Monday, 17 December 2012

KASIH IBU BAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SAMPAI BILA-BILA





Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk
 seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...
di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....

sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...
semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....

pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.

- Pena : Kee Perantau Simpang Tiga -

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!

Saturday, 8 December 2012

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH SECARA ONLINE


Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Oleh Ibu Bapa Secara Online Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)



Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. 

Untuk makluman, bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3dan ke atas manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagiPeralihanTingkatan 2 dan ke atas.

Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :

1. Pergi ke laman web SAPS -http://sapsnkra.moe.gov.my/ Kemudian, click Semakan Ibu Bapa



2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama adasekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.


3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip

***contoh



Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa.



Contoh analisa keputusan pelajar
 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.

* Untuk makluman, buat masa ini Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) tidak menyediakan semakan untuk ibu bapa bagi melihat keputusan PBS sepertimana SAPS. Keputusan hanya boleh diperolehi melalui guru kelas / mata pelajaran.


Laman web SPPBS :  http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/



Saturday, 1 December 2012

KAUNSELING KELOMPOK- ISU & ETIKA


1- PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan pemikiran yang sedar, dari segi perasaan dan kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok ini adalah untuk memperbaiki tingkah laku klien yang tidak mengikut norma-norma kehidupan yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah. Mengikut Corey (1990), kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih . Hansen et. al (1976), tujuan mencegah klien dari mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini daripada berterusan. Dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi “serius”. Tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang “serius” di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelakuan . 

Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam kelompok sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada individu yang normal (dapat berfungsi dengan sepenuhnya). Masalah-masalah yang sering di bawa ke dalam kelompok ialah berkaitan dengan tugas perkembangan dalam hidup seharian. Fungsi kaunseling kelompok ini serta klien adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.

Teori–teori kaunseling kelompok adalah “guidelines” yang digunakan supaya proses kaunseling yang dijalankan mendatangkan hasil yang baik atau efektif. Hansen et al (1976), “ each theory proposes a process whereby the counselor and group can participate in the process of changing the member’s behavior”.Dalam menjalankan sesi, kaunselor perlulah mematuhi beberapa etika demi matlamat yang hendak dicapai.

2- DEFINISI ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan dengan tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan itu juga bersifat konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah masyarakat.


Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh seseorang semasa menjalankan tugas mereka.

Etika (dalam Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) adalah disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan persaorangan serta antara individu. Durkheim (1961) pula menyatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam situasi tertentu.


Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed (1999), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional. 

Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu ;
1) pola hidup am atau suatu cara hidup
2) set peraturan tingkah laku atau kod moral
3) tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting bai membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.

3- KEPENTINGAN ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu, memerlukan satu bentuk peraturan atau etika yang tersendiri bagi keperluan ahli-ahlinya. Begitu juga di dalam kaunseling kelompok, etika memainkan peranan yang penting sebagai satu garis panduan atau peraturan untuk menjaga profesionalisma kaunselor, kepentingan ahli kelompok serta perjalanan kelompok itu sendiri.

Pandangan yang diberikan oleh Swanson & Van Hoose (1977) yang menyatakan, “Standard or code of ethics are designed to protect the public and also to give guidelines to practitioner so that difficulty with the law may be avoided by the person who follow the profesion’s code”, menguatkan lagi fakta di atas.

Di antara-antara kepentingan-kepentingan itu ialah;

1) memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang tindakan yang boleh menyebabkan “ public condemnation”( penghinaan masyarakat).

2) Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.

3) Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri.

4) Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.

5) Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran selaras dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam undang-undang.

4- ETIKA DALAM KAUNSELING KELOMPOK
4.1- Pandangan Tokoh-Tokoh:

Etika kelompok diolah mengikut keperluan sesuatu kelompok. Menurut Gazda (1977), adalah penting bagi ketua kelompok untuk mengolah satu model bagi mencapai perubahan tingkah laku. Tambah beliau lagi, bila sesi dirakamkan ahli patut diberitahu yang mereka boleh memberhentikan rakaman bila-bila masa jika mereka merasakan ini menyekat penglibatan mereka.

Bagi Feignberg (1977) pula, etika dalam kaunseling kelompok di mana ketua kelompok harus mempunyai latihan yang cukup dalam teori dan prosedur kelompok. Mereka juga harus sedar tentang kepelbagaian kesan yang mungkin timbul daripada prosedur dan proses kelompok.

Memberikan pandangannya, Bindrim (1977) menyatakan menjadi satu polisi yang wajar jika ketua meminta ahli menandatangani satu perjanjian yang memerlukan mereka bersetuju supaya tidak berbincang atau menulis tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kelompok atau mendedahkan identiti ahli lain.

4.2- Kelayakan Pemimpin Kelompok:

Pemimpin kelompok mestilah mempunyai kelayakan profesional serta pengalaman yang diperlukan sesuai mengikut kelompok yang mereka pimpin. Pemimpin seharusnya seorang yang teraputik, cekap dan berkesan serta bersedia untuk dicabar dan diuji untuk mendapatkan kepercayaan.

