Wednesday 27 March 2013

Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013


Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dipanggil temuduga akan menduduki ujian M-Test sebelum ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.
Makluman terkini (Updated): Pihak KPM membuka peluang kepada lepasan SPM untuk menyertai program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP sesi 2013.
BERITA TERKINI: PERMOHONAN PERGURUAN LEPASAN SPM DIBUKA SEMULA MULAI 22 MAC 2013
Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP 2013 lepasan SPM – Ambilan Jun
Pemberitahuan Kementerian Pelajaran Malaysia  menerusi portal rasmi  http://www.moe.gov.my mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Sebagai makluman permohonan ini dibuka dan boleh dibuat secara online (atas talian) mulai tarikh 22 Mac 2013.
Keterangan program
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Struktur Program
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
Syarat Kelayakan Program
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran: Dan,
  • sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
Bahasa MelayuSejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Program Pengajian Yang Ditawarkan
1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  •  Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara Permohonan Online Perguruan 2013
1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui http://www.moe.gov.my atau klik pada Applikasi Permohonan Perguruan 2013 bermula pada 22 Mac 2013.
2. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
3. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
4. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tarikh Tutup Permohonan
31 Mac 2013 (11.59 malam)
Contoh Permohonan Perguruan 2013 Lepasan SPM
Sila simpan nombor rujukan setelah selesai buat permohonan.
kplspm 2013
Nota PentingTalian Permohonan sudah dibuka. Setelah membuat permohonan, sila semak semula permohonan anda dan pastikan telah membuat pengesahan sebelum 31 Mac 2013 (11.59 malam). Selamat Maju Jaya


Sumber: Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013 | melvister.com 

14 comments:

  1. kali ni punya permohonan kena pin number tak??

    ReplyDelete
  2. Salam..kalau no. tel tersalah tulis..adakh permhnn akn d'tolak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.... xde mslh rasanya...sbb yg penting adalah alamat surat menyurat tu la..nti dia akn hantar surat...nti bla result dh kuar,rjin2kanlah diri check ok....(^_^)

      Delete
    2. Salam.. Erm.. Klau nombor rujukan lupa nk simpan/hilang macam mana ,ya? :'(

      Delete
    3. xpe...tnggu nti keputusan keluar...insyaallah ada jalan keluar masalah nie...semua mslh blh diselesaikan...jgn bimbang yer...MOGA BERJAYA (^_^)

      Delete
  3. assalam..cmne nk buat semakan ni ek.? xad pautan yg brkenaan pn kt http://www.moe.gov.my 2.? jasa anda in shaa Allah akn dikenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...semakan hanya boleh dibuat sekiranya keputusan telah keluar...pautan nie xaktif selagi belum masanya...tnggu je yer...SEMOGA ANDA BERJAYA HENDAKNYA...(^_^)

      Delete
  4. assalamualaikum wbt...kalau lupa nak cetak krn ad masalah, mcm mna erk?tp sy dh simpan no rujukan tu,tp saya nk rujuk balik utk cetak xjumpa :D...so mohon bantuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla permohonan dh tutup xleh bkak lg...xmngapa kalau xcetak...yg penting simpan no rujukan...nti tnggu msa kputusan keluar ye yang...SEMOGA SUCCESS SELALU HENDAKNYA (^_^)


      Delete
  5. program pengajian ni 5 tahun la jumlahnya?

    ReplyDelete
  6. ada ka cara lain bagi mereka yang berumur lebih dari 20 tahun yang ingin memasuki bidang perguruan ?

    ReplyDelete
  7. bila lagi permohonan kursus maktab perguruan akan dibuka?

    ReplyDelete
  8. lepas stpm boleh apply Kursus Maktab Perguruan???
    bila next intake??
    december 1993 boleh lagi apply???
    sila beritau saya terima kasih banyak -banyak...

    ReplyDelete