Wednesday 10 October 2012

CIRI-CIRI KAUNSELOR PROFESIONAL


PENGENALAN

            Kaunseling melambangkan satu perhubungan professional diantara kaunselor yang terlatih dengan seorang atau sekumpulan klien. Dengan kata lain, kaunseling adalah bidang perkhidmatan yang member perkhidmatan menolong kepada klien iaitu orang yang dibantu melalui suatu perhubungan yang rapat dengan kaunselor bagi menghadapi, memahami dan menerima dirinya dan orang lain.

            Kaunselor merupakan orang yang terlatih dan penting dalam perkhidmatan kaunseling ini. Kaunselor dibekalkan dengan ilmu yang dipelajari dan diberi latihan yang diselia sebagai persediaan bagi menjadi kaunselor yang berkualiti dan berkesan.

            Seseorang kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri peribadi tertentu bagi membolehkan beliau menjadi seorang kaunselor yang berkesan. Untuk menjadi kaunselor yang berkesan, kaunselor juga wajib mematuhi etika yang ditetapkan.

            Oleh itu, perhubungan antara kaunselor dank lien dalam sesi kaunseling adalah saling berhubung kait dan kaunselor perlu sentiasa menunjukkan sikap ingin menoong kepada klien supaya klien berasa selamat dan yakin dengan kemampuan kaunselor.


CIRI-CIRI KAUNSELOR PROFESIONAL

            Proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor di samping kemahiran-kemahiran kaunseling yang dimiliki. Dalam mewujudkan sesi kaunseling yang selesa, kaunselor terlatih dan berpengalaman diperlukan.

Tahap dan gaya kefungsian kaunselor.
  • Kaunselor perlu berempati keatas klien. Kemahiran berempati adalah kebolehan kaunselor memasuki ruang dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien. Disinilah peluang kaunselor menggunakan kemahiran yang ada bagi mencungkil dengan lebih lanjut permasalahan klien berlandaskan proses berempati.

Gaya hidup dan perhubungan menolong klien.
  • Gaya hidup yang natural seorang kaunselor diluar perhubungan menolong dan sentiasa bersedia untuk mempertingkatkan dirinya. Kaunselor perlu terus meningkatkan kesedaran untuk terus maju, bersedia menghadapi sebarang perubahan dan menjadi model bagi tingkah laku yang baik dan aktiviti berisiko.

Kesesuaian diantara kaunselor dan klien
  • Personality yang sama iaitu personality yang dapat digunakan walaupun berbeza etnik dan budaya. Kaunselor haruslah menunjukkan rasa memahami, menghormati dan menghargai diri klien.

Kaunselor sebagai fasilitator yang memberikan pertumbuhan
  • Menurut Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk perkembangan diri klien iaitu  di antaranya kongruen (bermaksud konsisten dan ketulenan) dalam perhubungan, penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami.

              (a)    Kaunselor perlu empati
              (b)   Keterbukaan
·         Kaunselor seharusnya bersikap hormat diatas kejujuran klien  yang meminta pertolongan, menerima hakikat bahawa setiap klien yang datang dan pergi adalah berbeza sifatnya, meyakinkan klien bahawa segala maklumat yang dirahsiakan dan dapat meminta pertolongan dari kaunselor lain yang lebih banyak pengalaman dan kemahirana dalam mengatasi masala-masalah yang sukar baginya.
              (c)    Kemesraan dan sikap ambil berat  k
·         Kaunselor harus memberitahu klien secara jujur tanpa mengenakan sebarang syarat, mennerima klien dengan penuh kerelaan serta mesra untuk memberikan rasa selesa, yakin dan bebas. Bagi menambah kemesraan, semasa klien masuk, kaunselor boleh memegang tangan klien untuk dibawa masuk supaya klien rasa selamat dan selesa. Namun, ia harus dilakukan pada jantina yang sama sahaja.
·         Kemesraan : keadaan penuh persahabatan dan penuh timbangrasa di manifestasi                 melalui senyuman, kontak mata dan nonverbal attending behaviour

·         Sikap ambil berat : lebih kepada emosi, menunjukkan belas kasihan dan ketulenan terhadap kebajikan klien
           (d)   Menghormati dan penerimaan tanpa syarat
·         Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai. Secara umumnya, penerimaan dengan melakukan penghayatan yang teliti keatas diri klien sambil mengambil pelbagai aspek positif klien akan membantu melancarkan sesi kaunseling.
·         Menerima klien seadanya tanpa penghakiman dan nilai
·         Klien bebas dan akan dihormati
           (e)    Membekalkan maklumat
·         Kaunselor yang professional juga seharusnya mampu bertindak sebagai seorang guru dalam hal-hal membekalkan maklumat kepada kliennya. Fenomena ini memudahkan sesi kaunseling dijalankan.

Menurut Brammer (2003), dalam satu sesi kaunseling, kaunselor dan klien mempunyai ciri-ciri peribadi yang tersendiri. Ciri-ciri kaunselor profesional ialah :

              (a)    Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai
·         Memerlukan satu kesedaran yang luas mengenai kedudukan nilai mereka sendiri. Boleh menjawab persoalan “siapakah aku?” dan “apakah yang penting bagi aku?”. Kesedaran membentuk kaunselor menjadi jujur dengan klien.
              (b)   Kesedaran tentang pengalaman-pengalaman dan budaya
·         Mengetahui tentang perbezaan dan persamaan di antara kaunselor dan klien
·         Dapat bertindak dengan berkesan dan selesa melalui perbezaan budaya . 
              (c)    Kebolehan untuk menganalisa perasaannya sendiri

·         Kaunselor mempunyai perasaan seperti kecewa kerana klien tidak dapat berkembang dengan baik dan tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan oleh klien
·         Kaunselor perlu menangani keraguan dan konflik nilai serta berkarisma
             (d)   Berkebolehan sebagai Model dan Mempengaruhi
·         Kaunselor menggunakan hubungan menolong untuk memenuhi keperluannya yang tidak dipenuhi
·         Menjadi model kesopanan, kematangan dan keberkesanan di dalam kehidupan peribadinya.
·         Bertindak sebaga pakar (berpengatahuan tentang klien, latar belakang, sebab utama klien berjumpa kaunselor dan dapat bergerak ke masalah utama klien
             (e)    Altruism and Compassion
·         Minat kepada hubungan sesama manusia dengan memberi perhatian yang berat
·         Mengidentifikasikan diri sebagai penolong dengan kemanusiaan dan tidak melihat diri mereka sebagai terpisah dengan masyarakat
·         Belas kasihan dilihat sebagai tindak balas melihat penderitaan orang lain. Ram Daas (1992) belas kasihan sebagai “acting from our deepest understanding of what life is, listening intently, and not compromising the truth”.
·         belas kasihan sebagai asas dalam spiritual dan agama
            (f)    Mempunyai Tanggungjawab
·         Klien bertanggungjawab terhadap keputusannya.
·         Kaunselor bertanggungjawab melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien
·         Kaunselor yang bertingkah laku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan yang klien dan harapan sosial.

KESIMPULAN
Ciri-ciri tersebut sama ada semula jadi atau dipupuk serta dipelajari adalah penting untuk kaunselor membantu klien. Individu yang memenuhi syarat kaunselor berkesan akan lebih mudah mengendalikan sesi kerana ia dapat memahami klien dengan baik. Oleh itu, keberkesanan kaunselor terletak kepada kemahiran-kemahiran oleh kaunselor. 

2 comments:

  1. terima kasih akak, sangat membantu untuk temuduga saya. Moga Allah lindungi akak selalu. tenkiuu :)

    ReplyDelete