Pemimpin kelompok juga mesti mempunyai fokus yang jelas terhadap tujuan dan matlamat kelompok, memilih kaedah-kaedah yang sesuai dan mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti sepanjang perjalanan kelompok bagi mencapai tujuan dan matlamat sesuatu kelompok itu.

Pemimpin kelompok mestilah bijak mengendalikan kelompok. Seandainya terdapat sebarang bentuk pertentangan di dalam kelompok, contohnya desakan kelompok yang bercanggah dengan kehendak ahli-ahl lain, pemimpin perlulah peka dan bertindak bijak mengatasi isu tersebut. Seandainya ada ahli yang menjadi sasaran di dalam kelompok, pemimpin haruslah berani campur tangan.

Sebagai pemimpin kelompok, perlulah turut melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli kelompok sebagai sokongan kepada kelompok untuk melakukan perkara itu dengan penuh yakin dan berani. Pemimpin juga harus faham tentang nilai-nilai dalam kelompok dan sedar bahawa nilai-nilai itu adalah selaras dengan etika profesionnya.
Etika dalam kaunseling kelompok juga melibatkan tanggungjawab yang dituntut daripada seorang ahli profesional seperti kaunselor atau pemimpin kepada kelompok yang spesifik seperti orang-orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu khidmat dari pemimpin tersebut. Menjadi tanggungjawab pemimpin kelompok untuk memaklumkan kepada bakal ahli kelompok tentang prosedur dan matlamat kelompok, peraturan kelompok, teknik-teknik yang akan digunakan, harapan ahli, risiko psikologikal dan faktor lain yang boleh mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan kelompok.

Ahli kelompok seharusnya bersedia mentafsirkan pembelajaran mereka dalam kelompok dengan kehidupan seharian mereka dan menggunakannya dengan berkesan. Jesteru itu etika kaunseling kelompok berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan. Semasa sesi perjanjian dijalankan satu perjanjian bertulis perlu dimenterai antara ahli dengan kaunselor. Prosedur ini penting kerana melindungi hak-hak ahli dan juga kaunselor.

Pemimpin kelompok seharusnya berusaha menggendalikan sesi kelompok dan seterusnya menilai kesan bagi kelompok pimpinannya. Proses susulan di dalam kelompok adalah penting kerana ia merupakan satu aspek akauntabiliti pemimpin kelompok. Melalui proses ini juga akan mendorong ahli kelompok untuk meneruskan tingkah laku positif yang mereka pelajari dalam kelompok setelah mengetahui adanya proses susulan setelah tamat sesi kelompok.

Akhirnya, pemimpin kelompok perlu berwaspada dengan tanda-tanda kelemahan psikologikal ahli kelompok seperti ahli menangis sepanjang masa berada di dalam kelompok, ahli seperti dalam keadaan celaru serta tertekan (berada dalam dunianya yang tersendiri), ahli berdiam diri sepanjang masa dalam kelompok dan tanda-tanda psikologikal lain. Ini menandakan penglibatan mereka di dalam kelompok harus di tamatkan.

Adalah tidak beretika mengamalkan kaunseling tanpa persediaan yang rapi American Group Psychotherapy Association dan Association for Specialists in Group Work (ASGW), menggariskan secara terperinci, piawaian terbaik bagi latihan yang diperlukan oleh kaunselor.

4.3- Kerahsiaan:

Kerahsiaan merupakan salah satu etika di dalam kelompok yang perlu dititikberatkan. Ahli-ahli perlu mendapat makluman tentang kerahsiaan di dalam kelompok, seawal waktu penstrukturan, semasa sesi berjalan dan apabila kelompok berakhir. Maklumat kelompok tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan kelompok demi kebaikan kelompok sendiri. 

Selain daripada itu identiti setiap ahli dalam kelompok hendaklah dirahsiakan dan menjadi tanggungjawab ke atas semua ahli (Kod Etika Kaunselor, 2005)

5- ISU-ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK

Proses kaunseling kelompok akan menjadi lebih bermakna dan sangat berkesan sekiranya proses tersebut dapat berjalan mengikut nilai, norma dan tingkah laku yang diterima dalam persekitaran masyarakat. Peterson (1970). Satu Sistem etika adalah menjadi panduan berdasarkan nilai-nilai yang biasa dipegang dan dihargai oleh masyarakat. Kaunseling kelompok juga dapat membantu ahli mencapai matlamat dan tujuan yang telah digariskan bersama dengan ahli kelompok dalam menentukan hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai dalam persetujuan bersama. 

Namun walaubagaimanapun terdapat halangan-halangan yang menyebabkan proses ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan. Ini adalah disebabkan isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok yang boleh memberi kesan yang buruk atau pengalaman yang ngeri terhadap ahli sekaligus mencemar nilai kepercayaan dan penerimaan ahli terhadap kaunseling kelompok. 

