Saturday 27 April 2013

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 2013


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam (6) Sesi 2013/2014 | Kepada calon SPM 2012 yang ingin menyemak keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam (6) sesi 2013/2014 boleh menyemak bermula pada 24 April 2013 bersamaan dengan hari Rabu.

Calon boleh membuat semakan secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan di laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my.

Selain itu, penulis juga akan mengemaskini link pautan di laman ini jika aplikasi untuk semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Sesi 2013/2014 dibuka pada tarikh yang dinyatakan.

Semakan Secara Online



Semakan Secara SMS

Taip T6 [jarak] KP [jarak] NOKP hantar ke 15888
Contoh : T6 KP 951223125641

atau

Taip T6 [jarak] AG [jarak] AGILIRAN hantar ke 15888
Contoh : T6 AG JD017A146



Tuesday 16 April 2013

Sejarah No Plate Kenderaan Di Malaysia





Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.
Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.
Malah, pada masa tersebut, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M–GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor
No plate Special..
Proton: Issued for certain Proton cars.
Perodua: Issued for certain Perodua cars.
WAJA: Issued for Proton Waja cars.
Chancellor: Issued for Proton Chancellor cars.
Persona: Issued for Proton Persona cars.
Satria: Issued for Proton Satria cars.
Tiara: Issued for Proton Tiara cars.
Perdana: Issued for Proton Perdana cars.
LOTUS : Issued for Lotus cars.
KRISS: Issued for Modenas Kriss motorcycle.
Jaguh: Issued for Modenas Jaguh motorcycle.
NAZA: Issued for Naza vehicles.
SUKOM: Issued only during the 1998 Commonwealth Games, which was held in Kuala Lumpur at that year.
XIII NAM: Issued only during the 2003 NAM Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
X OIC: Issued only during the 2003 OIC Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
XI ASEAN: Issued only during the 2005 ASEAN Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
BAMbee: Issued only during the 2000 Thomas and Uber Cup which was held in Kuala Lumpur at that year.
XXX IDB: Issued to members and participants of the Islamic Development Bank conference.
G1M – gagasan 1 Malaysia ( banyak kelihatan d kawasan Putrajaya)
Purtajaya – Purtajaya
Teksi pulak:
HA: Ipoh & Taiping in Perak
HB: Klang Valley, Selangor
HC: Kuantan, Mentakab & Temerloh in Pahang
HD: Kota Bharu, Kelantan
HJ: Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang & Kulaijaya in Johor
HK: Alor Star & Sungei Petani in Kedah
HL: Labuan
HM: Malacca
HN: Seremban, Negeri Sembilan
HP: Penang & Prai
HQ: Kuching, Miri, Sibu & Bintulu in Sarawak
HS: Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau in Sabah
HT: Kuala Terengganu, Terengganu
HW: Kuala Lumpur
diplomat asing/kedutaan
11-22-DC sbgai contoh
CC-consular corp utk negara komanwel
UN-united nation

Monday 15 April 2013

CINTA???



Hidup ini penuh dengan teka-teki. Kita sebagai hambaNya, kita harus terima segala yang telah ditetapkan buat diri kita. Jangan pernah menyalahkan takdir. Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita.

REDHA ITU MENYERAH TETAPI PASRAH ITU KALAH. Lebih baik kita berserah daripada kita mengalah. Berserah tidak semestinya kita tewas. Kita berserah kepadaNya memohon petunjuk dan pertolongan daripada yang berhak. Namun pasrah itu bererti kita mengalah. Mengalah dengan apa yang terjadi. Tiada usaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Percayalah, ia hanya akan merugikan kita.

Jodoh pertemuan, ajal maut…semuanya terletak ditangan Allah s.w.t. kita sebagai hambaNya, kita seharusnya terima dan redha dengan apa yang terjadi. Percayalah, jalan yang dilakarkan untuk kita melangkah itu telah pasti ke penghujungnya. Cuma mungkin jalan kita berlainan dengan orang lain. Mungkin jalan kita berbukit diawalnya namun landai dipenghujungnya. Terimalah. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.


Banyak yang kita dengar dan lihat dari akhbar, majalah, TV mahupun di radio. Ramai orang yang memusnahkan diri sendiri kerana cinta. Jangan adik-adik…sesungguhnya ia sesuatu yang merugikan diri sendiri. Allah tidak pernah kejam dengan kita. Percayalah ada perancangan yang terbaik telah ditetapkan olehNya untuk kita.


p/s: Bercinta biarlah dengan cara yang betul…cintailah orang yang menyayangi kita bukannya orang yang kita sayangi. Tapi INGAT!!! Jangan pernah meletakkan 100% rasa cinta itu pada orang yang kita cinta. Tetapi simpanlah sedikit untuk kita menghadapi dugaan yang mungkin akan menghalang kita dari terus bercinta dengannya iaitu TAKDIR…

“CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI…TETAPI CINTA ITU UNTUK DINIKMATI”

Wednesday 3 April 2013

MENCARI KETENANGAN JIWA

Gambar : Masjid Kampus Sultan Azlan Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)



DALAM kehidupan dunia moden, manusia sering diancam pelbagai perasaan seperti gelisah, murung, tidak tenang, dan rasa tidak pernah cukup dengan harta yang ada, menyebabkan perasaan tamak, haloba dan rakus menguasai jiwa. Hal inilah menyebabkan jiwa seseorang tidak tenang dan mengalami kegelisahan.

Jiwa dapat didefinisikan sebagai, nyawa, roh yang ada dalam tubuh manusia. Jiwa juga meliputi batin iaitu perasaan, fikiran, cita-cita dan lain-lain yang terkandung dalam hati manusia. Sesekali manusia diduga dengan ujian ketakutan dan kegelisahan. Hanya kekuatan jiwa dapat mengatasi segala.

Berkaitan dengan dugaan dan ujian terhadap jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami akan berikan cahaya kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan . Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar. (al-Baqarah:155).

Jika jiwa tidak tenang seluruh badan akan mengalami gangguan. Antaranya; kemurungan atau gelisah adalah penyakit biologi atau jiwa yang dihadapi seseorang akan mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tindakan daripada anggota badan seperti perasaan marah, rasa terancam dan terdesak. Hal inilah yang menyebabkan seseorang itu bertindak di luar dugaan dan di luar pertimbangan.

Tokoh-tokoh yang banyak membicarakan tentang psikologi Islam ialah; al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, ulama al-Kalam. Begitu juga dengan Imam al-Ghazali banyak membicarakan tentang hubungan roh, jiwa dan jasad. Beliau memperkenalkan teori keseimbangan di antara bahagian-bahagian jiwa dan teori kekendirian.

Dalam al-Quran terdapat istilah yang berkaitan jiwa seperti nafs yang bermaksud kemanusiaan disebut sebanyak 367 kali, qalb yang bermaksud emosi disebut sebanyak 144 kali, aql bermaksud akal atau pemikiran disebut sebanyak 149 kali dan roh disebut sebanyak 29 kali. Jelaslah hati dan jiwa diberi penekanan oleh Allah SWT untuk kita memahaminya.

Melalui keimanan dan keseimbangan keempat-empat unsur ini akan dapat mengawal jiwa manusia ke arah ketenangan. Bagi mendapatkan ketenangan jiwa dan mengurangkan kegelisahan seseorang itu mestilah beriman kepada Allah SAW, bertaubat, takut, zuhud, sabar, ikhlas, reda, syukur, istiqamah, tawaduk dan takwa serta membaca al-Quran dan mengingati Allah SWT.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dada kamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57)

Oleh itu, sebagai manusia juga hamba Allah SWT untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan adalah melalui al-Quran yang banyak mengandungi pengajaran. Melalui al-Quran terdapat petunjuk dan juga rahmat bagi mereka yang menghadapi pelbagai penyakit termasuk kegelisahan jiwa.

