VIOLET
AURA PERSONALITI WARNA VIOLET DARI ASPEK WANG & KERJAYA
Kewangan dan Kerjaya
Personaliti violet tahu bahawa wang melambangkan kuasa. Wang juga mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi seseorang. Wang juga mampu untuk membantu mereka mencapai impian dan khayalan mereka. Namun begitu, uniknya; personaliti ini menggunakan wang dengan sekadarnya dan berhati-hati. Mereka tidak memerlukan terlalu banyak wang untuk keperluan sendiri namun mereka suka dan menghayati kemewahan yang dimiliki.
Bagi personaliti ini, wang adalah untuk masyarakat. Mereka menggunakan wang yang ada untuk memberi inspirasi kepada masyarakat. Mereka juga menggunakan wang untuk merealisasikan visi mereka. Mereka juga tahu hakikat bahawa wang mampu mengubah pandangan orang terhadap mereka. Matlamat mereka lebih penting daripada wang yang diterima.Personaliti violet merupakan seorang yang berwawasan. Mereka sentiasa mampu berfikir dan mencari penyelesaian untuk sesuatu masalah. Mereka melihat sesuatu masalah secara mendalam dan melalui pandangan yang jauh. Hal ini meyebabkan mereka dianggap sebagai seorang ketua yang ideal. Mereka mampu meramal apa yang bakal terjadi untuk keputusan yang diambil. Oleh kerana itu, mereka mampu untuk memikirkan langkah apa yang boleh diambil untuk keputusan akan datang. Bagi mereka fakta dan statistik bukanlah penentu kerana fikiran mereka sentiasa berada di hadapan dari segi masa. Mereka tidak perlu tahu secara jelas bagaimana atau bila sesuatu perkara itu bakal dicapai, mereka ‘tahu’ mereka mampu untuk mencapainya.
Personaliti violet merupakan seorang yang dinamik. Mereka mampu untuk menjadi ketua dalam sesuatu organisasi. Cara mereka memimpin ialah dengan emosi dalaman mereka, bakat pemimpin yang ada secara semulajadi, daya bervisi yang jauh serta daya semangat mereka. Mereka mempunyai karisma. Dengan karisma inilah, pengikut mereka berasa senang bekerja dengan mereka. Tarikan dan kelebihan yang ada ini menjadikan pekerja mereka tidak kisah dengan cara kepimpinan personaliti ini yang mungkin kadangkala agak autokratik dan diktator.
Personaliti violet biasanya sukakan pekerjaan yang menglibatkan komunikasi dan hiburan. Hal ini kerana dalam bidang ini, mereka mampu menggunakann kelebihan yang ada pada diri mereka iaitu kuasa tarikan dan karisma. Dengan kuasa karisma yang ada, mereka senang berkomunikasi dan menyebabkan ramai orang senang dengan mereka. Selain itu, kuasa karisma dapat membuat mereka kekal lama dalam bidang ini. Namun begitu, personaliti violet perlu ingat, mereka tidak boleh bergantung sahaja pada kuasa ini, mereka perlu membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga mempunyai kemahiran atau kelebihan yang lain. Gabungan karisma yang dimiliki dan kemahiran yang sentiasa diasah akan menyebabkan mereka lebih bersinar dalam bidang yang dipilih oleh mereka.
Pekerjaan yang bersesuai dengan personaliti ini adalah ahli muzik, pelakon, pensyarah, pemimpin organisasi, ahli politik, pencipta, pengkarya, ahli perniagaan dan pengurus projek.
BERMINAT WARNA VIOLET
Sekiranya anda menyukai violet, ia menggambarkan anda seorang yang memiliki kejernihan dan keaktifan minda yang tinggi. Daya penilaian anda juga tinggi dan berpandangan jauh, ini menjadikan anda dapat melihat perkara yang orang lain belum lihat. Anda sukakan dan mahukan sokongan serta keceriaan dalam hidup, namun anda terlalu mengharapkannya dari orang di sekeliling anda. Ada kalanya sikap orang lain akan mengecewakan anda kerana anda bercita rasa tinggi. Anda juga kreatif dan seni, kehalusan jiwa dan minda anda menjadikan anda suka kepada keindahan kejadian alam dan muzik. Anda juga berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang baik.