Selain itu juga isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok akan memberi kesan yang lebih mendalam kerana bukan seorang ahli yang akan mengalami trauma atau tekanan tetapi ramai, kerana jumlah ahli dalam kelompok adalah lebih daripada satu. Maka sudah tentu akan memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap kaunseling kelompok serta menghilangkan nilai kepercayaan masyarakat terhadap kaunseling kelompok.

5.1- Pemimpin Kelompok:

Antara isu-isu yang terdapat dalam kelompok ialah isu melibatkan kepimpinan. Isu ini secara keseluruhannya melibatkan tahap kredibiliti yang dimiliki oleh pemimpin atau kaunselor yang bertindak sebagai ketua atau penggerak utama dalam proses kaunseling kelompok. Tidak kira apa jenis kelompok yang dipimpin, apa pendekatan yang digunakan atau apa gaya kepimpinan yang dilaksanakan dalam kaunseling kelompok, kejayaan kelompok sangat bergantung kepada pemimpin yang mengetuai kelompok tersebut.

Terdapat pelbagai permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan tentang pemimipin kelompok sama ada dari segi latihan yang diperoleh, kelayakan yang dimiliki, kecekapan dan pengalaman pemimpin dalam menerajui sesuatu kelompok. Disamping itu juga isu kepimpinan ini mengukur tahap kemampuan pemimpin dalam menguasai masalah yang diketengahkan dalam kelompok. 

Ini antara isu yang dikaitkan dengan pemimpin dalam kelompok. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dalam memimpin ahli kelompok mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama tanpa wujud perkara yang bercanggah dengan nilai dan norma persekitaran masyarakat. Rosenbaum (1972). Bakal ketua perlu diberitahu tentang beberapa jenis kelompok dalam proses pengajaran yang formal dan perlu mendapat peluang untuk mengolah teori sendiri yang rasional dan praktikal.

5.2- Keahlian Kelompok:

Selain itu juga isu keahlian dalam kelompok merupakan sesuatu yang perlu dititi beratkan. Ini kerana kejayaan kelompok dalam mencapai matlamatnya sangat bergantung kepada ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu kelompok. Ini menunjukkan pemilihan ahli dalam kelompok mestilah mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dilaksanakan dan kaedah kepimpinan yang akan digunakan oleh pemimpin dalam mengendalikan kelompok tersebut.

Bagi menentukan pemilihan ahli kelompok adakah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk membuat pemilihan ahli kelompok. Tidak kira apa jenis kelompok yang hendak ditubuhkan, pemilihan ahli mesti mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dikendalikan oleh pemimpin . The American Psychological Association (APA) dalam Guidelines for Psychologists Conducting Growth Group (1973) mencadangkan “Satu temu bual menapis peserta harus dijalankan oleh ketua kelompok sebelum individu diterima menjadi ahli. Adalah menjadi tanggungjawab ketua menapis dan menolak mereka yang memikirkan bahawa pengalaman kelompok tidak sesuai bagi mereka”. Cadangan ini dipersetujui oleh Gazda (1977) dan menambah, proses menapis patut diolah untuk memastikan peserta faham apa yang diharapkan daripada mereka dan menerima yang mungkin menikmati faedah yang lebih daripada pengalaman kelompok. Yalom (1975) menyatakan, jika penapisan pemilihan ahli kelompok tidak dijalankan dengan teliti, ahli itu boleh meninggalkan kelompok dengan perasaan hampa dan tawar hati. Yalom menerangkan bahawa lebih mudah mengenal pasti individu yang sesuai.

Maka jelas tanggungjawab terhadap ketua untuk memilih ahli bagi sesuatu penubuhan sesuatu kelompok bertujuan mengelakkan berlakunya konflik sesama ahli menyebabkan proses atau sesi tidak dapat dijalankan dan wujud gangguan-gangguan yang menyebabkan timbulnya isu dalam kelompok sekaligus menyekat proses kelompok. Ahli juga perlu dinyatakan kenapa dan mengapa pemilihan ahli perlu dilakukan sebelum kelompok ditubuhkan.

5.3- Kerahsiaan Kelompok:

Kerahsiaan merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dan perlu diberi penjelasan yang terperinci atau mendalam kepada ahli kelompok semasa peringkat penstrukturan dilakukan. Ini kerana kerahsiaan dalam kaunseling kelompok sangat sukar untuk dikawal kerana jumlah ahli yang ramai, sudah tentunya pemimpin tidak dapat memberi jaminan terhadap kerahsiaan dalam pelaksanaan kelompok. Olsen (1971) menyatakan “Ketua kelompok boleh menjamin kerahsiaan untuk dirinya sahaja, dia mesti memberitahu ahli tentang tanggungjawab mereka menghormati rahsia yang telah dibincangkan. Dia juga harus menyedarkan ahli bahawa dia tidak boleh menjamin kerahsiaan ahli lain dalam hal ini.”

