Hidup ini penuh dengan teka-teki. Kita sebagai hambaNya,
kita harus terima segala yang telah ditetapkan buat diri kita. Jangan pernah
menyalahkan takdir. Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita.
REDHA ITU MENYERAH TETAPI PASRAH ITU KALAH. Lebih
baik kita berserah daripada kita mengalah. Berserah tidak semestinya kita
tewas. Kita berserah kepadaNya memohon petunjuk dan pertolongan daripada yang
berhak. Namun pasrah itu bererti kita mengalah. Mengalah dengan apa yang
terjadi. Tiada usaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Percayalah, ia
hanya akan merugikan kita.
Jodoh pertemuan, ajal maut…semuanya terletak
ditangan Allah s.w.t. kita sebagai hambaNya, kita seharusnya terima dan redha
dengan apa yang terjadi. Percayalah, jalan yang dilakarkan untuk kita melangkah
itu telah pasti ke penghujungnya. Cuma mungkin jalan kita berlainan dengan
orang lain. Mungkin jalan kita berbukit diawalnya namun landai dipenghujungnya.
Terimalah. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
Banyak yang kita dengar dan lihat dari akhbar, majalah, TV
mahupun di radio. Ramai orang yang memusnahkan diri sendiri kerana cinta.
Jangan adik-adik…sesungguhnya ia sesuatu yang merugikan diri sendiri. Allah
tidak pernah kejam dengan kita. Percayalah ada perancangan yang terbaik telah
ditetapkan olehNya untuk kita.
p/s: Bercinta biarlah dengan cara yang betul…cintailah orang
yang menyayangi kita bukannya orang yang kita sayangi. Tapi INGAT!!! Jangan
pernah meletakkan 100% rasa cinta itu pada orang yang kita cinta. Tetapi
simpanlah sedikit untuk kita menghadapi dugaan yang mungkin akan menghalang
kita dari terus bercinta dengannya iaitu TAKDIR…
“CINTA TIDAK
SEMESTINYA MEMILIKI…TETAPI CINTA ITU UNTUK DINIKMATI”
No comments:
Post a Comment