INDIGO
AURA PERSONALITI WARNA INDIGO DARI ASPEK WANG & KERJAYA
Kewangan dan Kerjaya
Personaliti indigo amat prihatin dan memahami konsep kewangan. Mereka bijak dalam menguruskan kerjaya dan wang. Mereka adalah di kalangan orang yang jujur, ini menjadikan mereka jujur dalam keperluan mereka sendiri. Namun begitu bagi mereka, wang tidaklah terlalu penting. Mereka lebih sukakan kepada sesuatu yang bersifat mulia dan yang menunjuk ke arah kebenaran. Wang tidak dapat membeli nilai kebenaran.
Personaliti indigo juga mampu menjadi pemimpin yang baik. Mereka memimpin dengan semangat mereka yang datang daripada naluri dalaman. Mereka memahami dan sedar tentang hal masyarakat dan betapa pentingnya interaksi dengan alam. Mereka juga seorang yang berdikari dan kreatif. Indigo juga merupakan seorang yang mempunyai sifat integriti yang tinggi. Mereka seorang yang jujur dan ikhlas ketika melakukan kerja.
Personaliti indigo juga merupakan sekerja yang baik. Mereka sentiasa cuba bercakap jujur dan tidak suka perbuatan yang tidak bermoral atau tidak beramanah. Bagi mereka itu akan menyebabkan perasaan dalaman mereka tidak tenang. Mereka juga seorang yang sentiasa memberi semangat. Komunikasi melalui hati adalah teras kepada sesuatu perhubungan bagi mereka. Rakan sekerja amat senang bersama mereka kerana mereka boleh dipercayai dan setia.
Personaliti ini mempunyai cara yang unik menyelesaikan masalah mereka. Mereka mengikut kata hati dalam membuat keputusan. Cara penyelesaian ini mampu membuat mereka mencari jawapan dengan lebih baik lagi. Naluri bagi mereka adalah perkara yang penting.
Oleh kerana mereka mempunyai personaliti yang sensitif, mereka memerlukan ruang untuk diri mereka. Mereka mengharapkan suasana pekerjaan yang harmoni. Keharmonian dapat memberi ketenangan kepada personaliti ini.
Personaliti warna ini sukakan kerjaya yang dapat membantu orang lain. Mereka percaya bahawa khidmat utama mereka adalah membantu masyarakat dari segi kerohanian. Mereka suka dan gembira ketika melakukan pekerjaan ini. Mereka juga percaya bahawa semakin seimbangnya hidup mereka, semakin beratlah tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Oleh sebab inilah personaliti ini biasanya dilihat terlibat dalam bidang kebajikan atau dalam bidang perkhidmatan.
Pekerjaan yang sesuai dengan indigo adalah perubatan kerohanian, guru, ahli muzik, penulis, pereka, ahli muzik dan jururawat.
BERMINAT WARNA INDIGO
Sekiranya anda menyukai indigo, ia menggambarkan anda seorang yang memilih untuk berfikir dari terlalu banyak berkata-kata. Anda memiliki ciri kepimpinan yang berpandangan jauh, menggunakan kepekaan dan pemikiran yang seimbang dalam menilai sesuatu. Anda mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan. Keunikan anda menjadi daya penarik dan anda kreatif bagi menggayakannya melalui cara anda yang tersendiri. Semangat anda tinggi, namun anda tidak suka menonjolkan diri secara berlebihan. Institusi kerohanian dan seni merupakan sesuatu yang anda minat dan cenderung bagi menghayatinya.
BIRU
AURA PERSONALITI WARNA BIRU DARI ASPEK WANG & KERJAYA
Kewangan dan Kerjaya
Personaliti biru tidak begitu menunjukkan kecenderungan minat terhadap wang yang banyak. Wang adalah perkara yang jarang difikirkan biru kerana bagi mereka perhubungan, interaksi dan kasih sayang adalah perkara yang jauh lebih penting. Mereka lebih suka mengambil pendekatan yang selamat dan takut untuk mengambil risiko. Perkara atau kerjaya yang terlalu berisiko adalah perkara yang perlu dielakkan bagi personaliti biru.
Personaliti biru mengambil masa untuk membuat keputusan. Mereka berfikir dengan semasak-masaknya tentang sesuatu masalah. Fikiran mereka pula haruslah sentiasa dalam keadaan yang tenang. Walaupun mereka lambat mengambil keputusan, tetapi keputusan yang diambil mereka akan bermanfaat kepada semua orang. Personaliti ini sukar hendak berfikir secara analitis. Hal ini kerana cara personaliti ini berfikir ialah dengan banyak melibatkan perasaan atau emosi berbanding dengan fikiran mereka. Biru mahu sesuatu keputusan yang diambilnya itu akan mengembirakan semua orang. Ini menjadikan mereka menjadi rujukan dalam isu yang melibatkan ramai pihak. Cara mereka berfikir dan menyelami sesuatu isu menjadikan mereka pandai memilih keputusan yang tepat untuk keharmonian semua pihak.Personaliti ini juga merupakan pendengar yang baik. Mereka mudah untuk memahami masalah orang lain dan masuk ke dalam alam tersebut. Mereka mampu memberi sokongan kepada orang lain. Mereka merupakan tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah. Oleh itu personaliti ini sesuai dengan kerjaya yang memberi galakan dan menolong orang lain. Mereka boleh menjadi ahli psikologi untuk ramai orang dan sifat ini ada secara semulajadi. Mereka amat sesuai untuk menjadi ahli terapi kerohanian dan kejiwaan.Selain itu, mereka juga tahu apa yang hendak dibuat. Dalam mencari sesuatu penyelesaian, mereka perlulah mendengar dan peka terhadap naluri dalaman mereka. Mereka juga perlu bertanya soalan yang betul pada diri mereka. Dengan ini mereka dapat membuat keputusan yang betul. Walaubagaimanapun, mereka mengalami kesukaran dalam bertindak apa yang difikirkan oleh mereka. Mereka takut untuk membuat perubahan kerana mereka sememangnya tidak suka mengambil risiko. Mereka selesa dengan keadaan yang sedia ada dan mereka boleh setia dengan keadaan ini untuk jangka masa yang lama.
Personaliti biru perlu berupaya untuk mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka berharap dapat mewujudkan satu persekitaran yang harmoni dan pasukan yang bekerja sebagai pasukan. Kerjasama dalam pasukan bagi personaliti ini amat penting dalam menghasilkan keputusan yang baik. Mereka seorang yang setia pada pasukan mereka. Cara mereka memimpin ahli pasukan adalah dengan teladan. Mereka selalu menekan pada orang bawahan mereka bahawa kerja secara berkumpulan dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Mereka sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan mereka dalam memperolehi keputusan yang diingini.
Kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti biru adalah guru, juruterapi, bidang perubatan, jururawat, ahli psikologi, penulis, penasihat, penyelia, pengurusan administrator, setiausaha, sukarelawan dan pegawai kebajikan.
BERMINAT WARNA BIRU
Sekiranya anda menyukai biru, ia menggambarkan anda mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu ikatan atau perhubungan. Anda memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri anda. Anda juga peka pada perasaan orang lain dan mampu menghayatinya. Anda senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun anda terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah anda dengan lebih yakin. Anda bijak menilai serta pandai mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan penilaian anda itu. Kedamaian dan keharmonian hidup merupakan impian yang harus anda terus cari dan nikmati.
