Monday, 8 October 2012

DEFINISI BIMBINGAN , KAUNSELING DAN NASIHAT

BIMBINGAN

            Menurut Gladding , 2000 , bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya. Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga sepenuhnya. Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula , bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental , social , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan masa depan.

KAUNSELING

            Kaunseling pula merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan , kemajuan dan penyesuaian yang holistic , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan  dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( AKTA KAUNSELOR 1998 ).

NASIHAT

            Zuraidah (1994) menyatakan memberi nasihat adalah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi mengelakkan diri daripada memahami , memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi. Mengikut Kamus Dewan (1994 ) nasihat ialah ajaran , petunjuk yang baik , peringatan , mengusulkan , mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.


4 comments: