Fitrah
kita sebagai manusia, ingin mencintai dan dicintai....Islam tidak pernah
menghalang umatnya untuk bercinta...
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang
lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin
menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia
berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh
fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang
bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.
Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya
jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat
yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam
mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan
dicintai.
Percintaan
dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua
insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan
dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Memilih Pasangan Hidup
Memang sudah fitrah manusia tidak boleh hidup
bersendirian. Walau sesibuknya atau bahagianya seseorang itu pasti ia akan
sunyi tanpa ada pasangan. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu
telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya,
sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan
niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus
berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya.
Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan
segala-galanya. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan
mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan
perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan
dan yang lebih menyakitkan keluarga sudah mempunyai pilihan mereka tersendiri.
Konsep Meminang Pasangan
Konsep Meminang Pasangan
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki
dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan
adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah
bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.
“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki
dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan
adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah
bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Namun begitu, bertunang bukan merupakan lesen yang
membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang
hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk
bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar
berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka
tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan
Islam. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini
tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara
baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, Cara ini untuk lelaki bolehlah!! Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, “macam perigi mencari timba“, “wanita tidak bermaruah” dan macam-macam lagi.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, Cara ini untuk lelaki bolehlah!! Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, “macam perigi mencari timba“, “wanita tidak bermaruah” dan macam-macam lagi.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah
diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam
itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah
untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sejarah perkahwinan nabi kita.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita,
Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah
menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki
oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai
sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda.
Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada
pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju,
barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu.
Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk
mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan
cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang
baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi
pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma
mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki
boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.
Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah
bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua
dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu
mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita
sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta
bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan
muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.
Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah
mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir
dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah
lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut
telunjuk syaitan. Bercinta sebelum berkahwin atau ber’couple’ adalah
menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.