Wednesday 10 October 2012

PROSES KAUNSELING


Proses kaunseling akan bergantung pada  kaunselor, klien dan isu tertentu. Namun, ada proses kaunseling umum yang kaunselor akan ikuti iaitu,  maklumat latar belakang koleksi,  pengenalan isu-isu teras, kes formulasi, penetapan tujuan untuk proses terapeutik, pelaksanaan campur tangan,  penilaian campur tangan, dan akhir sekali ialah  penutupan.

            Proses kaunseling merupakan sesuatu rentetan peristiwa yang kompleks tetapi sistematik. Lazimnya , bila kita bercakap mengenai proses, kita tidak akan lari daripada perbincangan tentang aspek khusus seperti langkah-langkah yang wujud di dalam proses tersebut ; peringkat-peringkat yang berlaku ; penggunaan dan penglibatan bahan-bahan ; penggunaan kaedah dan teknik-teknik tertentu ; keperluan kemahiran khusus dan tertentu ; penglibatan masa dan jangka masa ; serta perubahan yang berlaku pada setiap peringkat atau tahap.

            Pada asasnya terdapat pelbagai proses dalam menjalankan amalan kauseling. Namun secara umum proses kaunseling boleh di bahagikan kepada dua proses iaitu mengikut pendekatan teoritikal contohnya jika kita meneliti kepada pendekatan atau teori psikoanalisis, maka proses kaunselingnya mempunyai cara atau kaedah yang tersendiri . Keduanya mengikut proses umum.

            Kaunseling adalah proses menolong. Istilah ‘proses’ bermaksud satu fenomena atau kejadian yang berlaku secara berterusan mengikut urutan tertentu atau mempunyai tahap tertentu atau mempunyai tahap tertentu yang boleh dikenalpasti. Brammer (1997) melihat proses kaunseling dalam dua peringkat iaitu :

1               1)      Membina hubungan
2               2)      Menggalakkan tindakan positif iaitu :
                     i)  penerokaan
                    ii)  mengenalpasti masalah
                   iii)  memilih alternative
                   iv)  mengambil tindakan
                   v)  penamatan

No comments:

Post a Comment