Monday, 12 November 2012

MODEL KAUNSELING BRAMMER, EGAN DAN IVEY


PENGENALAN

       Model kaunseling mempunyai peringkat atau fasa tersendiri dalam menjalankan sesuatu proses kaunseling. Dalam erti kata lain kaunselor perlu membantu klien berdasarkan fasa tersebut sehingga mencapai matlamat klien. Dalam setiap fasa tersebut kaunselor akan mengaplikasikan teori atau kemahiran yang tertentu bagi menerokai masalah klien. Iai dijalankan mengikut langkah tertentu tanpa disedari oleh klien. Dengan adanya pembahagian fasa, kaunselor boleh membantu menyelesaikan permasalahan klien dengan mudah. Disampng itu juga sesuatu sesi dapat dijalankan dengan lebih lancar dan konsisten kerana kaunselor dapat mengetahui kelemahan diri pada tahap tertentu dan juga dapat memperbaikinya untuk sesi yang akan datang. Fasa dan model kaunseling adalah berbeza mengikut pandangan tokoh-tokoh. Walau bagaimanapun,setiap fasa perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlaku urusan yang tidak selesai dalam diri klien.

MODEL DALAM KAUNSELING

FASA DAN PROES DALAM KAUNSELING

         Dalam sumber-sumber yang dinyatakan oleh para tokoh, fasa atau tahap model kaunseling adalah berbeza-beza namun terdapat juga persamaan pada tahap tertentu kerana ia adalah tahap penting yang perlu dilalui oleh kaunselor ketika membantu klien menyelesaikan permasalahan.

Model Brammer
Menurut Brammer ( 1999), menyatakan bahawa proses kaunseling mempunyi lapan peringkat, iaitu tiga fasa. Fasa pertama ialah sebelum proses kunseling iaitu peringkat pra persediaan, fasa kedua pula ialah semasa proses kaunseling ( peringkat penyediaan, kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan oerancangan ) manakala fasa ketiga ialah selepas proses kaunseling iaitu peringkat penamatan.

Fasa 1:
Dalam peringkat ini, perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh kaunselor adalah mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memhami persoalan sebenar kliennya. Ditahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan yang baik dengan klien dan seterusnya member pertolongan. Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi tersebut. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan menunjukkan perlakuan yang sentiasa pihatin dan sedia membantu klien.

Dua komponen penting yang perlu diambil kira dalam tahap ini ialah:


1.Tempat sesi kaunseling dijalankan

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan  masa yang sesuia untuk berbincang bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa sesi berlangsung. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.


2. Tahap kemampuan kaunselor dengan klien

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya mahupun klien. Sebagai  contoh, kaunselor yanag kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu, kaunselor harus peka pada tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin kelihatan lemah ataupun tidak member kerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar proses kaunseling dapat diajalankan dengan lancar. Apabila kaunselor denagn klien masing-masing bersedia untuk memulakan sesi, persetujuan antara kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi memulakan proses kaunseling. Seperti yang dikatakan oleh Brammer pada tahun 1973, menganggap persetujuan ini adalah sebagai satu kontrak antara kaunselor dengan klien serta sebagai tanda persetujuan untuk memulakan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini, akan berubah paa bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.

Fasa 2 : semasa proses kaunseling
Setelah memastikan peringkat pra persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu, “semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan.
1.    Peringkat penyediaan dan kemasukan

Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dank lien akan berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang menakutkan serta mempamerkan perlakuan seperti ingin membantu. Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dank lien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Tambahan daripada itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara penting dalam permulaan hun=bungan anatara klien dan kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangakan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.
2.      Peringkat penetapan/penjelasan

Pada peringkat ini kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh digunakan iaitu:
                                i.            Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan kaunselor akan terus mendorong klien untuk terus bercerita
                              ii.            Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita.
Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan “ soal selidik” kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien terasa terancam dan takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, kasih sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat seorang pendengar yang baik dan kritikal serta membantu kllien jika menghadapi keadaan tersekat-sekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaan. Kaunselor juga harus menggalakkan klien untuk menghurai dan menentukan penyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongna yang dikehendaki. Di tahap ini kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa yang sedang menghadapi permasalah tersebuat iaitu sama ada diri klien itu sendiri ataupun melibatkan diri orang lain. Kaunselor juga harus mencungkil kehendak sebenar kllien dan menetapkan matlamat sebenar klien.
3.      Peringkat penstrukturan