HIJAU
AURA PERSONALITI WARNA HIJAU DARI ASPEK WANG & KERJAYA
Kewangan dan Kerjaya
Personaliti hijau mempunyai keinginan untuk memiliki wang yang banyak dan hidup dalam kesenangan namun mereka bukanlah dari kalangan yang suka berkerja kuat untuknya. Mereka agak kurang komited terhadap tugas mencari wang dan sering mengharapkan orang lain untuk menjalankan ia untuk mereka. Mereka jarang mahu berfikir lebih tekun dan kreatif bagaimana cara untuk mendapatkan lebih wang. Mereka cepat selesa dengan cara konvensional asalkan pendapatan mereka berterusan. Adakalanya mereka lebih gemar untuk berharap dan bergantung kepada orang lain untuk menampung mereka serta memikirkan kaedahnya. Namun begitu mereka tidak pula sukakan kesusahan kerana hidup susah akan menyebabkan mereka tidak harmoni dan tenang. Ini menjadikan mereka bijak berbelanja dan berjimat untuknya. Asalkan fikiran tenang dan hidup penuh kedamaian, mereka selesa untuk bersederhana.
Personaliti hijau amat mementingkan keharmonian, maka untuk hidup aman mereka tidak suka untuk terlibat dengan masalah dan salah satunya adalah masalah kewangan. Oleh sebab sikap ini adakalanya menjadikan mereka tidak mempunyai semangat melawan yang baik. Mereka tidak kompetetif dan tidak suka bersaing kerana ia hanya akan membuatkan mereka resah. Pada mereka, hukum alam akan memenuhi permintaan mereka dengan caranya yang tersendiri. Maka tak perlulah terlalu mendesak atau memaksa diri untuk mencapai apa yang dihajati. Mereka hanya perlu bijak untuk berkomunikasi tentang apa yang diigini oleh mereka agar mereka mudah menerima dan mendapat pertolongan daripada orang lain. Mereka percaya bahawa alam ini saling berinteraksi dan saling tolong menolong antara satu sama. Oleh itu mereka percaya bahawa alam ini akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Namun begitu, kepercayaan ini kadangkala membawa keburukan. Sikap ini akan menyebabkan mereka tidak aktif untuk mengambil tindakan dan sekadar berharap. Kesan negatif yang lebih teruk lagi apabila mereka hanya akan mengingati bentuk sudu sahaja jika mereka selalu disuapkan.Walaupun begitu, personaliti hijau mempunyai kekuatan untuk menyelesaikan masalah. Mereka mampu untuk berfikir secara sistematik dan menyusun strategi. Mereka tahu bila dan di mana mahu menggunakan idea mereka. Dengan kelebihan mempunyai ramai kenalan mereka juga tahu bahawa mereka akan perolehi bantuan sekiranya diperlukan. Personaliti ini tahu teman mana yang sesuai untuk membantu mereka menyelesaikan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka tidak sukar menghadapi masalah dengan kekuatan yang ada pada diri mereka. Kadangkala mereka juga menunggu orang lain untuk menjalankan idea yang mereka fikirkan bagi menyelesaikan isu mereka.Antara kelebihan hijau yang lain adalah mereka mempunyai idea dan gerak hati yang semulajadi yang dapat membantu mereka. Daya ini membolehkan mereka sentiasa mempunyai pilihan untuk membuat keputusan. Namun begitu mereka jarang mahu melaksanakan idea atau naluri ini sendiri, mereka lebih mengharapkan agar orang lain dapat menerima idea tersebut seterusnya berusaha untuk merealisasikannya. Mereka hanya akan berusaha untuk merealisasikannya jika keadaan mendesak. Sikap ini boleh menyebabkan mereka agak sukar untuk menghabiskan kerja mereka kerana kurang berminat untuk mengambil tindakan secara fizikal. Mereka kurang berstamina untuknya dan sekadar berminat menyelesaikannya dalam bentuk pemikiran.
Personaliti warna ini sukakan sesuatu pekerjaan yang memerlukan interaksi. Oleh itu mereka sukakan pekerjaan yang menglibatkan perhubungan sesama manusia atau dengan alam sekitar. Mereka suka untuk bekerja di tempat yang seimbang dan harmoni serta suasana yang tidak memerlukan aktiviti lasak.
