PENGENALAN
Kaunselor
yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik haruslah mempunyai
kemahiran-kemahiran tertentu yang di perlukan untuk menjadi seorang kaunselor
yang baik dengan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut semasa melakukan
sesi kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna
ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan
psikologi.
Antara
kemahiran asas yang penting dalam membantu kaunselor menjalankan sesi
kaunseling adalah kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar ini amatlah penting
dan amat berguna semasa menjalankan sesi kaunseling. Sekiranya seseorang
kaunselor itu tidak mampu untuk menguasai kemahiran mendengar ini, ia akan
mengalami masalah ketika berhadapan dengan klien untuk menjalanka sesi
kaunseling. Ini kerana, tanpa kemahiran mendengar ini, kaunselor akan mudah
hilang focus semasa melakukan sesi kaunseling itu nanti.
Oleh
itu, untuk menjadi seorang kaunselor yang professional dan efektik, kemahiran
mendengar ini amat perlu untuk dikuasai oleh setiap kaunselor agar setiap sesi
yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kaunselor yang mengalami
masalah dalam menguasai kemahiran mendengar ini haruslah bersiap sedia untuk
meningkatkannya dri semasa ke semasa.
CARA
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran
mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kaunseling. Dalam hal ini
kaunselor perlu meluangkan lebih banyak masa mendengar apa sahaja yang akan
diceritakan oleh klien kepada kaunselor. Untuk benar-benar memahami apa yang
diceritakan oleh klien itu, kaunselor perlu mendengagr dengan teliti apa yang
diperkatakan oleh klien agar memudahkan klien untuk membantu memahami klien
terbabit.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa
bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah
lakuklien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikanmakna
sesuatu pengucapannya itu.
Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan
dapatmenggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaanhatinya,
pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan samaada klienberada dalam
keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling
penting dalamproses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan
diperolehidengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks
kaunseling,terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi
kandunganyang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah lakutanpa
lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan
seluruh deriayang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk
mendengarapa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak lakusemasa
perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidubau-bau yang ada di
sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagaibersalaman dan sebagainya.
Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada
klien tanpaberbelah bahagi, ini bererti kita menyediakandiri untuk mendengar.Di
sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiranseperti dinyatakan
di bawah;
- Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ
- Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor
perlumemberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepadanada dan
cara yang diperkatakan.
- Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal.
- Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising ataugangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.
Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor
mendengardan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara
mahupuntingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian,
barulahkaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebihsempurna.
Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkankesediaan kaunselor untuk
berhadapan dengan klien. Kaunselor bolehmenunjukkan kemahiran mendengarnya
dengan beberapa cara sepertiberikut ;
1. Menyatakan semula
Kaunselor menyebut semula apa yang telah
dikatakan oleh
kliennya dengan tepat
2. Menggambarkan semula
Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta
perasaanklien. Akan tetapi, kaunselor
perlulah menggunakan perkataannyasendiri
supaya menunjukkan kaunselor benar-benar
faham dan mendengar percakapan klien
tadi.
3. Memberikan respons
Jones (2004) menjelaskan
terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti di bawah;
Kemahiran 1: Memilikisifat menghormati dan menerima
Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien
Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik
Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik
Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.
Kemahiran 6: Parafrasa
Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan
Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan
Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal
Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan
Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien
Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik
Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik
Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.
Kemahiran 6: Parafrasa
Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan
Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan
Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal
Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan
No comments:
Post a Comment