Diperingkat ini kaunselor dank lien akan menetakan sama ada hubungan mereka ini boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu klien, memenuhi hahrapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien perlu memnetukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah klien melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor. Tahap penstruturan ini kaan menentukan sifat, batasana dan matlamat perhubungan menolong. Kontrak kaunseling kan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dank klien bagi berusaha mencapai matalamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan berasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan
4.      Peringkat perhubungan

Dalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan perhubungan antara kaunselor dan klien. Perhubungan yang terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada peringkat ini kaunselor harus mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta menunjukkan kemesraan.
5.   Peringkat penerokaan

Pada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu klien. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor ialah mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan selamat timbul dipihak klien. Yang kedua menggalakkan klien meneroka masalah dan perasaannya abgi mencapai kesedaran kendiri. Ketiga, kaunselor boleh memutuskan asama ada akan meneruskan hubungan sesi kauseling ini atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Keempat pula, kaunselor boleh member panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran  yang perlu bagi mencapai matlamatnya.
6.    Peringkat perancangan

Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya harus menolong klien merancang strategi-strategi yang hrus diambil termasuk langkah-langkah pelaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikan tindakanya yang bakal diambil.

Fasa 3 : peringkat penamatan
Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan, jika msih terdapat matlamat-matlamat yang tidak dicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti. Dapat dirimuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat penilaian  kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak berkesan mungkin sesi dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling telah ditamatkan ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus. Sebaliknya kaunselr harus mengikuti perkembangan klien yang dibantunya.

Model Egan
Menurut Egan, model dalam proses menolong adalah seperti peta yang akan membantu kaunselor tahu apa yang perlu dilakukan semasa berinteraksi dengna klien. Selain itu juga, model berperanan menjadi panduan kepada kaunselor dala menentukan dimana kaunselor berada ketika bersama klien. Seterusnya

1.      Present scenario ( scenario semasa )

                                i.            Teknik penceritaan
Kaunselor akan membantu klien untuk menceritakan masalah yang dialami. Dalam fasa ini akan menyatakan isu yang wujud dalam diri atau persekitarannya yang menjadi penghalang kepada kefungsian dirinya. Tugas kaunselor adalah mendengar dengan aktif dan memberi focus kepada peristiwa-peristiwa asas atau yang signifikan dengannya.
                              ii.            Teknik blinspot
Dalam kaedah ini kaunselor akan membantu klien supaya lebih sedar dan mengatasi titik buta yang dialami dan seterusnya mengembangkan perspekti baru dalam dirinya untuk mengatasi masalah. Satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kaunselor ialah membantu klien mengenalpasti blinspot bagi mengatasi masalah dan peluang yang terlepas.
                            iii.            Mencari kekuatan
Kaunselor akan membantu klien mengenalpasti dan bertindak atas masalah, isu, atau peluang yang boleh mendatangkan kelainan. Laverage adalah istilah yang digunakan secara umum bagi dua langkah ini. Yang pertama ialah saranan yang bernilai, kedua pula, jika klien telah menceritakan kisahnya, mendedhakan / mencatatkan masalah pada setiap masa atau situasi masalah yang dibincangkan menjadi semakin komplek. Selepas iu criteria diperlukan bagi menentukan apa jenis masalah yang harus dilakukan terlebih dahulu.