Pekerjaan yang sesuai dengan personaliti ini adalah peladang, pekebun, juruterapi, kaunselor, pensyarah, pendidik, guru, peguam, doktor, penternak atau perniaga hasil agro.
BERMINAT WARNA HIJAU
Sekiranya anda menyukai hijau, ia menggambarkan anda seorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Anda mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. Anda mahukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami anda serta menolak anda maju ke hadapan. Institusi keluarga dan masyarakat adalah sesuatu yang anda suka untuk fikir dan bicarakan.
KUNING
AURA PERSONALITI WARNA KUNING DARI ASPEK WANG & KERJAYA
Kewangan dan Kerjaya
Personaliti kuning tidak mempunyai banyak masalah dengan isu kewangan. Mereka mampu menjana pendapatan dengan mudah dengan idea mereka yang kreatif. Mereka juga tidak takut untuk bekerja kuat untuk memperolehinya. Namun begitu, mereka agak boros dalam kewangan. Wang mengalir masuk dan keluar dengan senang.
Personaliti kuning merupakan orang yang sesuai untuk melakukan sesuatu tugasan atau projek yang baru kerana daya kretif, aktif dan ceria mereka. Namun begitu sikap mereka seperti peribahasa “Hangat-hangat tahi ayam”, mereka mempunyai kecenderungan untuk tidak menghabiskan kerja yang dimulakan oleh mereka. Mereka begitu gembira ketika projek diberikan. Oleh sebab mereka suka bermain-main, ini menyebabkan mereka tidak begitu serius ketika bekerja dan adakalanya tak sedar akan sikap mereka itu. Seterusnya sikap inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk menghabiskan tugasan yang diberi atau suka menangguhkannya hingga perasaan mereka kembali bersemangat atau ceria untuknya.Personaliti kuning yang kreatif akan mencari penyelesaian dengan mudah dan unik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka sukakan penyelesaain yang lain daripada lain iaitu sesuatu yang baru dan menarik. Mereka amat sesuai menjadi rakan sekerja. Personaliti kuning mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka memimpin dengan memberi kata-kata semangat kepada teman atau orang bawahan mereka. Selain itu mereka juga mengamal kepimpinan melalui teladan. Mereka tidak suka sekadar bercakap sahaja tetapi tidak melakukan tindakan. Mereka suka untuk menunjuk kepada orang bawahannya cara untuk melakukan sesuatu perkara.Personaliti kuning merupakan seorang yang sensitif. Sikap ini seterusnya menyebabkan mereka amat peka dengan sentuhan. Oleh sebab itulah personaliti kuning mudah ditemui pada pekerjaan yang memerlukan kemahiran rawatan. Mereka suka melakukan kerja yang melibatkan orang lain. Interaksi merupakan sifat semulajadi mereka.
Pekerjaan yang bersesuai dengan personaliti kuning adalah sebagai atlit, penghibur, chef, mekanik, ahli psikologi, pengamal perubatan, pramugara/pramugari dan pemandu pelancong.
BERMINAT DENGAN WARNA KUNING
Sekiranya anda menyukai kuning, ia menggambarkan anda berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya imaginasi yang baik dan bertanggungjawab terhadap keperluan diri dan orang lain. Anda juga sensitif dan penyayang, ini menjadikan anda sedia membantu orang lain sekiranya perlu. Anda juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.
JINGGA
AURA PERSONALITI WARNA JINGGA DARI ASPEK WANG & KERJAYA
Kewangan dan Kerjaya
Personaliti jingga merupakan seorang yang berdikari. Mereka berupaya melakukan kerja secara individu untuk jangkamasa pendek atau panjang juga pekerjaan yang selesa bagi mereka. Hal ini dapat menjadikan mereka lebih komited terhadap pekerjaan mereka untuk satu tempoh yang panjang.
