SEJARAH KAUNSELING DI MALAYSIA
Bidang bimbingan dan
kaunseling suatu bidang yang masih muda usianya dan mempunyai sejarah yang
aktif di Malaysia. Sejarahnya dapat dilihat melalui beberapa dasar kerajaan,
permulaan kursus-kursus latihan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan
kebelakangan ini melalui perkembangan program-program ijazah, diploma dan sijil
untuk guru-guru bimbingan dan para kaunselor.
Sejarah
perkembangan kaunseling di Malaysia bermula pada tahun 1938 menerusi
pembentangan laporan keperluan bimbingan di sekolah melalui pentadbiran
Kolonial Britain – H.R Cheeseman. Pada tahun 1939 , kaunseling di Malaysia
semakin berkembang dengan penerbitan buku panduan A Guide to Careers in Malaya
for Parents , Teachers and Pupils. Penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
menjaga kebajikan komuniti pada tahun tahun 1946 menunjukkan kaunseling di
Malaysia semakin berkembang. Pada tahun 1959 , tertubuhnya Perkhidmatan
Pekerjaan Belia oleh Jabatan Buruh. Kaunseling di Malaysia semakin berkembang
dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di sekolah pada tahun
1962. Pada tahun 1964 pula pekeliling pendidikan dikeluarkan supsys setiap
sekolah melantik seoarang guru bimbingan yang memeberi focus kepada khidmat
panduan pelajaran , kerjaya dan peribadi. Setelah itu , UKM menawarkan
perkhidmatan kaunseling di Unit Runing Cara pada tahun 1973. Lima tahun
kemudian iaitu pada tahun 1978 , Penjara Seremban memulakan perkhidmatan
kaunseling dadah dipenjaranya dan seramai 168 pegawai penjara dilatih oleh
Bereau of International Narcotic matters , USA dalam bidang kaunseling
pemulihan. Setelah itu , pada tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas mula
memeperkenalkan kursus Persijilan Kaunseling dan pada tahun 1982 , Persatuan
Kaunselor Malaysia didaftarkan. Kemudiannya pada tahun 1989 , Persatuan
Kaunselor Malaysia ditukar kepada persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA )
bertujuan untuk mewujudkan satu asas professional untuk kaunselor. Pada tahun
1992 , jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling ditubuhkan di Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA ) dengan kerjasama PERKAMA. Akta Kaunselor 1998
diluluskan oleh kerajaan pada 1 Disember 1998.
apakah fungsi maktab perguruan khas
ReplyDelete