Isu kerahsiaan ini sangat sensitif, oleh itu pemimpin perlu membincangkan secara khusus kepada ahli tentang kerahsiaan yang perlu dititikberatkan dan perlu jujur untuk tidak berlakunya kebocoran hal-hal peribadi, hal-hal yang sensitif mengenai seseorang ahli dalam kelompok. Disarankan kepada pemimpin setiap kali berakhir pertemuan ataupun sesi, pemimpin perlu memberi penegasan atau penekanan terhadap ahli tentang prinsip kerahsiaan dalam kelompok. 

Corey, Corey dan Callanan (1984). Bagi kaunselor walaupun aspek kerahsiaan ini telah diberitahu pada awal kelompok, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mengingatkan ahli tentang prinsip kerahsiaan ini dari masa ke semasa.

5.4- Penilaian Kelompok

Isu yang ada dalam kaunseling kelompok ialah penilaian dan tindakan susulan Pemimpin perlu memberi penekanan terhadap tindakan susulan selepas tamat sesi kaunseling kelompok. Pemimpin boleh melaksanakan tindakan susulan ini selepas sebulan atau tiga bulan selepas sesi tamat. Ini bertujuan untuk membincangkan tentang kesan kaunseling kelompok dan hasil yang diperoleh dalam kelompok. Melalui sesi susulan ini pemimpin dapat gambaran yang sebenar dan dapat melihat sendiri sama ada ahli-ahli dapat menggunakan pengalaman dan pengajaran yang dilalui dalam kelompok. Selain itu juga ahli dapat meluah serta berkongsi pengalaman yang telah dilalui untuk sama-sama mendapat maklum balas dan pengukuhan selepas meninggalkan sesi kelompok. 

Tempoh ini ahli digalakkan membuat pendedahan kendiri yang mendalam. Namun menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mengajar dan menerangkan kaedah pendedahan kendiri yang perlu dilakukan oleh ahli. Pemimpin jangan terlalu mendesak untuk ahli mendedahkan hal-hal yang agak sulit sebelum mereka bersedia. Jika tidak ahli akan menarik diri dengan perasaan malu kerana telah menceritakan lebih dari yang sepatutnya.

Friday, 23 November 2012

KELEMAHAN BUKAN SATU KEGAGALAN




kadangkala dalam hidup ini...
ketika kamu jatuh, dan rasanya kamu tidak sanggup lagi untuk bangun...
sebab kamu fikir, apakah kamu masih punyai harapan???
tapi saya ingin katakan kepada kamu semua...
aku jatuh..dan aku tidak punya tangan dan kaki...
aku pasti mustahil untuk bangun semula...
tapi T.I.D.A.K
aku berusaha 100x untuk bangun kembali...
dan jika aku masih gagal seratus kali...
jika aku gagal dan lalu aku menyerah...
pada pandangan kamu, apakah aku akan boleh bangkit???
T.I.D.A.K
tapi jika aku jatuh dan berusaha bangkit lagi...lagi dan lagi...
aku hanya ingin beritahu...bahawa itu bukanlah satu pengakhiran...
yang penting adalah bagaimana kamu mengakhirinya...
apakah kamu akan tamatkan dengan penuh kekuatan???
dan kamu akan beroleh kekuatan untuk bangkit semula...

(NICK VUJIVIC)

***Nilaikanlah kembali dengan diri kita...kalau Nick boleh berjaya...kenapa kita yang diberikan cukup segala-galanya..tidak cacat,,, cukup kaki tangan...namun sebab dengan hanya sedikit sahaja kelemahan, kita sudah rasa ingin mengalah...kenapa kita tidak berusaha???kita hanya perlukan sedikit sahaja usaha untuk dapat apa yang kita inginkan...sebab setiap orang dilahirkan dengan bahagian masing-masing...

..JIKA ANDA FIKIRKAN ANDA BOLEH...ANDA PASTI BOLEH MELAKUKAN...
TAPI JIKA ANDA FIKIRKAN KEKALAHAN...ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEGAGALAN..



Wednesday, 21 November 2012

PREVENT




INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA HASIL KERJA STUDENT KAUNSELING BATCH REALITY....

VIDEO INI MERUPAKAN ANTARA VIDEO KESEDARAN YANG KAMI BUAT BERSEMPENA DENGAN PREVENTION INNOVATION & CREATIVITY COMPETITION (PREVENT) BERSEMPENA DENGAN NATIONAL SEMINAR ON PREVENTION OF DRUGS ABUSE 2012 PADA 2 & 3 MEI 2012 BERTEMPAT DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA...

KAMI MEMENANGI TEMPAT KEDUA BAGI PERTANDINGAN TERSEBUT NAMUN APAPUN IANYA CUKUP MENGGEMBIRAKAN KAMI KERANA INI MERUPAKAN PERCUBAAN PERTAMA KAMI MEMBINA SENDIRI MODUL UNTUK DIPERKEMBANGKAN....