Personaliti jingga juga tidak mempunyai masalah dengan kewangan. Bagi mereka wang bukanlah suatu keutamaan yang mutlak semata kerana kebebasan hidup lebih utama. Maka, gaya hidup mereka juga ringkas dan sederhana walaupun memiliki wang yang banyak. Ini menjadikan tekanan untuk memiliki terlalu banyak wang bukan isu atau beban demi menampung gaya hidup mereka yang ringkas tersebut. Mereka mampu menjana kewangan daripada berbagai sumber yang lain kerana mereka mempunyai keupayaan berfikir dengan kreatif untuk tujuan itu. Malah, mereka sering dan mampu menjana pendapatan mereka daripada aktiviti yang disukai mereka iaitu daripada aktiviti yang mencabar dan berbentuk fizikal.Personaliti jingga tidak mempunyai permintaan yang tinggi. Mereka tidak mengejar kemewahan. Mereka sanggup menghabiskan wang mereka semata-mata ingin memenuhi hobi mereka. Mereka juga sanggup membelanjakan wang mereka supaya idea yang difikirkan mereka boleh menjadi realiti.Personaliti jingga juga mampu menjadi seorang pemimpin yang kreatif. Namun begitu, mereka tidaklah terlalu kisah mengejar untuk menjadi pemimpin. Mereka memimpin melalui fizikal dan semangat mereka. Mereka mampu menunjukkan potensi yang optimum ketika melakukan sesuatu kerja jika diberi sedikit kelonggaran dan kebebasan. Cara kepimpinan mereka yang kreatif menyebabkan mereka mempunyai pengikut dan peminat yang banyak.Personaliti jingga juga dianggap sebagai seorang penyelesaian masalah yang kreatif. Apabila cuba menyelesaikan masalah, mereka akan melihat daripada segala aspek. Mereka akan mengira risiko sesuatu masalah tersebut. Mereka juga akan mengira sumber-sumber yang lain sama ada mencukupi atau tidak dalam menyelesaikan masalah.
Selepas melakukan banyak pertimbangan dan penilaian, barulah mereka mengambil tindakan.Personaliti jingga merupakan seorang yang kuat bekerja. Mereka amat sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan kekuatan, semangat yang tinggi, tidak takut dan mempunyai kemahuan yang membara. ‘Cabaran’ dan jingga adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Personaliti jingga akan lebih berasa gembira dan seronok jika berjaya dalam sesuatu projek yang besar dan mencabar. Hal ini menunjukkan mereka telah berjaya mengatasi halangan.Pekerjaan personaliti jingga yang sesuai adalah ahli perniagaan, pereka , arkitek, penyiasat persendirian dan pemaju.
TEROKAI WARNA AURA ANDA.. KETAHUI POTENSI DIRI SEBENAR.. BONGKAR RAHSIA MUDAH UNTUK BERJAYA MELALUI ILMU AURA PERSONALITI WARNA!!
MINAT TERHADAP WARNA JINGGA
Sekiranya saudara meminati jingga, ia mengambarkan saudara seorang yang bagus dalam hal kerja, sukakan idea baru, suka bersama-masa teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif. walau bagaimanapun, saudara juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila mengalami tekanan.
MERAH
AURA PERSONALITI WARNA MERAH DARI ASPEK WANG & KERJAYA
Bahagian ini membincangkan pekerjaan yang sesuai dengan anda. Apakah makna kerjaya pada anda? Apakah kerjaya atau bidang yang sesuai dan mampu anda usahakan? Bagaimana anda melihat wang dan bagaimana anda mengendali masalah yang berkaitan dengan kewangan? Adakah wang begitu penting dalam hidup anda dan apa sebenarnya tujuan pencariannya? Anda akan memahami sikap anda terhadap kerjaya dan wang seterusnya kemampuan anda untuk menyerlah dalam pilihan yang bersesuaian dengan warna asas anda. Semua ini akan dikupas lebih mendalam dalam elemen kewangan dan kerjaya.