2.    Preferred scenario ( scenario yang diingini )
Pada tahap ini, pendekatan yang lebih kearah kepada mengurus masalah. Menurut Egan terdapat dua tahap untuk menangan masalah. Yang pertama, menganalisis masalah yang dialami klien, yang kedua teroka penyelesaian dan kemudian bertindak mengurus masalah dan peluang yang tidak  digunakan.
i.                    Kemungkinan
Pada tahap ini kaunselor akan membantu klien mengembangkan kemungkinan untuk masa depannya yang lebih baik. Kaunselor akan membantu klien melihat kemungkinan yang akan berlaku sekiranyanya keadaan permasalahan klien menjadi lebih baik.
ii.                  Agenda
Kaunsellor seharusnya membantu klien menterjemah kemungkinan kepada agenda-agenda yang realistic dan boleh dicapai. Berbagai kemungkinan boleh dikembangkan berdasarkan kepada matlamat yang mungkin diperolhi dalam proses menolong. Ini bermaksud, kaunselor akan mendedahkan klien untuk melakukan perkara-erkara yang boleh dicapai oleh klien untuk menyelesaiakan masalah yang dialaami.
iii.                Komitmen
Kaunselor membantu klien mengenalpasti galakan yang membolehkan mereka untuk meningkatkan komitmen kepada agenda yang telah dibentuk. Dalam tahap ini klien akan memilih sndiri agenda mengikut pandangannya dan pemikirannya. Kaunselor yang berkesan akan menyerahkan tanggungjawab kepada klien untuk membuat pilihan mereka sendiri.


3. Getting there ( menuju matlamat )
Dalam tahap ini, kaunselor perlu membantu klien untuk menjelaskan matlamat yang kabur supaya klien dapat dibantu menuju kearah atau tujuan yang betul. Ada klien yang  tahu apa yang mereka inginkan tetapi tidak tahu bagaimana matlamat tersebut hendak dicapai. Jadi tugas kaunselor adalah membantu klien tersebut melaksanakan matalamatnya.
Terdapat banyak strategi untuk membantu klien mencapai matlamat yang diingini.
Langkah 1 : Brainstorming
Kaunselor akan membantu klien untuk melaksanakan agenda yng telah dirancang atau disenaraikan dalam tahap dua. Klien akan dibantu untuk memikirkan bagaiaman untuk mencapai matlamat yang telah dirancang berdasarkan strategi-strategi. Preferred scenario merupakan matlamat, penamat, kejayaan atau hasil-hasil yang ingin dicapai dala proses menolong. Sementara itu, strategi pula  adalah satu set tindakan yang dibentuk untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap sub matlamat yang dibuat kemudiannya perlu mempunyai strategi-strateginya tersendiri. Proses divide and conquer boleh membawa kepada kejayaan dan penyelesaian masalah walaupun pada mulanya kelihatan mustahil. Kaunselor perlu membantu klien menzahirkan seberapa banyak stretegi atau jalan yang akan meningkatkan kemungkinan untuk salah satu atau kombonasi beberapa strategi yang dibentuk akan sesuai dengan keadaan klien. Teknik seperti brainstorming dan fantasi selalunya akan membantu klien mengenalpasti strategi berbeza untuk mencapai matlamat.
Langkah 2 : Memilih strategi terbaik
Kaunselor akan membantu klien memilih strategi yang terbaik yang menepati persekitaran dan keupayaan klien. Setelah beberapa pilihan tindakan yang berbeza dikenalpasti, klien dan kaunselor bersama-sama mengkaji pilihan yang ada dan cuba memilih pilihan yang terbaik sama ada satu atau beberapa kombinasi pilihan terbaik. Pilihan yang dibuat perlu diambil kira dari sudut nilai klien itu sendiri.
Langkah 3 : Menukar strategi menjadi rancangan
Kaunselor prlu membantu klien merumus rancangan iaitu step by step untuk melaksanakan setiap matlamat yang dibina. Klien akan lebih mudah bertindak sekiranya mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah. Tempoh masa yang realistic bagi melksanakan setiap langkah perlu dititik beratkan. Cabaran yang perlu diatasi dalam model ini ialah tuntutan disiplin dalam menjalankan sesi yang perlu dipikul oleh klien iu sendiri. Matlamat, strategi serta tindakan mesti dibuat oleh klien itu sendiri dan kaunselor hanya membantu klien bertindak.