Sebagai golongan orang yang beriman, kita semestinya mendekatkan diri dengan amalan membaca, memahami maksudnya dan menghayati al-Quran dalam kehidupan. Petunjuk dan juga rahmat banyak terkandung dalam al-Quran bagi mendapatkan ketenangan jiwa ketika kegelisahan.

Imam Syafi'e menjelaskan jiwa akan mulia dengan hidup apa yang ada. Beliau berkata; "Aku bunuh sifat-sifat tamakku, maka tenanglah jiwaku. Seterusnya jiwaku akan hina kalau aku tetap tamak. Aku hidupkan rasa puas yang telah lama mati, kerana dengan menghidupkannya harga diri dapat dijaga. Jika sifat rakus bersarang, di hati seorang hamba, maka ia akan menjadi orang yang hina ."

Banyak faktor dan sebab yang menyebabkan keresahan hati dan fikiran manusia pada hakikatnya terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya; banyak melakukan dosa, berpaling daripada peringatan Allah SWT, melakukan syirik kepada Allah SWT baik dengan perkataan, perbuatan atau hati dan hidup sentiasa diselubungi perasaan putus asa disebabkan iman yang lemah.

Seseorang yang melakukan dosa akan mencetuskan keresahan dalam hidupnya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Yang menyebabkan timbulnya huru-hara dalam hati sanubari (jiwa) manusia adalah dosa-dosa yang dilakukan manusia. (riwayat Muslim).

Hanya agama dan keimanan dapat mengelakkan keresahan, rasa rendah diri, kesepian, kegelisahan, kemurungan, rasa bosan, rasa muram, sedih, pilu, , cemas, susah hati dan jiwa tidak tenteram serta tidak berupaya mengatasi persoalan yang dihadapi.

Segala gejala kejiwaan tersebut sering kali mempengaruhi jasmani dan rohani dan menimbulkan gangguan kepada keadaan fizikal tubuh.

Daripada Anas bin Malik ra., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus lidahnya." (Riwayat Imam Ahmad).


OLEH : UTUSAN MALAYSIA


FASILITATOR KEM DESA SELESA


Assalamualaikum....salam sejahtera....dan salam sayang untuk semua...

Ok, nie adalah aktiviti untuk semester nie... Sebagai persediaan untuk pergi praktikum bulan JULAI nanti...

Jom layan gambar-gambar sepanjang kami menjadi fasilitator...(^_^)


**FASI BUAT DULU!!!**

**FASI LELAKI**

**FASI POMPUAN**

**MANDI LUMPUR...hehehe**

**MANDI SUNGAI SETELAH SELESAI RIVER CROSSING**

**NIGHT WALK**

**FASI: KEMBARA MINDA**
muka dah sememeh habis..hehe

SENAM PAGI
1...2...3... Oppaah Ganyam Kauuu!!! hahaha

**"SI BUTA KU SAYANG"**
KENA SUDAA DENGAN BIG BOSS!! hehehe


**GELAK SAKAN KOME YER!!!**
ramai sudah yang berjaya mengISLAMkan Ah Leng menjadi Halim...hahaha

**SALAM DULU SEBELUM BALIK!!!**

**FASI BAEKK HATI TOLONG BAWAK BEG**
kapasiti jambatan gantung ni maximum 4 orang. Sekarang cuba kira ada berapa orang kat situ??? hehehe

**PANDAI CAKAP DAPAT FREE!!!**
untungggg lerrrrr.....hahaha


Mereka pun sudah balikkk....so selesailah kerja para Fasilitator untuk kali ini.. Jumpa lagi dalam next project... Keletihan hilang tatkala melihat adik-adik tersenyum kepuasan...Mudah-mudahan, segala aktiviti yang dijalankan mampu membentuk modal insan yang gemilang...

SEKIAN....bersambung dalam next project!!!