Selain itu ianya juga melihat cara anda menyelesaikan masalah. Anda mungkin seorang yang kreatif. Ataupun anda mungkin seorang yang suka mengambil mudah terhadap masalah. Bahagian ini juga membawa anda melihat daya kepimpinan anda. Ianya mengupas cara anda memimpin diri dan pasukan anda.
Personaliti merah merupakan seorang yang bermotivasi tinggi. Mereka ingin menghabiskan apa yang dimulakan oleh mereka. Agak sukar untuk memujuk personaliti warna ini setelah mereka membuat keputusan untuk mencapai sesuatu. Mereka tegas dengan keputusan mereka. Mereka tidak dapat terima jawapan tidak atau tidak mungkin. Bagi mereka hidup seseorang itu tidak bermakna jika seseorang itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Bagi mereka hidup seseorang itu tiada wawasan jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan yang tinggi. Jawapan ‘tidak’ bagi personaliti merah menunjukkan seseorang itu tidak kompetitif.
Personaliti warna memimpin dengan kuasa dan daya galakan. Mereka sentiasa memberi kata semangat supaya orang bawahan mereka kekal bermotivasi. Personaliti ini tidak memimpin melalui startegi, mereka menggunakan semangat mereka. Mereka mengalirkan tenaga mereka dalam bentuk inspirasi kepada orang bawahan atau penyokong mereka. Merah juga lebih cenderung kearah praktikal. Mereka tidak sukakan sekadar duduk untuk berbincang perkara teori. Bagi mereka tindakan adalah kuasa. Jika tindakan tidak dibuat, perkara tersebut hanya akan menjadi sia-sia sahaja. Merah mampu menyelesaikan masalah mereka jika mereka sentiasa aktif dan berfikiran positif. Mereka sentiasa cuba meyelesaikan masalah dengan kretif dan melibatkan diri secara fizikal dalam menyelesaikan masalah mereka.Personaliti merah agak pendesak orangnya. Hal ini kerana mereka tidak sabar untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau memperolehi sesuatu hasil. Mereka tidak suka sesuatu masalah dibiarkan untuk satu jangka masa yang lama. Mereka mudah hilang sabar terhadap orang lain jika sesuatu tidak mengikut seperti yang diingini. Disebabkan sikap ini, kadangkala merah tidak disukai oleh ahli pasukan atau orang bawahan mereka. Mereka yang bekerja dengan personaliti merah sering terasa tertekan namun ia sesungguhnya suatu latihan yang amat berkesan untuk mencipta kejayaan. Namun begitu jika personaliti merah dapat bertenang dan mengawal emosi mereka, mereka mampu menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan berjaya. Hal ini kerana mereka mempunyai idea-idea yang kreatif.
Personaliti merah agak degil orangnya. Oleh itu mereka mestilah berfikiran terbuka dan memahami idea orang lain dalam proses penyelesaian masalah. Tambahan pula, dengan memiliki semangat dan stamina yang tinggi, ia dapat membuatkan mereka kekal sehingga sesuatu kerja atau projek itu diselesaikan. Maka, dengan cara pengawalan emosi yang betul, pemimpin merah mampu membawa pasukannya untuk meyelesaikan masalah dengan kreatif dan penuh bertenaga.
SALAH SATU YANG MEMOTIVASIKAN PERSONALITI MERAH UNTUK BERJAYA ADALAH WANG. WANG BEGITU PENTING KEPADA PERSONALITI MERAH. BAGI MEREKA WANG MELAMBANGKAN KUASA. KUASA INI DAPAT MEMBANTU MEREKA MEMPEROLEHI APA YANG MEREKA MAHU DAN IMPIKAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA.
Personaliti warna merah biasanya mempunyai perniagaan mereka sendiri atau bekerja dengan orang lain sebagai pemimpin. Merah suka pada kebebasan. Mereka tidak suka dikongkong. Mereka tidak suka untuk diberitahu apa yang perlu dibuat, apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak sepatutnya. Mereka kebanyakkan bertindak secara sendirian dan tidak terlalu bergantung pada orang lain. Mereka juga mempunyai fokus yang tinggi dalam kerjaya mereka. Mereka suka untuk menjadi pemimpin daripada menjadi orang bawahan.
