSIA


            Bidang bimbingan dan kaunseling suatu bidang yang masih muda usianya dan mempunyai sejarah yang aktif di Malaysia. Sejarahnya dapat dilihat melalui beberapa dasar kerajaan, permulaan kursus-kursus latihan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan kebelakangan ini melalui perkembangan program-program ijazah, diploma dan sijil untuk guru-guru bimbingan dan para kaunselor.

            Sejarah perkembangan kaunseling di Malaysia bermula pada tahun 1938 menerusi pembentangan laporan keperluan bimbingan di sekolah melalui pentadbiran Kolonial Britain – H.R Cheeseman. Pada tahun 1939 , kaunseling di Malaysia semakin berkembang dengan penerbitan buku panduan A Guide to Careers in Malaya for Parents , Teachers and Pupils. Penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kebajikan komuniti pada tahun tahun 1946 menunjukkan kaunseling di Malaysia semakin berkembang. Pada tahun 1959 , tertubuhnya Perkhidmatan Pekerjaan Belia oleh Jabatan Buruh. Kaunseling di Malaysia semakin berkembang dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di sekolah pada tahun 1962. Pada tahun 1964 pula pekeliling pendidikan dikeluarkan supsys setiap sekolah melantik seoarang guru bimbingan yang memeberi focus kepada khidmat panduan pelajaran , kerjaya dan peribadi. Setelah itu , UKM menawarkan perkhidmatan kaunseling di Unit Runing Cara pada tahun 1973. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1978 , Penjara Seremban memulakan perkhidmatan kaunseling dadah dipenjaranya dan seramai 168 pegawai penjara dilatih oleh Bereau of International Narcotic matters , USA dalam bidang kaunseling pemulihan. Setelah itu , pada tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memeperkenalkan kursus Persijilan Kaunseling dan pada tahun 1982 , Persatuan Kaunselor Malaysia didaftarkan. Kemudiannya pada tahun 1989 , Persatuan Kaunselor Malaysia ditukar kepada persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA ) bertujuan untuk mewujudkan satu asas professional untuk kaunselor. Pada tahun 1992 , jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling ditubuhkan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) dengan kerjasama PERKAMA. Akta Kaunselor 1998 diluluskan oleh kerajaan pada 1 Disember 1998.

PROSES KAUNSELING


Proses kaunseling akan bergantung pada  kaunselor, klien dan isu tertentu. Namun, ada proses kaunseling umum yang kaunselor akan ikuti iaitu,  maklumat latar belakang koleksi,  pengenalan isu-isu teras, kes formulasi, penetapan tujuan untuk proses terapeutik, pelaksanaan campur tangan,  penilaian campur tangan, dan akhir sekali ialah  penutupan.

            Proses kaunseling merupakan sesuatu rentetan peristiwa yang kompleks tetapi sistematik. Lazimnya , bila kita bercakap mengenai proses, kita tidak akan lari daripada perbincangan tentang aspek khusus seperti langkah-langkah yang wujud di dalam proses tersebut ; peringkat-peringkat yang berlaku ; penggunaan dan penglibatan bahan-bahan ; penggunaan kaedah dan teknik-teknik tertentu ; keperluan kemahiran khusus dan tertentu ; penglibatan masa dan jangka masa ; serta perubahan yang berlaku pada setiap peringkat atau tahap.

            Pada asasnya terdapat pelbagai proses dalam menjalankan amalan kauseling. Namun secara umum proses kaunseling boleh di bahagikan kepada dua proses iaitu mengikut pendekatan teoritikal contohnya jika kita meneliti kepada pendekatan atau teori psikoanalisis, maka proses kaunselingnya mempunyai cara atau kaedah yang tersendiri . Keduanya mengikut proses umum.

            Kaunseling adalah proses menolong. Istilah ‘proses’ bermaksud satu fenomena atau kejadian yang berlaku secara berterusan mengikut urutan tertentu atau mempunyai tahap tertentu atau mempunyai tahap tertentu yang boleh dikenalpasti. Brammer (1997) melihat proses kaunseling dalam dua peringkat iaitu :

1               1)      Membina hubungan
2               2)      Menggalakkan tindakan positif iaitu :
                     i)  penerokaan
                    ii)  mengenalpasti masalah
                   iii)  memilih alternative
                   iv)  mengambil tindakan
                   v)  penamatan

Tuesday, 9 October 2012

MATLAMAT KAUNSELING


Jom kita tengok sama2, ape matlamat kaunseling sebenarnya......(^____^)

