PANDANGAN PELBAGAI BUDAYA
DIDALAM PEKERJAAN WANITA
Masyarakat Afrika-Amerika
Orang
Afrika-Amerika atau masyarakat berkulit hitam ini terpaksa menghadapi tindasan
dan di ketepikan oleh masyarakat berkulit putih. Akibatnya, golongan wanita
Afrika-Amerika sering kali diberi pekerjaan sebagai tukang masak, pembantu
rumah, pengasuh anak-anak dan pelbagai pekerjaan pada skala bayaran yang
rendah. Walaubagaimanapun, pada masa sekarang mereka telah berjaya dan mulai
menceburi pekerjaan professional seperti pegawai undang-undang dan ramai juga
yang terlibat dengan perniagaan sendiri.
Menurut
Parham (1996), golongan lelaki Afrika Amerika tidak menerima layanan yang
setimpal daripada masyarakat dominan berkulit putih. Winbush (2000) pula
mencadangkan bahawa kebanyakkan golongan wanita Afrika Amerika memerlukan
latihan pekerjaan dan penjagaan kanak-kanak. Seterusnya Parham (1996)
menegaskan bahawa kaunselor perlu aktif member sokongan untuk mengubah amalan
diskriminasi oleh masyarakat dan membantu golongan lelaki Afrika-Amerika
mengembangkan kesedaran diri serta berkebolehan untuk meluahkan pandangan
secara terbuka dan bebas.
Masyarakat Asia Tenggara
Populasi
orang Asia Tenggara di Amerika Syarikat terdiri daripada orang Vietnam, Laos
dan Kemboja. Warganegara Vietnam dikatakan lebih berpendidikan dan boleh
berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Ini menyebabkan mereka
mudah mendapat pekerjaan professional dan dalam bahagian teknikal.
Golongan
wanita Asia Tenggara lebih mementingkan anak-anak dan keluarga mereka. Oleh
itu, konflik akan wujud sekiranya terdapat percanggahan tentang pekerjaan dan
peranannya di dalam kehidupan. Begitu juga dengan golongan lelakinya yang
mengambil berat soal keluarga dan lebih mementingkan keluarga berbanding
matlamat mereka sendiri. Ini menyebabkan segala keputusan yang di buat adalah
berdasarkan kebaikan untuk keluarga. Contoh pekerjaan yang baisanya diceburi
oleh masyarakat Asia Tenggara di Amerika Syarikat adalah seperti mengusahakan
restoran sendiri, bekerja di sector perkilangan dan lain-lain.
Kaunselor
akan mendapati bahawa beberapa klien daripada golongan ini menghadapi konflik
serius dalam kerjaya masa depan dan peranan keluarga. Dari segi hubungan dengan
kaumselor mereka mengharapkan hubungan hierarki di anatara kaunselor dank
alien. Oleh itu, kaunselor perlu mempelajari system organisasi dan birokrasi,
memperbaiki kemahiran komunikasi serta memahami konsep member dan menerima.
Masyarakat Hispanik
Masyarakat Hispanik
di Amerika Syarikat terdiri daripada masyarakat Sepanyol atau Mexico dari Negar
Amerika Latin. Golongan ini lebih menekankan soal kerjaya kepada golongan
lelaki sahaja kerana golongan wanita dianggap mempunyai cirri-ciri keibua dan
mempunyai tanggungjawab sebagai ibu dan isteri di mana wanita perlu member
perhatian kepada keluarga. Oleh itu, mereka tidak begitu mementingkan kerjaya
dan kebiasaannya jika mereka bekerja sekalipun, kerja yang mereka lakukan
adalah seperti pembantu rumah, pekerja kilang atau mana-mana pekerjaan yang
tidak memerlukan kemahiran. Menurut Ortiz (1996), matlamat wanita bekerja
adalah untuk menampung perbelnjaan keluarga dengan menghantar wang kepada
keluarga di Negara asal mereka bagi membantu keluarga. Manakala golongan lelaki
masyarakat ini lebih memntingkan cirri-ciri nasionalis dan ‘machismo’ yang
bermaksud keangkuhan di mana mereka mempunyai kuasa di dalam sesebuah system
kekeluargaan.
Di dalam hal
ini, kaunselor peru meluangkan masa untuk mempelajari mengenai budaya tertentu
masyarakat ini. Di antara strategi mencari pekerjaan yang boleh dimainkan leh
kaunselor adalah seperti menggunakan komunikasi efektif, persekitaran kerja dan
organisasi, informasi kerjaya serta hubungan interpersonal. Kaunselor perlu
mengambil berat mengenai pembentukan matlamat, kebolehan menyelesaikan masalah
dan memperbaiki system pengurusan kewangan klien.
Masyarakat Asli Amerika (Red Indian)
Neal (2000)
menyatakan terdapat jurang perbezaan yang luas di kalangan budaya
masyarakat Asli Amerika. Sosio-ekonomi masyarakat inimerupakan yang paling
miskin di Amerika Syarikat. Golongan wanitamereka merupakan orang yang
bertanggung jawab untuk mencari nafkahdan menjaga kebajikan keluarga. Ada di
antara sesetengan puak AsliAmerika mempunyai ahli majlis yang terdiri daripada
golongan wanitayang lebih tua di mana mereka mengawal kehidupan puak
tersebut.Golongan lelaki mereka pula lebih banyak menganggur atau
mempunyaisedikit pekerjaan dan ada yang menjadi pemabuk.
Di dalam hal
ini, kaunselor perlu mengambil kira ciri-ciri warisan budaya mereka
seperti menggunakan model atau idola individu berjayadaripada etnik Asli
Amerika dan memilih fasilitator sesi kaunseling dikalangan ibubapa dan
saudara-mara mereka. Selain itu kaunselor perlumenekankan keupayaan individu di
dalam konteks untuk mencapaimatlamat di masa hadapan,
Sehubungan
dengan itu, kaunselor yang terlibat dengan klien daripada pelbagai budaya
ini hendaklah bersedia menerima keperluan klien yang telahdipengaruhi oleh
budaya warisannya. Kaunselor juga perlulah sentiasamempersiapkan diri untuk
menghadapi pelbagai isu di dalam kaunseling kerjaya.
No comments:
Post a Comment