Model Ivey
Menurut Ivey, terdapat lima tahap dalam proses kaunseling yang perlu digunakan oleh kaunselor dalam membantu klien bangkit menyelesaikan masalah dan menjadikan sesuatu sesi itu Berjaya.
1.     Memulakan sesi – hubungan repo dan penstrukturan

Dalam tahap ini kaunselor  akan membina hubungan baik dengan klien supaya klien berasa selesa dengan kaunselor dan percaya kepada kaunselor tersebut. Hubungan repo ini perlu dilakukan sebelum penstrukturan dijalankan. Penstrukturan perlu dilakukan bagi menerangkan secara ringkas tentang kaunseling dan tujuan sesi. Selain daripad itu, penstrukturan juga dapat menjelaskan tanggungjawab kaunselor dank lien spenjang sesi berlangsung.
2.      Mendapatkan data – melakar cerita, masalah atau isu yang dikemukakan oleh klien

Dalam tahap ini, kaunselor akan memberikan tumpuan kepada masalah yang dikemukan oleh klien bagi melancarkan perjalanan sesi. Ketika ini, klien akan menceritakan semua erkara yang ingin dikongsi bersama kaunselor dan kaunsellor perlu bersikap terbuka terhadap klien. Kemahiran-kemahiran perlu digunakan supaya kaunselor tidak lari daripada topic yang dibincangkan leh klien dan menjadikan sesi lebih terarah untuk mencapai matlamat yang diingini. Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor supaya apa yang diceritakan oleh klien dapat difahami oleh kaunselor sekalaigus tidak hilang tumpuan terhadap klien. Iaitu rumusan kecil, dorongan minima, refleksi isi dan lain-lain.
3.    Saling merangka matlamat

Kaunselor perlu focus kepada matlamat utama klien dalam sesuatu perkara yang dibincangkan. Selain itu, perangkaan matlamat juga penting bagi mendapatkan keadaan yang ideal dengan kehidupan klien.
4.   Tahap bekerja – meneroka alternative bagi mencabar ketidak selarasan klien dan konflik untuk bercerita semula.

Pada tahap ini, kaunselor bekerja kearah resolusi terhadap isu klien. Kaunselor perlu mengambil berat terhadap klien supaya klien berpuas hati sepanjang sesi kaunseling berlangsung. Tugas seorang kaunselor adalah meneroka kemungkinan-kemungkinan dan membantu klien mendapatkan cara yang baru untuk bertindak dengan lebih baik. Tahap ini melibatkan model penyelesaian yang kreatif iaitu menjamna alternative,dan memutus untuk membuat pilihan berdasarkan alternative-alternatif tersebut. Ianya melibatkan tahap penerokaan dalaman yang lama. Umumnya ditahap ini, model asas penyelesaian masalah iaitu menjelaskan matlamat atau hasil yang diinginkan dan seterusnya menjana alternative untuk membuat tindakan
5.      Penamatan – rumusan dan bertindak keara cerita baru

Dalam tahap penamatan, aabila perkara ataupun masalah yang dihadapi oleh lien dapat diselesaikan, klien akan mendapaat perubahan di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien didalam kehidupan sehari-harian. Kebanyakkan klien yang menjalani sesi ini tidak berubah kearah tingkah laku yang lebih baik tetapi kekal seperti sedia kala.

RUMUSAN
Secara keseluruhan, model kaunseling adalah satu proses yang dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat sehingga mencapai penamatan. Secara umumnya, proses kaunseling ini bermula dengan membina hubungan, membuat penstrukturan, penerokaan, mengenalpasti masalah, mencari alternative, melaksanakan pemilihan dan penamatan. Pembahagian peringkat dilakukan secara tidak langsung oleh kaunselor tanpa disedari oleh klien. Ia banyak membantu kaunselor memahami klien dengan sebaik mungkin. Kaunselor dapat menyelami ruang dalaman dan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil berat tentang perkara ini bagi menjadikan sesuatu sesi berjalan dengan produktif.

No comments:

Post a Comment