1.Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.
Melalui sesi kaunseling klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat ‘lepas tangan’ tidak mendatangkan hasil yang baik. Klien yang  bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain.
2.Memperbaiki imej diri yang negative
Imej diri yang negative merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej positif. Diantara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang negative. Imej diri yang positif menandakan kestabilan personality.
3.Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
4.Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkah laku.
5.Membantu klien menjadi lebih produktif
6.Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.
7.Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan
8.Membantu klien mengurus masalah yang belum selesai dalam hidupnya

Monday, 8 October 2012

APA ITU KAUNSELING

Kaunseling adalah proses yang berfokus pada peningkatan kesejahteraan psikologi pelanggan, sehingga pelanggan kemudian mampu mencapai potensi penuh mereka. Hal ini dicapai dengan kaunselor memudahkan pertumbuhan peribadi anda, pembangunan, dan pemahaman diri, yang pada gilirannya memberi anda untuk mengadopsi amalan-amalan kehidupan yang lebih konstruktif. Kaunseling boleh membantu dalam beberapa cara. Hal ini dapat membolehkan anda untuk mengembangkan pemahaman yang lebih jelas tentang masalah anda dan membantu anda mendapatkan kemahiran baru untuk lebih baik menguruskan masalah-masalah peribadi dan pendidikan. Kaunselor boleh menawarkan perspektif yang berbeza dan membantu anda memikirkan penyelesaian kreatif untuk masalah. Berkongsi fikiran dan perasaan dengan seseorang yang tidak secara peribadi terlibat dalam kehidupan anda dapat sangat membantu.

DEFINISI BIMBINGAN , KAUNSELING DAN NASIHAT

BIMBINGAN

            Menurut Gladding , 2000 , bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya. Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga sepenuhnya. Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula , bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental , social , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan masa depan.

KAUNSELING

            Kaunseling pula merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan , kemajuan dan penyesuaian yang holistic , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan  dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( AKTA KAUNSELOR 1998 ).

NASIHAT

            Zuraidah (1994) menyatakan memberi nasihat adalah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi mengelakkan diri daripada memahami , memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi. Mengikut Kamus Dewan (1994 ) nasihat ialah ajaran , petunjuk yang baik , peringatan , mengusulkan , mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.


Friday, 5 October 2012

AKU DAH 3 TAHUN DI UPSI


Rasa macam semalam baru mendaftar masuk ke UPSI nie... Macam tak percaya jer dah hampir 3 tahun aku kat sini....

Ingat lagi masa hari pertama mendaftar ke sini rasa sedih sangat sebab tak biasa tinggal sorang2 kat tempat orang n jauh dr family TERsayang......

Tapi bila dh lama kt sini rasa bestt sangat....Dapat pulak geng yang satu kepala (kecoh-kecoh club) memang seronok habis la......

Roomate pertama aku masa sem 1???.....budak BnK jugak....Jaiyidah nama dia...tapi aku panggil dia jaiyid jer.....Dia nie lau dalam geng aku, dia la yang paling baik....Kami gelar dia ustazah.....:-)))

OK....nie pic batch reality masa SEMESTER 1...muka masing2 masih lagi bersih dari kedutan2....hehehe







Nie pulak masa kami di SEMESTER 2.....masa nie kami ke Pusat Pemulihan Raudhatul Sakinah...


Dan nie adalah wajah2 ceria kami di SEMESTER 3.....ini adalah program kami ke unit Psikiatri PPUKM bersama Cik Amelia pensyarah bagi kursus Psikologi Abnormal.....





Juga masa SEMESTER 3....KEM KAUNSELOR DINAMIK.....bersama Dr. Aziz Syah ayahanda kesayangan...:-))



OK2 guys nie masa SEMESTER 4....masa nie nampaknya kedutan-kedutan mula ada di muka masing2....tp ape2 pun kita semua still cun meleCUN.....(^__^)......Masa nie kami semua ada tugasan iaitu mengINTERVIEW bekas penagih dadah di Pondok Inabah II T'ganu




Dan ini kami di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)....masa nie kami telah buktikan yang batch REALITI adalah batch yang HEBAT!!!!.....kami telah merangkul tempat pertama dan kedua dalam pertandingan PREVENTION INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION bersempena National Seminar On Prevention Of Drug Abuse 2012 (PREVENT)



Wajah seterusnya di sem 5??????......tunggu...:-))))