Personaliti merah mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai apa yang diimpikan oleh mereka. Mereka sanggup mengambil risiko untuk berjaya. Mereka mempunyai kemahuan yang tinggi dan berorentasikan matlamat. Secara dasarnya mereka adalah seorang yang kompetetif dan bermotivasi tinggi. Merah sukakan persaingan. Motivasi merah yang tinggi membuatkan mereka dapat menghabiskan kerja mereka. Mereka tidak suka meninggalkan kerja pada separuh jalan. Sikap begini menyebabkan mereka sesuai dengan pelbagai bidang yang diceburi oleh mereka. Cara mereka mengukur kejayaan mereka ialah dengan kemenangan dan kekuasaaan yang diperolehi mereka.
Pekerjaan yang bersesuaian dengan merah adalah dalam bidang perniagaan, sukan, jurujual, pengurus, pakar bedah, model dan juga sebagai atlit.
MINAT TERHADAP WARNA MERAH
Memiliki WARNA PERSONALITI MERAH dengan MINAT TERHADAP WARNA MERAH adalah DUA PERKARA YANG BERBEZA. Kebiasaannya mereka yang SUDAH MEMILIKI PERSONALITI MERAH cenderung untuk TIDAK MENCARI LEBIH WARNA MERAH LAGI, SEBALIKNYA mencari WARNA SEJUK seperti BIRU, VIOLET dan PUTIH.
Lalu, mereka yang MEMPUNYAI MINAT YANG TINGGI TERHADAP WARNA MERAH MUNGKIN MEMILIKI AURA PERSONALITI WARNA YANG SEJUK
MENYUKAI WARNA MERAH
SEKIRANYA ANDA MENYUKAI MERAH, IA MENGGAMBARKAN ANDA SUKAKAN KEBEBASAN, CABARAN DAN MAHU MENJANAKAN KEJAYAAN DALAM HIDUP. ANDA SUKAKAN PEMBAHARUAN DAN INGINKAN KEMAJUAN DALAM PEMIKIRAN DAN AKTIVITI ANDA. ANDA JUGA MUDAH BERSIMPATI TERHADAP KESUSAHAN ORANG LAIN NAMUN ANDA MEMILIKI SIKAP DEGIL ATAU KERAS HATI MENERIMA SESUATU YANG ANDA TIDAK SETUJU. SELAIN ITU, ANDA JUGA SEORANG YANG OPTIMIS DAN LANTANG BAGI MENYUARAKAN PENDAPAT ANDA.
.
apa maksud aura?macammana nak tahu kita aura warna apa?maap banyak tanya.
ReplyDeleteAura adalah daya tarik seseorang yang terpancar pada diri seseorang. Aura adalah roh hidup seseorang. Roh yang muncul dalam dirinya. Roh yang membuat ia menjadi bernilai.
ReplyDelete1. Berdiri di depan cermin minimal 45 cm, makin jauh makin bagus
2. Latar belakang lebih baik warna putih
3. Rileks, ambil nafas dalam2, bergerak ke kanan dan kekiri slow2
4. Fokuskan pada tekstur permukaan dinding di belakang
5. Sewaktu melihat melalui garis bentuk kepala dan bahu awk, awk akan melihat selubung cahaya di sekitar tubuh awk bergerak bersama awk sewaktu awk bergerak perlahan2
6. Ingat tetap bernafas ya , Lampu harus diredupkan dan jangan terlalu gelap, aura x dapat dilihat dalam keadaan terlalu gelap , lebih baik pakai lampu meja, jangan pakai lampu neon sbb ssh melihat aura kalau pakai lampu neon
Bereksperimenlah dengan membayangkan suatu warna, awk akan dpt mengubah warna dasar aura awk dengan cara seperti ini
Waktu awk hembus nafas, aura seharusnya jadi lebih besar, kira angka2 1 sampai 30 dgn suara normal akan menolong membebaskan energi awk...
(^___^)