Friday 16 November 2012

POLA KERJAYA WANITA & FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA

POLA KERJAYA WANITA


Donal Super merupakan orang yang telah membincangkan perkembangan wanita secara serius dan beliau juga adalah orang yang mula-mula membincangkan isu ini. Terdapat beberapa kategori bagi kerjaya wanita iaitu:

        i.            Suri rumah stabil : tidak ada kerja selepas tamat persekolahan / tidak ada pengalaman
          kerjaya kerana tumpuan kepada suami ,anak dan rumah tangga .
 ii.   Konvensional : bekerja setelah tamat persekolahan dan ikut kursus jangka pendek        perkeranian dan kesetiausahaan dan sebagainya . Menjadi suri rumah sepenuh setelah berkahwin .
    iii.            Berkerja stabil : memilih kerja setelah tamat pengajian, pekerjaan yang dilakukan adalah sebahagian daripada kehiduapan / menjiwai , biasanya golongan ini tidak berumahtangga kerana tumpuan kepada pekerjaan .
    iv.            Dwi- laluan : bekerja setelah tamat pengajian dan berkahwin namun terus bekerja di samping berumahtangga .
      v.            Terganggu : wanita setelah tamat pengajian berkahwin dan berhenti, namun terus berkerja semulasetelah anak sudah besar . Ini berlaku kerana kes tertentu seperti kematian  suami atau perceraian.
    vi.            Tidak stabil : terdiri daripada wanita bekerja, berhenti kerja dan bekerja semula apabila memerlukan kerja. Ini berlaku kerana keadaan ekonomi / kegawatan.
  vii.            Percubaan pelbagai : sama dengan pola kerja lelaki seperti mencuba pelbagai kerja sebelum tetap dalam satu kerjaya.

FAKTOR  YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN  KERJAYA

Perkembangan kerjaya bagi seseorang individu tidak berhenti setelah tamat sekolah menengah
atau telah berkahwin. Ia merupakan suatu proses yang berterusan dalam kehidupan kita. Teori  kaunseling wanita diperkenalkan untuk member perhatian terhadap perkemabngan kerjaya wanita. Galliano dalam kajinnya memberi penekanan bahawa lelaki dan wanita adalah sama dalam kerjaya dan tidak member perhatian terhadap perbezaan. Tetapi pada umumnya, masyarakat melihat lelaki dan wanita memiliki cirri-ciri yang berbeza  sejak mereka kecil lagi.
          Kanak-kanak lelaki mempunyai cirri –ciri seperti tidak suka dikaitkan dengan cirri-ciri kewanitaan, mahu membina kebolehan fizikal yang dikaitan dengan maskulin, lebih agresif, mahu bebas daripada penyeliaan orang dewasa dan akan menampilkan dirinya sebagai orang dewasa. Manakala kanak-kanak perempuan pula mempunyai cirri-ciri seperti mahu membina sifat keibuan, menampilkan diri dalam peranan social dalam rumahtangga, tahu dan sedar dengan perubahan fizikal diri sebagai wanita, sedar bahawa status social yang lebih rendah sebagai seorang wanita dan akan mengaitkan peranan fleksibiliti jantina dalam tingkah laku dan tindakan.
          Kajian tentang perkembangan jantina kanak-kanak dan orang dewasa member focus kepada pengaruh ibu bapa, adik beradi, sekolah, gur-guru, rakan sebaya dan media. Pengaruh awal kanak-kanak akan mempengaruhi pandangan mereka apabila dewasa ialah cirri-ciri, personality, proses pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian perkembangan kerjaya di pengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Jadi, kaunselor hendaklah mengenalpasti bahawa setiap klien itu adalah unik dan berbeza antara satu sama lain.


No comments:

Post a Comment