YANG PENTING KAMI TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK...

APAPUN, TEMPAT PERTAMA JUGA MILIK KAMI...KUMPULAN DARIPADA BATCH KAMI JUGA YANG MEWAKILI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS...

KAMI GEMBIRA KERANA KAMI BERJAYA MEMBUATKAN PENSYARAH KAMI TERSENYUM BANGGA APABILA PELAJAR-PELAJARNYA BERADA DIPENTAS WALAUPUN PADA AWALNYA KEHADIRAN KAMI SEOLAH-OLAH TIDAK DIENDAHKAN.....

DAN KAMI BERJAYA BUKTIKAN.....KAMI PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS......ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN...KAMI MAMPU JADI YANG TERBAIK DALAM KALANGAN YANG TERBAIK WALAUPUN DI MANAPUN KAMI BERADA....

WALAU APAPUN ANGGAPAN ORANG SEKELILING, KAMI TIDAK GENTAR...MALAH KAMI LANGSUNG TIDAK PEDULI TENTANG ITU...APA YANG PENTING... SEMANGAT ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN TIDAK PERNAH LUNTUR....

WE LOVE UPSI

Destiny - Hati Kata Rindu




Di hati ini ingin melafaz kata
Kata kasih pada Mu yang ku rindu
mengharap sentuhan maghfirah Mu

Hati kata rindu
Hanya pada Mu ooh Tuhanku
Tapi sering aku
Biar berlalu ke hujung waktu

Wahai Tuhanku
Layakkah aku gapai syurga Mu
Janganlah diriku
Engkau sisihkan dari rahmat Mu

ku bersujud kepada Mu
Kasih Mu ku damba
Terima taubatku
Ampuniku

Wahai Tuhanku
Engkaulah yang satu
tempatku mengadu
Rabbul Izzati
Hidup dan matiku
hanyalah untuk Mu

Hati kata rindu
Hanya pada Mu ooh Tuhanku
Tapi sering aku
Biar berlalu ke hujung waktu

Wahai Tuhanku
Layakkah aku gapai syurga Mu
Janganlah diriku
Engkau sisihkan dari rahmat Mu

ku bersujud kepada Mu
Kasih Mu ku damba
Terima taubatku
Ampuniku

Wahai Tuhanku
Engkaulah yang satu
tempatku mengadu
Rabbul Izzati
Hidup dan matiku
hanyalah untuk Mu

Friday, 16 November 2012

JANGAN BERSEDIH


KADANGKALA ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI, DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT. KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA, KEMANA MENGHILANGNYA SINAR. RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI…


TIPS BELAJAR YANG BETUL & BERKESAN


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

21 TEKNIK PEMBELAJARAN YANG BETUL DAN BERKESAN (UPSR, PMR, SPM)

1.       Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2.     Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3.     Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4.    Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5.     Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6.     Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7.     Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8.     Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9.     Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
10.   Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing

11.   Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

12.  Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

13.  Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

14.  Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

15.  Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

16.  Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

17.   Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

18.  Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

19.  Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

20.Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

21.  Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.


SELAMAT MAJU JAYA UNTUK ADIK-ADIK YANG BAKAL MENGHADAPI 


PEPERIKSAAN !!!

(^__^)








DOA CINTA SEJATI


Assalamualaikum....salam sejahtera dan salam sayang untuk semua...

Okey...kita keluar topik kejap ek...(^__^)

Doa Cinta Sejati



ISU-ISU WANITA DALAM KAUNSELING KERJAYA


Tanggapan Terhadap Jantina Yang Berbeza.

Tanggapan terhadap jantina lain adalah salah satu karakter dan trait bagi wanita dan lelaki. Ia adalah sistem kepercayaan yang harus ada dalam konteks interaksi sosio budaya. Perkara yang paling penting yang harus dipercayai tentang tanggapan jantina ialah sikap terbuka iaitu memberi dan menerima dalam semua perkara.  Tanggapan terhadap sesuatu jantina sesungguhnya boleh menjadi satu tanggapan bias dalam keserasian tugasan kerja antara wanita dan lelaki. Satu perkara yan tidak dapat dijangka seperti suasana persekitaran kerja yang bebas daripada diskriminasi dan gangguan seksual. Kita perlu untuk membongkarkan pemikiran yang negative terhadap jantina yang berlainan ditempat kerja.
Di dalam dunia koperat, wanita biasanya susah untk menjadi memegang tanggungjawab ketua. Halangan termasuk sikap tidak ketara dan prejudis menghalang wanita dan minoriti untuk bekerjasama. Hakikatnya ramai wanita yang bekerja di luar sana untuk membantu keluarga dan orang lain bekerja kerana mereka memilihnya. Organisasi dan institusi harus mencari jalan untuk mempromosi cara untuk mengaktikan kerja berpasukan antara wanita dan lelaki.

