Sebelum kedatangan Islam, bahasa Melayu telahpun mempunyai tradisi
tulisan, iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong. Malah sistem tulisan
ini agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk
menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi.
Malangnya, sistem jawi ini agak merosot kemudiannya apabila masyarakat
kita disogokkan dengan Sistem Ejaan Rumi oleh penjajah barat. Disamping itu,
kemudahan cetak dan penerbitan membuatkan ejaan rumi menjadi lebih praktis
daripada mana-mana sistem lain.
Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, usaha menulis
bahasa Melayu dengan menggunakan huruf Rumi pula dijalankan oleh beberapa orang
sarjana Eropah secara perseorangan. Mereka menjalankan kajian terhadap tatabahasa
dan nahu bahasa Melayu. Sebenarnya usaha-usaha ini tidaklah dapat dikatakan
sempurna, dan ada beberapa kelemahannya. Sarjana Inggeris yang mula-mula sekali
membincangkan soal ejaan bahasa Melayu
ialah William Marsden (1912) dalam bukunya yang bertajuk A Grammar Of The
Malayan Languange. Dalam kajiannya, The Evolution of The Malay Spelling,
W.G. Shellabear membuat kajian mengenai beberapa naskah surat yang ditulis
antara tahun 1600-1650 di Acheh, dan menghasilkan satu sistem ejaan rumi. Usaha
yang lebih teratur dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Di Negeri Negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1902, dengan membentuk sebuah Jawatankuasa Ejaan yang
dipengerusikan oleh R.J.Willkinson, Nazir Sekolah-Sekolah pada masa itu. Tugas
jawatankuasa itu ialah mengkaji dan membentuk sebuah Sistem Ejaan Rumi. Sistem
ejaan yang dihasilkan dikenali juga sebagai Ejaan Willkinson yang digunakan
didalam kamusnya.
**ASSIGNMENT FONOLOGI SEMESTER 5**
No comments:
Post a Comment