Ketakutan Terhadap Kewanitaan.

Kajian menunjukkan lelaki takut ntuk menerima wanita dalam organisasi. Itu yang menimbulkan kesulitan bagi wanita untuk bertapak di dalam bidang profesional.
Sifat kewanitaan seperti di bawah:
a.) Lemah, tidak bermaya, patuh, tidak tegas, menjadi mangsa pada orang yang lebih berkuasa dan bersedia untuk dieksploitasi, mempunyai sumber yang terhad untuk mengekalkan usaha kea rah matlamat yang berharga.
b.) Beremosi, berkemungkinan melakukan keputusan berdasarkan perasaan berbanding menganalisis dengan berhati-hati.
c.)   Menjaga keperluan suami dan anak-anak.
d.)  Hubungan sejenis.

Gangguan Seksual

Standart wanita yang wajar diaplikasikan ialah mengaplikasikan undang-undang yang sesuai untuk mengelakkan gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja. Wanita harus mempertimbangkan sesuatu gangguan seksual sekiranya lelaki tersebut tidak berniat untuk melakukan sedemikan kerana jika dilaporkan kepada pihak mahkamah, ianya akan dianggap sebagai gangguan seksual telah berlaku.
Faktor lain yang digunakan untuk mengenalpasti apabila tingkah laku yang dianggap serangan:
  1.  jika tingkah laku yang telah diadili melampau.
  2. jika mangsa adalah bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.
  3. jika penjenayah itu adalah seorang penyelia kepada mangsa.
  4. jika ada kekerapan yang penting kejadian.

Bahawa kira-kira dua pertiga wanita melaporkan beberapa bentuk gangguan seksual di tempat kerja. Beberapa perihal gangguan ucapan seksual, rupa tidak senonoh, sentuhan yang sengaja, tekanan dengan perjumpaan, surat dan panggilan, tekanan untuk nikmat seksual dan rogol yang sebenar atau percubaan.  Bermula lebih daripada dua dekad yang lalu, banyak organisasi-organisasi besar membangunkan dasar, prosedur, dan program-program untuk mentakrifkan gangguan seksual, untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan tentang hal itu, dan untuk mengenalpasti bagaimana untuk mencegah. Juga mencadangkan bahawa latihan kepekaan untuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja perlu menjadi sasaran utama majikan. Cadangan ini adalah berdasarkan data yang mendedahkan bahawa Gangguan seual menjejaskan semua peringkat tenaga kerja.
Pada dasarnya, gangguan seksual terdiri daripada overtures seksual yang tidak diingini atau permintaan untuk nikmat seksual.istilah undang-undang yang digunakan dalam gangguan seksual adalah sugi pro quo, yang menunjukkan beberapa jenis ganjaran ditawarkan untuk nikmat seksual. Jenis tingkah laku yang mewujudkan persekitaran kerja yang kesat dan bermusuhan dan paling memburukkan imej kepada wanita.dalam banyak organisasi hari ini, kesedaran dan pencegahan gangguan seksual adalah sebahagian daripada latihan akan datang bagi kakitangan baru. Selain itu, berterusan program latihan kepekaan termasuk topik-topik seperti bagaimana manusia bertindak balas terhadap terharu apabila terlibat dalam perbualan, apa yang dianggap sebagai sentuhan fizikal yang serangan, perbezaan budaya dalam hubungan fizikal, dan tidak sesuai penyata lisan dan komen tentang penampilan fizikal.

Undang-Undang Keperluan Kerajaan Persekutuan

Undang-undang yang melarang diskriminasi atas dasar jantina dalam pekerjaan, bayaran yang diterima untuk bekerja, dan peluang-peluang pendidikan, dan mereka membantu wanita dalam mencapai peluang yang sama dalam ketiga-tiga bidang penting. Diskriminasi adalah dilarang terhadap pekerja berasaskan bangsa, warna kulit, agama, jantina, atau negara asal.  Dasar diskriminasi terpakai untuk menyewa, peningkatan, kenaikan pangkat, gaji, faedah sampingan, latihan, dan semua terma dan syarat lain pekerjaan. Undang - undang ini melarang diskriminasi terhadap pelajar dan pekerja atas dasar jantina, termasuk kemasukan dan pengambilan pelajar, penafian atau perbezaan peruntukan bantuan mana-mana, manfaat, atau perkhidmatan dalam akademik, penyelidikan kurikulum,, pekerjaan, atau lain-lain program pendidikan atau aktiviti, serta dalam mana-mana terma, syarat, atau hak istimewa pekerjaan.

Maklumat kerjaya

Melalui tindakan afirmatif dan program-program lain, wanita lebih kerap dipertimbangkan untuk jawatan kepimpinan yang sebelum ini dikhaskan untuk lelaki. Walau bagaimanapun, bilangan wanita dalam program latihan kedoktoran dan dalam bidang sains tertentu secara relatif kekal daripada bahagian. Jelas, wanita dalam maklumat kerjaya keperluan yang menggalakkan mereka untuk mempertimbangkan pelbagai kerjaya terutama kerjaya yang sebelum ini dikejar hanya oleh lelaki.  Wanita yang mempunyai kepentingan dan keupayaan untuk mengejar tegas, kerjaya pengurusan perlu hala tuju dan galakan, sebagai wanita yang berminat dalam pekerjaan buruh mahir dan teknikal.

Dwi peranan

Menguruskan kedua-dua peranan telah menyebabkan konflik bagi ramai wanita, khususnya dalam memenuhi keperluan masing-masing. Walaupun peranan dua wanita yang bekerja telah mendapat sambutan yang lebih, percanggahan peribadi yang memerlukan penjelasan berterusan dalam kehidupan wanita yang bekerja. Wanita hari ini perlu lebih terperinci menghargai gaya hidup bebas dan menjelaskan konsep diri mereka.  Perancangan hidup integratif (ILP) model oleh Hansen (1996) menggabungkan pembangunan kerjaya, peralihan kehidupan, peranan jantina, sosialisasi, dan perubahan sosial.  Ini model yang direka bentuk untuk mengembangkan pilihan kerjaya bagi kedua-dua lelaki dan wanita kerana pendekatan berpecah kepada pembangunan dan peranan had hidup tempat keputusan pelanggan akan membuat dalam hidup mereka. Sebagai wanita membuat komitmen yang lebih tinggi untuk pendidikan dan latihan, kesanggupan mereka untuk menerima tanggungjawab sepenuhnya untuk kerja-kerja rumah, termasuk penjaaan anak, semakin berkurangan. Tekanan yang semakin meningkat bagi bahagian yang saksama tanggungjawab isi rumah memberi tumpuan kepada apa yang lelaki lakukan di rumah.

Penjagaan kanak-kanak

Penjagaan kanak-kanak termasuk penjaga di rumah, pusat jagaan harian, ahli dewasa isi rumah, adik-beradik yang lain dan tiada pembekal khidmat pada semua. Beberapa kanak-kanak dibiarkan untuk menjaga diri mereka sendiri. Banyak kerja, kelarga, dan masalah personal wanita melibatkan masalah penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh, masalah berkaitan kerja seperti tiba lewat ke tempat kerja, pulang awal dari tempat kerja, masalah penjadualan, kehilangan kerja, dan menghadapi kesulitan untuk fokus dengan tugasan kerja. Masalah konflik kelarga biasanya melibatkan pengurusan penjagaan kanak- kanak. Masalah peribadi biasanya melibatkan stres dan konflik untuk menentukan keputusan antara pekerjaan dan keperluan tugas sebagai ibu bapa. Sesetengah wanita mengambil keputusan untuk tidak bekerja kerana takut mengganggu tugas penjagaan anak-anak. Ada yang tidak kembali bekerja selepas melahirkan anak kerana masalah penjagaan anak-anak tidak dapat diselesaikan.

Persekitaran kerja

Persekitaran kerja adalah agak tidak diketahui oleh wanita yang telah mempertimbangkan diri mereka terutamanya suri rumahKerana sejumlah besar wanita yang akan bekerja di luar rumah, program-program yang memaklumkan wanita tentang apa yang biasanya boleh dijangkakan dalam persekitaran kerja yang diperlukan lebih daripada biasa. Jangkaan pekerja, komunikasi yang berkesan dengan rakan dan penyelia, polisi-polisi promosi dan hubungan pihak berkuasa adalah contoh item yang memerlukan penjelasan.
Kumpulan ini biasanya dikenal pasti sebagai terdiri daripada wanita yang berusia lebih 35 tahun yang sudah berjaya dibawa keluar tenaga buruh bagi tempoh masa yang panjang. mereka tidak layak untuk insurans pengangguran dan juga tidak layak untuk pelbagai program bantuan kerajaan, seperti bantuan kepada keluarga dengan kanak-kanak bergantung (AFDC). Kerana gaya hidup mereka sebelum ini, ramai suri rumah pelarian kekurangan kemahiran pencarian pekerjaan dan benar-benar bersedia untuk masuk ke dalam pekerjaan.

Keperluan Untuk Wanita Yang Bercerai

Wanita yang diceraikan sering bersedia untuk sara diri dan selalunya mempunyai kanak-kanak yang bergantung kepada mereka.bukan sahaja ramai terpaksa mencari pekerjaan.tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka. Gaya hidup baru ini memerlukan mengimbangi tanggungjawab kerja. Sebagai tambahan kepada cadangan-cadangan untuk suri rumah yang disesarkan, kaunseling mungkin komponen lain cara perlindungan pusat jagaan hari, maklumat pengangkutan, dan cepat, kaedah cekap persediaan makanan. Wanita-wanita ini perlu belajar untuk menetapkan keutamaan untuk memenuhi kedua-dua rumah dan tanggungjawab pekerjaan.

Sekatan dalaman

        Penting adalah pengalaman wanita sekatan dalaman apabila mempertimbangkan kerjaya sepenuh masa atau peranan bukan tradisional. Menonjolkan diri ke dalam persekitaran pekerjaan yang didominasi oleh lelaki sememangnya boleh menjadi tugas yang sukar bagi ramai wanita yang membesar di bawah pengaruh stereotaip gender tradisional pekerjaan.  Wanita yang telah mempertimbangkan hanya pekerjaan tradisional seperti guru, jururawat, atau pekerja perkeranian mencari renungan banyak kerjaya lain yang asing kepada mereka. di satu sudut, sosialisasi awal telah dipupuk pengenalan dengan peranan jantina tertentu masyarakat dipersetujui; pada wanita tangan yang lain diberitahu untuk berpisah daripada peranan gender tradisional. secara umum, sesetengah wanita kurang yakin dan harga diri, yang cenderung untuk menghadkan pilihan kerjaya mereka. Terdapat juga bukti bahawa orientasi jantina-peranan menjejaskan motivasi pencapaian.

Keperluan untuk peranan kepimpinan

Lain-lain halangan menghalang menghalang wanita daripada mencapai potensi penuh mereka dalam dunia kerja. Epstein (1980) mencadangkan bahawa warisan budaya kita tidak menggalakkan wanita untuk cemerlang dalam pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan. Dalam budaya kita, model untuk pengurus perniagaan biasanya maskulin. melalui pelaziman sosial, lelaki dianggap sebagai pemimpin dan lebih berupaya untuk menjalankan kerja yang memerlukan kemahiran. Wanita yang telah mengambil peranan kepimpinan sering dianggap hanya sebagai token, dan kebolehan dan kemahiran mereka dipersoalkan, walaupun oleh rakan-rakan mereka. Wanita sering dibuat untuk merasa seperti orang luar dalam organisasi dan dipulaukan oleh struktur yang sedia ada yang formal dan tidak formal.

 Siling Kaca

Siling kaca yang kononnya adalah satu halangan ghaib yang terdiri sikap halus dan prejudis yang telah menyekat wanita dan minoriti dari naik peningkatan dalam organisasi korporat.  Satu lagi kaedah yang digunakan untuk mengecualikan wanita adalah untuk melatih mereka untuk sama ada jawatan peringkat rendah atau bagi mereka kedudukan tidak di landasan yang betul untuk jawatan kanan peringkat.  Menurut sumber yang sama ini, wanita harus menjauhi siling kaca dan akan mempunyai lebih kejayaan  dalam industri di mana asas pelanggan dalam kalangan wanita.

Percubaan Dan Kesusahan Wanita Yang Ingin Berjaya Di Peringkat Teratas

          Wentling (1992) mencadangkan bahawa tindakan-tindakan berikut adalah perlu bagi wanita untukmencapaijawatanpengurusankanan-peringkat:
  1.   kelayakan pelajaran: mendapat sekurang-kurangnya MBA atau yang setaraf.
  2.  kerja keras: bersedia dan sanggup untuk bekerja sekurang-kurangnya 54 jam seminggu di pejabat dan membawa pulang kerja.
  3.  mentor: mencari dan rangkaian dengan mentor yang paling layak.
  4. interpersonal / kemahiran kakitangan: eksekutif wanita mempunyai beberapa ciri yang biasa, termasuk keupayaan untuk menguruskan orang.
  5. menunjukkan kecekapan di tempat kerja: menjangka untuk menjadi lebih dinilai dengan teliti dan ditayangkan berbanding lelaki.
  6. kesanggupan untuk mengambil risiko: menjadi inovatif dan projek ..


Wanita Dan Keusahawanan

Walaupun keuntungan yang besar dalam pemilikan perniagaan dan kenaikan yang diunjurkan untuk masa depan, usahawan wanita menghadapi halangan yang tidak biasanya dihadapi oleh lelaki.
Seperti yang dicadangkan oleh Gould dan Parzen (1990).
  1.  wanita kurang sosialisasi keusahawanan di rumah dan masyarakat;
  2. wanita telah dikecualikan daripada rangkaian perniagaan;
  3. wanita kekurangan modal dan maklumat mengenai bagaimana untuk mendapatkan;
  4.  wanita mengalami sikap diskriminasi peminjam;
  5. wanita sering dipulaukan dalam komuniti perniagaan kerana stereotaip gender, yang seterusnya mempengaruhi jangkaan wanita sebagai usahawan.

Jelas, wanita perlu lebih banyak bantuan dalam pembelajaran tentang laluan dan halangan untuk memiliki perniagaan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, fakta yang amat menggalakkan bahawa wanita yang begitu banyak telah berjaya menceburi dunia keusahawanan.